Sunday, January 31, 2010

Laporan M&E KHEDN Kangar Januari 2010

Laporan M&E KHEDN Kangar boleh di download daripada ikon di bawah:



Gambar-gambar progress boleh diperolehi daripada blog ini dengan klik pada label KHEDN Kangar.

Sekian, terima kasih...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, January 26, 2010

3 Pin Plug



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Something To Share

VERY SHORT, MOST EFFECTIVE AND HOW TRUE...

30 second Speech by Bryan Dyson (CEO of Coca Cola)

"Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air. You name them - Work, Family, Health, Friends and Spirit and you ' re keeping all of these in the air.

You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back...

But the other four Balls - Family, Health, Friends and Spirit - are made of glass. If you drop one of these; they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it."

WORK EFFICIENTLY DURING OFFICE HOURS AND LEAVE ON TIME. GIVE THE REQUIRED TIME TO YOUR FAMILY, FRIENDS & HAVE PROPER REST.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Sunday, January 24, 2010

UPP Padang Besar 25 Januari 2010

Sedang dalam mesyuarat tapak kali ke 7 UPP Padang Besar dan gambar terkini seperti di bawah:





Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, January 21, 2010

Design Fault



Design Fault!

Sesuatu yang amat tidak digemari para perekabentuk untuk didengari. Apatah lagi statement itu dari pengguna atau pelanggan sendiri. Saya yang bukan seorang designer juga terasa...

Tetapi kadangkala pendidikan dan pengetahuan mengenai perkataan ini perlu dipanjangkan untuk kita lebih memahami keseluruhan perkara, bukan hanya melihat kepada keadaan itu dengan mata kita sahaja.

Design fault atau dalam Bahasa Melayu membawa maksud "kecacatan rekabentuk" ditakrifkan sebagai satu KEGAGALAN dalam sesebuah rekabentuk yang telah siap dipasang yang membawa kerugian kepada pemilik bangunan. Jika sebarang rekabentuk yang telah diaplikasikan pembinaannya belum terbukti GAGAL, ia tidak lagi boleh dianggap KEGAGALAN. Terminologi JKR SPK juga masih belum setakat ini mentakrifkan KEGAGALAN REKABENTUK, rujuk SINI.

Rekabentuk adalah nafsu perekanya, ia amat subjektif dan bergantung kepada banyak faktor seperti halangan kos, limitasi bangunan, limitasi kuasa pereka, school of thought, past experiences, kehendak pelanggan, limitasi maklumat dan sebagainya. Adalah tidak adil untuk melihat hasil dan memberi kesimpulan "design fault" sedangkan tiada kegagalan yang dilihat, cuma tidak ikut selera yang memberi komen. Kehendak setiap orang adalah tidak sama seperti nafsunya juga.

Sebagai jurutera, pemikiran analitikal adalah lebih penting daripada kritikal. Kita melihat sesuatu isu dengan pandangan yang berbeza. Dalam keadaan pemilik bangunan tidak suka kepada ujian yang gagal, jurutera pula melihat kegagalan ujian adalah satu faktor penambahbaikan kepada rekabentuk dan satu sebab mencapai continous improvement. Kegagalan ujian adalah baik untuk penambahbaikan, ia bukan sesuatu yang mesti dielakkan.

Thomas Alva Edison (1847-1931) hanya menemui lampu pijar selepas beratus kali cubaan sendiri pada 1880, tidak termasuk cubaan 5 orang sebelumnya sejak 1840. Dunlop menemui konsep pemvulkanan dalam penjara setelah cubaan beratus kali, Graham Bell juga beratus kali menguji sistem telefonnya hingga menemui kejayaan yang pertama.

Ini salah satu pandangan jurutera dalam isu kegagalan. Kegagalan adalah baik untuk penambahbaikan. Jurutera mesti berani menerima kegagalan.

Tapi jangan pula diambil mudah, satu kegagalan sepatutnya mencukupi untuk tujuan pelajaran, lebih daripada satu kegagalan dalam perkara yang sama boleh dianggap membuang masa sendiri dan orang lain.

Menghormati profesionalisme orang lain adalah pendidikan yang diterapkan kepada seorang jurutera, seorang jurutera profesional tidak akan membuat endorsan ke atas dokumen sama yang telah diendorse oleh jurutera profesional lain, dan jurutera rekabentuk tidak akan menyatakan rekabentuk orang lain salah, kalau tak setujupun akan didiamkan dalam hati, ini jurutera yang baik.

Pemikiran analatikal dan kreatif dalam menyelesaikan isu adalah kelebihan jurutera, kita diajar dengan angka dan lukisan, seorang jurutera akan membayangkan dengan segera dalam fikirannya tentang sesebuah perkara yang dibincangkan, terus sebagai objek visual, tak percaya boleh cuba dengan jurutera yang anda kenal.

Jurutera yang baik akan berkebolehan untuk menyelesaikan isu dengan kaedah yang paling praktikal, kaedah praktikal ini kadangkala tidak digemari arkitek (sori aaaaa) dan jurutera bidang lain, perkataan yang paling tepat untuk penyelesaian jenis ini ialah "workability".

Semua kelebihan ini kadangkala diekploit dengan cekap walaupun terpaksa melanggar beberapa perkara. Setelah semua faktor telah diambilkira, jurutera perlu berani mengambil risiko atas justifikasi yang telah dibuat dan bertanggungjawab dengan pilihannya.

Perkara yang dilanggar pula tidaklah hingga merosakkan integriti dan profesionalisme kejuruteraan, tidaklah pula hingga melanggar peraturan undang-undang dan keselamatan.

Kita kena boleh membezakan antara design fault atau bad design. Kedua-duanya tidak boleh disamakan dan tidak boleh dituding kepada orang lain selagi tidak berlaku kegagalan. Rekabentuk adalah universal, walaupun ada kriteria yang ingin membentuk rekabentuk yang sama, ia tetap tidak akan jadi sama.

Jurutera dalam pelbagai lapangan juga manusia, mereka boleh silap dan lemah, sama seperti orang lain.

Sekian, terima kasih.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, January 14, 2010

BEM Renewal 2010



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

KHEDN Kangar 14 Januari 2010

Bermula pagi jam 900 Mesyuarat Perunding, 1100 Mesyuarat Teknikal, 230 ptg Mesyuarat Koordinasi... Gambar terbaru seperti berikut:



Terima kasih...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, January 6, 2010

Something To Share



Nice article for engineers and engineers to be.... :-) and for their spouses as well...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Saturday, January 2, 2010

Isa (Jesus) In Quran


Ali-Imraan, 3:42-51
And when the angels said: O Mary! Lo! Allah hath chosen thee and made thee pure, and hath preferred thee above (all) the women of creation. (42) O Mary! Be obedient to thy Lord, prostrate thyself and bow with those who bow (in worship). (43) This is of the tidings of things hidden. We reveal it unto thee (Muhammad). Thou wast not present with them when they threw their pens (to know) which of them should be the guardian of Mary, nor wast thou present with them when they quarrelled (thereupon). (44) (And remember) when the angels said: O Mary! Lo! Allah giveth thee glad tidings of a word from him, whose name is the Messiah, Jesus, son of Mary, illustrious in the world and the Hereafter, and one of those brought near (unto Allah). (45) He will speak unto mankind in his cradle and in his manhood, and he is of the righteous. (46) She said: My Lord! How can I have a child when no mortal hath touched me? He said: So (it will be). Allah createth what He will. If He decreeth a thing, He saith unto it only: Be! and it is. (47) And He will teach him the Scripture and wisdom, and the Torah and the Gospel, (48) And will make him a messenger unto the Children of Israel, (saying): Lo! I come unto you with a sign from your Lord. Lo! I fashion for you out of clay the likeness of a bird, and I breathe into it and it is a bird, by Allah's leave. I heal him who was born blind, and the leper, and I raise the dead, by Allah's leave. And I announce unto you what ye eat and what ye store up in your houses. Lo! herein verily is a portent for you, if ye are to be believers. (49) And (I come) confirming that which was before me of the Torah, and to make lawful some of that which was forbidden unto you. I come unto you with a sign from your Lord, so keep your duty to Allah and obey me. (50) Lo! Allah is my Lord and your Lord, so worship Him. That is a straight path. (51)

[42] Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).
[43] "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk ".
[44] Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).
[45(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).
[46] "Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang yang soleh."
[47] Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia."
[48] Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.
[49] Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.
[50]"Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.
[51] "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus".


Hari ini lebih satu billion manusia memuliakan Nabi Isa dengan pedoman Al Quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, tidak ada satu pun umat Nabi ini yang menghina Nabi Isa walaupun sebaris ayat, begitulah jasa Muhammad...

"And when Jesus son of Mary said: O Children of Israel! Lo! I am the messenger of Allah unto you, confirming that which was (revealed) before me in the Torah, and bringing good tidings of a messenger who cometh after me, whose name is the Praised One. Yet when he hath come unto them with clear proofs, they say: This is mere magic". As-Saff, 6.

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!" As-Saff, 6.

Wallahu'alam...


MUHAMMAD ARKAM
2 Januari 2010

Friday, January 1, 2010