Friday, January 27, 2012

Zakat Perniagaan

Syarat wajib zakat perniagaan enam perkara: 1) Islam, 2) Merdeka, 3) Milik Sempurna, 4) Nisab, 5) Dibeli barang2 itu untuk dijualkan (bukan untuk disimpan), dan 6) Haul.



Orang yang berniaga apabila genap setahun perniagaannya hendaklah ia mengira di akhir tahun (tahun hijrah) berapa harga barang2 yang ada di dalam simpanannya (Stok), wang dalam tangan, wang dalam bank dan wang dalam tangan orang hutang yang mampu membayarnya jika jumlahnya sampai nisab mengikut nilai wang semasa wajiblah ia mengeluar harga zakatnya sebanyak 2.5 peratus, sekalipun modal asalnya tidak sampai nisab.



Sekiranya yang diperniagakan itu daripada jenis barang atau benda yang wajib zakat pada 'ainnya seperti lembu atau kambing wajib dikeluarkan zakat mana satu yang cukup nisab kerana tak boleh berhimpun dua zakat dalam satu barang. Misalnya seperti ia berniaga empat puluh ekor kambing dengan qosod perniagaan tetapi harganya tidak sampai nisab pada akhir tahun demikian jua seperti ia berniaga sebanyak tiga puluh sembilan ekor kambing tetapi harganya sampai nisab wajiblah dikeluarkan zakat mana yang sampai nisabnya di akhir haul itu.



Sekiranya sama kedua-duanya sampai nisab seperti empat puluh ekor kambing yang diqosodkan untuk berniaga 'ainnya (dzatnya) sampai nisab dan harganyapun sampai nisab di akhir haul nescaya didahulukan zakat 'ainnya daripada zakat perniagaan.



(Idaman Penuntut halaman 129)



Wallahu'alam.

via arkam@mobile®

Tuesday, January 3, 2012