Ini perbuatan biadap dan kurang ajar segelintir pelajar tahun 4 sebuah universiti yang merupakan bakal jurutera. Mereka mencabar dan memperolok kesungguhan usaha para pensyarah dalam melaksanakan sistem pengajaran dan ujian dalam universiti yang dihormati.
Pelajar hampas semacam ini memalukan saya dan pengajar lain dan selayaknya mereka akan memalukan institusi kejuruteraan yang bakal mereka wakili.
Mereka menipu sistem ujian di universiti dan bongkak bercampur biadap mendedahkan kejelekan perangai mereka selepas peperiksaan tanpa silu dan hormat.
Mereka boleh mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan dengan cara ini justeru mendapat cpa yang baik tetapi moral value mereka rendah dan memiliki otak yang kosong serta tidak berpengetahuan.
Malulah saya sebagai pengajar mereka dengan perangai buruk ini. Set moral, etika dan profesionalisme yang diajar dalam kelas ditabur di jalanan sama seperti nota2 kecil kuliah yang dibawa masuk ke dewan.
Mereka memang hampas.
Saya menyeru agar mereka dan pelajar lain mengambil ini sebagai najis dalam sistem pendidikan. Ilmu yang pengajar curahkan dengan harapan dapat membentuk masa depan pelajar dan nusa nampaknya tidak diendahkan.
Perbuatan segelintir pelajar ini mendedahkan kebusukan yang menimpa institusi pendidikan yang perlu diambil langkah segera.
Malang sekali mereka akan bergraduan selepas ini dengan bangga menaiki pentas menerima ijazah tanpa malu memikirkan sebalik 'kejayaan' palsu itu terdokong dengan cara menipu.
Saya secara peribadi tidak menghalalkan perbuatan ini dan terpulang kepada mereka untuk memperbaikinya.
Ilmu yang tidak halal menjadi "bekal" mencari pekerjaan nanti maka faham-fahamlah akan keberkatan di peringkat sana pula.
Kepada mereka yang jujur mengambil peperiksaan tahniah kepada anda semoga anda muncul sebagai manusia sebenar tidak berwayang dengan ketinggian intelek tetapi hampas semata.
Malaysia dan seluruh dunia tidak perlukan jurutera2 seperti ini, memalukan.
Terima kasih.
via arkam@mobile®