Thursday, January 29, 2009
Ceramah Jumaat
Sekian, terima kasih...
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com
Wednesday, January 28, 2009
Hussein Oh Hussein
Barrack Hussein Obama akhirnya mengangkat sumpah pada 20 Januari 2009 yang lalu sebagai Presiden Amerika yang terbaru menggantikan Presiden Perang George Bush yang sampai akhir zamannya dan zaman bapaknya pun dulu masih dahagakan darah pejuang Islam di Palestin dengan menyokong tindakan tentera Zionis Laknatullah ke atas Palestin selama 22 hari....
Ironinya rakyat Amerika dan dunia pun mengharapkan sesuatu daripada Obama, yang di tulis sebagai Barrack H Obama dengan mengetepikan sebutan Hussein dalam namanya kerana barangkali nama Hussein amat ditakuti dan allergik pula mereka mendengarnya.
Mana tidaknya salah seorang yang amat popular di AS sendiri terlebih popular dari Barrack Hussein Obama ini pada sikit masa dulu ialah Saddam Hussein yang akhirnya dikorbankan pada Aidiladha 1427H yang lalu...
Saddam Hussein juga ada nama Hussein padanya...
Di Malaysia pun kita ada Allahyarham Tun Hussein Onn, ayahanda kepada DS Hishammudin Tun Hussein yang amat popular dengan kerisnya itu....
Tak dilupakan juga juara lagu yang baru lepas ni kita ada Meet Uncle Hussein yang popular dengan band lagunya Lagu Untukmu... Saya tak minat kumpulan ni dan tak tahu pulak mana depa dapat nama band camtu dan tak tahu pulak Hussein yang mana satu yang depa maksudkan...
Seniman agung P Ramlee juga banyak rakan bernama Hussein, Tuan Hussin Lempoyang, saudagar unta dari Turkistan dan Hussein Ngok Ngek, kaki untut kepala kemik...
Semoga Barrack Hussein Obama benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai bidang di dunia ini dan lebih baik caranya daripada yang lepas-lepas..., banyak spekulasi yang tak sedap kita dengar tentang Hussein yang sorang ni namun sebaik mungkin jangan diharapkan sangat dengan orang ini untuk menentukan masa depan kita, usahalah untuk masa depan sendiri.
Insyallah kita akan saksikan selagi ada usia ini....
Sekian, wassalam....
PS: Tok Wan sebelah mak saya Hussin jugak....
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com
Thursday, January 22, 2009
Jabatan Audit Negara
.jpg)
Lawatan tapak dan mesyuarat oleh Jabatan Audit Negara Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Januari 2009.
Majlis dihadiri oleh 3 pegawai Jabatan Audit Negara, CKBA-JKR, semua perunding dan kontraktor. Terima kasih untuk semua yang memberikan komitmen.
Lawatan tapak dibuat selepas mesyuarat.
Sekian, terima kasih...
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com
Ceramah Jumaat
Semoga bermanfaat...
Terima kasih...
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com
Wednesday, January 21, 2009
Coordinated Drawing INFRA
Lukisan telah dilengkapkan dengan AS BUILT plan bagi setiap services M&E yang telah disiapkan.
Juga disertakan layout terbaru yang dipersetujui bagi skop kerja kabel bawah tanah TNB.
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com
Monday, January 19, 2009
Inspeksi detail 'K'
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com
Thursday, January 15, 2009
Ceramah Jumaat
Sekian, terima kasih...
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com