Tuesday, August 9, 2011

Bila Panas

Pesan Tuan Guru, ketika dalam cuaca amat panas, terkena benda panas, memasak yang memanaskan, nampak api panas membakar, ketika cucuh rokok dengan lighter atau mancis yang menyala, pendek kata, apa saja yang melibatkan api yang pada lazimnya panas, kita ingat ayat ini sebagai tazkirah seperti yang dianjurkan:



Terjemahan Al Waqiiah,



(71) Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?



[72] Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?



[73] Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.



[74] Oleh yang demikian – (wahai orang yang lalai) – bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).



Dan sebutkan "Subhana robbi al adzim, wa bi hamdih, Allahumma inni aa'u zu bika minnannar, amin"



Sila rujuk Al Quran, Al Waqiiah.



Wallahu'alam, wassalam.

via arkam@mobile®

Al Quran For IPhone and IPod

http://itunes.apple.com/us/app/quran-explorer-www.quranexplorer.com/id451133186?mt=8



Al Quran for IPhone and IPod for share:



via arkam@mobile®

Sumayyah



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Halwa Telinga



Ya Ilahi Rabbi.. Sempurnakanlah pekertiku
Sebagaimana Engkau menyempurnakan wajahku
Kurniakanlah rahmat bahagia ibubapaku
Berikan hidayah pada hati yang tertutup

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosaku
Ya Allah ampunilah daku
Hamba bertaubat

Hai anak yang soleh, beruntunglah ayah dan bonda
Bagai mata air yang mengalir dalam syurga
Hai anak durhaka, pintu taubat masih terbuka
Jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosamu
Ya Allah ampunilah dia
Yang telah bertaubat

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Kanak Kanak Di Saf

From Dr MAZA

MASJID: MANA LEBIH MESRA KANAK-KANAK?

Lucu bila ada yang berkeras pendapat yang menyatakan kewujudan kanak-kanak boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan saf. Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan. 

Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah s.a.w. bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi baginda. Kata Ibn 'Abbas: 
فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَ بِرَأْسِي فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ
"..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari). 

Dalam hadis Anas: 
فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصَفَفْتُ وَالْيَتِيمَ وَرَاءَهُ وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا
"…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami". (Riwayat al-Bukhari). 

Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya. 

Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani: "Adapun menjadikan saf kanak-kanak di belakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis yang daif ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas. Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah s.a.w. menjadi hujah dalam masalah ini. (Al-Albani, Tamam al-Minah, 284, Riyadh: Dar al-Rayah). 

Hasil lain dari kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang bersolat keluar dari saf kerana dia nak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. 

Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di masjid. Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.

Maka jangan hairan jika ada yang menyatakan bahawa agama lain lebih mesra kepada generasi muda daripada Islam. Padahal bukan salah Islam, salah mereka yang sempit fikiran.

Jika ada yang kata, kanak-kanak tidak berkhatan ada najis bawah kulitnya. Kalau najis bawah kulit hendak dikira, kiralah sekali najis bawah kulit kita sendiri dan juga yang dalam perut kita!!

via arkam@mobile®

Sunday, August 7, 2011

MP3 Al Quran Online

Free Quran MP3 Download Al-Quran.CA - MP3 Recitations from the holy Quran
Bacaan Al Quran MP3 Percuma




AL QURAN MP3
Atau SILA KLIK DI SINI

Wassalam.

Saturday, August 6, 2011

Lawan Hujah Bhg 18

Kita sambung..., sesuai dengan kes serbuan baru-baru ini. Perlu diingatkan serbuan itu adalah untuk penguatkuasaan ke atas orang Islam sahaja, bukan satu penguatkuasaan ke atas pihak mereka.

Agama lain bebas mengamalkan amalan agama mereka di sini tanpa diganggu. Begitulah sepertimana yang Nabi SAW ajarkan sejak dulu.

Umat Muhammad mengiktiraf Nabi Isa dengan sesungguhnya, sebagai Nabi dan Utusan Allah. Penafian atas pengiktirafan ini membatalkan terus Islam pada seseorang Islam, Na'uzubillah.

Nama Nabi Isa disebut 25 kali dalam Al Quran yang mulia itu, nama Nabi Muhammad SAW pula disebut 5 kali. Maksudnya perkataan "Muhammad" itu, tapi kata ganti diri lain untuk Nabi Muhammad seperti Nabi, Rasul, Rasullallah malah yang bermula dengan Qul bermaksud, "Katakanlah" akan terus merujuk kepada (Wahai Muhammad), sebagai penerima wahyu tersebut terdapat banyak dalam Al Quran.

Dalam Al Quran juga ada Surah "Maryam", surah dinamakan sempena nama ibu Nabi Isa, tiada surah "Aminah", ibu Nabi Muhammad SAW.

Dalam Al Quran ada Surah "Ali-Imran" iaitu Bapa Maryam, Datuk Nabi Isa, sedangkan tiada Surah "Abdul Mutallib", Datuk Nabi Muhammad SAW (Sebelah Bapa)

Surah 'Ali-Imran" ini bermaksud, "Keluarga Imran", keluarga Datuk Nabi Isa, besar benar pengiktirafan Islam kepada keluarga ini.

Tidak inginkah anda ketahui apa yang Al Quran sebut tentang keluarga ini? Saya petik sebahagian kecil daripadanya:


Terjemahannya seperti berikut (Ayat 42 hingga 51 sahaja), silalah baca dengan hati yang bersih tulus, tanpa kebencian, prejudis dan sangka buruk:

[42] Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).

[43] “Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk “.

[44] Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi)siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).

[45] (Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

[46] “Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang yang soleh.”

[47] Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?” Allah berfirman; “Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ‘, lalu menjadilah ia.”

[48] Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

[49] Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): “Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.

[50] “Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

[51] “Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus”.


Allah menyebut juga dalam kitab ini, dengan satu seruan dan harapan yang sangat jelas:

Terjemahan Surah Ali Imran, 110:

[110] Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

Besar sungguh harapan kepada Ahli Kitab yang baik, yang cintakan kebenaran Tuhannya, seperti ayat di atas.

Perkataan "Kalaulah..." sangat berupa pujukan hati, cuba baca dengan nada yang memujuk...

Dalam surah yang lain pula, Al Quran menyebut petikan kata-kata Nabi Isa seperti beikut:

Terjemahan Al Quran, As Saff, ayat 6:

[6] Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

Dalam zaman IT ini, kita boleh membaca Al Quran secara online, Al Quran kekal selamat, asli, terpelihara, benar daripada Tuhan Sekelian Alam, tanpa ragu.

AL QURAN.

Janganlah ketinggalan.

Wallahu'alam, wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com