Thursday, July 28, 2011

Soalan Biasa:

Kekeliruan Tentang Solat Tarawih

Soalan: Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian?
 
Khir, Shah Alam.
 
Jawapan Dr MAZA: Saudara, semoga kita semua menyambut kedatangan Ramadan kali ini dengan ibadah yang diterima Allah. Semoga jiwa kita semua penuh keikhlasan dan kasih-sayang sesama muslim. Malang sekali, fanatik atau taksub telah melahirkan penceramah-penceramah yang 'terbabas' sehingga berbicara apa sahaja yang dia suka tanpa menyemak terlebih nas-nas yang sabit. Untuk soalan saudara saya sentuh beberapa perkara berikut;
 
1. Sebenarnya, solat tarawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha:

"Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba'd, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini dengan jelas menunjukkan Nabi s.a.w yang memulakan solat qiam atau disebut sebagai tarawih secara berjemaah dengan satu imam. Bukan 'Umar r.a yang memulakannya. Namun baginda berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan disebabkan simpati baginda kepada umat. Ini kerana zaman tersebut adalah zaman wahyu diturunkan atau zaman pensyariatan. Baginda tidak berhenti kerana ia salah atau tidak diizinkan, namun berhenti bimbangkan Allah fardukan kepada umat sedangkan umat ini mungkin ada yang tidak sanggup.

Maka dari hadis ini, solat tarawih berjemaah adalah sunnah yang jelas. Mereka selama tiga hari telah solat di belakang baginda. Jika tidak kerana kebimbangan itu, tentu baginda meneruskannya. Apabila baginda wafat kebimbangan itu tiada lagi. Wahyu sudah terputus. 'Umar pun menghidupkannya kembali. Pada zaman Abu Bakr, terlalu singkat masanya, dan mungkin beliau tidak berkesempatan menguruskan hal tersebut disebabkan berbagai kesibukan seperti kes murtad dan seumpamanya, atau beliau tidak melihat keperluan untuk itu.

2. Justeru itu al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) dalam karyanya al-I'tisam mengulas hadis ini dengan berkata:

"Renungilah hadis ini. Ia menunjukkan kedudukan solat tarawih adalah sunat. Sesungguhnya solat baginda pada peringkat awal menjadi dalil menunjukkan kesahihan menunaikannya di masjid secara berjamaah pada bulan Ramadan. Baginda tidak keluar selepas itu adalah kerana bimbang difardukan. Tidak menunjukkan ia dilarang secara mutlak. Ini kerana zaman baginda ialah zaman wahyu dan tasyri' (perundangan).." (m.s 147, Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabi).

Adapun berhubung dengan perkataan Saidina 'Umar yang menyebut solat tarawih pada zamannya "sebaik-baik bid'ah hal ini", al-Imam al-Syatibi mengulas:

"Dia menamakannya bid'ah hanya disebabkan pada zahirnya setelah mana RasululLah s.a.w meninggalkannya. Sepakat pula ia tidak berlaku pada zaman Abu Bakr r.a. Bukannya bid'ah pada makna (syarak). Sesiapa yang menamakan bid'ah disebabkan hal ini (muncul semula), maka tiada perlu perbalahan dalam meletakkan nama (istilah). Justeru itu tidak boleh berdalil dengannya untuk menunjukkan keharusan membuat bid'ah" (m.s 147-148).

Maksudnya bid'ah yang disebut oleh Saidina 'Umar adalah disudut baru muncul semula setelah Nabi s.a.w tinggalkan, maka ia dari segi bahasa boleh dinamakan bid'ah. Bukan bererti keharusan membuat bid'ah yang dilarang syarak.

3. Berdasarkan riwayat yang sahih dalam al-Muwata karya al-Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar perintah dilaksanakan adalah sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid:
"Umar telah memerintahkan Ubai bin Ka'ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat" (Riwayat Malik).
Maka dengan itu riwayat al-Baihaqi melalui Yazid bin Khasifah daripada al-Saib bin Yazid yang menyebut bilangan yang 'Umar perintahkan sebanyak dua puluh rakaat adalah bercanggah dengan riwayat sebelas rakaat yang sahih tadi. Sedangkan dari segi kekuatan riwayat, riwayat sebelas rakaat itu lebih kuat, maka riwayat dua puluh dianggap shaz (ganjil) kerana menyanggahi rawi yang lebih kuat.

Justeru, riwayat dua puluh dihukum daif oleh sesetengah ahli hadis. Sebahagian pula menerima riwayat Yazid bin Khasifah dan mentakwilkan bahawa ada hari Umar memerintahkan sebelas rakaat dan ada hari pula yang diperintahkan dua puluh. Apapun, hadis al-Imam Malik tadi yang menyebut sebelas rakaat menafikan dakwaan yang menyatakan sesiapa yang solat tarawih beserta witir sebelas rakaat tidak sah. Itu adalah dakwaan yang melampau dan zalim.

4. Sebenarnya, para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir. Antaranya, pendapat yang menyatakan empat puluh satu, tiga puluh sembilan, dua puluh sembilan, dua puluh tiga, tiga belas dan sebelas. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau:
"Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini juga menunjuk perbuatan mencela solat tarawih sebelas rakaat adalah menyanggahi sunat Nabi s.a.w. Bahkan ramai ulama hadis yang mengutamakan bilangan sebelas rakaat ini sebagai mencontohi Rasulullah s.a.w.

5. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah. Lajnah Tetap dan Kajian Ilmiah serta Fatwa, Arab Saudi sendiri ketika mengulas hal menyebut:
"Tiada menjadi salah untuk menambah lebih dari sebelas kerana Nabi s.a.w tidak pernah menghadkannya sedikit pun. Bahkan apabila ditanya tentang solat malam baginda menyebut: "Dua rakaat, dua rakaat (secara dua rakaat setiap solat), jika seseorang kamu bimbang masuk waktu subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir kepada apa yang telah dia solat sebelum" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis ini baginda tidak menghadkan sebelas atau selainnya. Ini menunjukkan ada keluasan dalam solat malam pada Bulan Ramadan atau selainnya". (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/195, Riyadh: Riasah Idarah al-Buhuth).

6. Adapun dakwaan bahawa sesiapa yang tidak berselawat semasa solat tarawih sesat maka itu adalah dakwaan yang melampau. Apakah beliau ingin menyatakan seluruh dunia Islam yang sebahagian besarnya tidak berselawat, termasuk Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi itu sesat?!

Selawat beramai-ramai semasa solat tarawih itu tidak dilakukan di zaman Saidina Umar, juga khalifah al-Rasyidin yang lain. Jika pada zaman Saidina Umar dan Saidina Uthman mereka bersalawat dan menyebut nama khalifah-khalifah selepas Nabi s.a.w seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak di negara ini, tentulah para sahabat tidak tertanya-tanya lagi siapakah bakal mengganti kedua khalifah tersebut selepas kewafatan mereka. Tentu tiada perbincangan lagi dalam menentukan para khalifah semasa zaman sahabah. Ini menunjukkan hal ini tidak dilakukan oleh para sahabah. Mencontohi Nabi s.a.w dan para sahabah dalam ibadah adalah paling baik dan selamat.

7. Di sana ada riwayat yang sahih
"bahawa Nabi s.a.w berwitir dengan membaca Surah al-A'la, al-Kafirun dan al-Ikhlas. Baginda menyebut selepas member salam Subhana al-Malik al-Quddus sebanyak tiga kali dengan memanjang dan mengangkat suara baginda" (Riwayat al-Nasai, Abu Daud dan Ahmad).

Maka, jika kita mencontohi perbuatan tersebut, ia merupakan sunnah.

-------------------------

HCM, V.

via arkam@mobile®

Wednesday, July 20, 2011

Temuduga Terbuka

Kepada sesiapa yang berkenaan:



via arkam@mobile®

BTW...,

BTW, Pembangkang ka, Penyokong ka dia akan ikut tempat.

Kalau di Perak Penyokong akan jadi sana, Pembangkang akan jadi sini.

Sini di Penang....

Ah sudah.......

Habis aku?

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Sunday, July 17, 2011

Bolehkah Bersatu 3

Ada yang mengatakan saya ni macam pembangkang pula menulis semuanya pro ke arah sana.

Minta maaf. Saya bukan ahli pembangkang. Saya tak pernah masuk ahli dan attend mana2 meeting sebagai pembangkang.

Sebelum itu. Wajar kita buang figura pembangkang yang ada dalam fikiran kita sebelum membaca tulisan saya. Ini tulisan saya, ini bukan blog pembangkang. Nak baca blog pembangkang boleh cari di tempat lain.

Apa yang saya tulis dalam beberapa post sebelum ini adalah dengan kefahaman yang diberikan Allah kepada saya. Saya menyokong DS Najib sebagai ketua kerajaan Malaysia jika dia betul dan akan membangkang DS Anwar sebagai ketua pembangkang jika dia salah. Itu sahaja.

Siapa yang tidak menyokong dan berterimakasih jika kerajaan berbuat benda betul dan menyokong juga jika pembangkang jelas2 berbuat salah itu orang yang tidak ada pendirian bagi saya.

Pendek kata, saya sokong 1Malaysia jika semua nilai murni diekstrak keluar dalam masa sama ada juga nilai murni dalam Negara Berkebajikan bawaan pembangkang juga diambil, saya juga sokong untuk manafaat saya dan rakyat di negara ini.

Yang saya cuba sampaikan ialah, alangkah baiknya jika kedua2 nilai murni ni digabungkan maka akan jadi bertambah hebat, mungkin cogankata baru muncul "1Malaysia Berkebajikan".

Apa guna bergaduh dan selisih faham kerana politik dan fahaman politik masing2? Sudah saya pernah sebut, satu hari nanti kita mati dan politik kita juga mati. Hiduplah di Malaysia ni dengan rasa gembira dan aman, bersyukur.

Mungkin ada yang tak setuju perkataan saya yang "membolehkan" orang bukan Islam masuk ke masjid sepertimana yang ditulis sebelum ini. Jawapan saya, bukan saya yang membolehkan, sejarah Nabi yang membolehkan.

Boleh rujuk kitab: Satu ketika Nabi menerima kedatangan sekumpulan Paderi Kristian Najran ke Madinah dan semuanya berkumpul di dalam Masjid Nabi. Perkara ini ada dalam sejarah.

Malah Nabi SAW menawarkan ruang di dalam masjid itu untuk Paderi Kristian Najran ini beribadah bila tiba masanya.

Pada hari ini lawatan orang bukan Islam ke Masjid bukan sesuatu yang asing, ambil masa kita dan sila lihat di Masjid Putrajaya.

Ini benda betul dan kerajaan Malaysia kita buat benda betul ini, dan saya sokong.

Seperti dalam kes poco2 yang pernah di ulas, dengan 2 pendapat yang bertentangan saya ambil kedua-duanya.

Begitu juga dengan 2 pendapat dan hukum tentang pelaburan ASB yang juga bertentangan maka saya ambil salah satunya. Saya juga pelabur ASB, mengambil pendapat yang membolehkan, dalam masa sama menghormati pendapat ustaz2 lain yang menghukum 'haram'.

Ketika saya di Perlis saya tidak melakukan Qunut sebab jemaah di sana tidak buat, sedang jemaah di sini ada buat, saya ikut kedua-duanya.

Ada masanya saya membaca Bismillah di pangkal Fatihah secara kuat dan ada masanya membaca secara siir dalam solat. Sebab ada 2 pendapat berbeza. Tapi saya buat kedua-duanya.

Ketika saya bertawaf umrah bahu saya ditolak tanpa alas oleh seorang perempuan dan saya teruskan tawaf di sana tanpa ambil wuduk yang baru. Sedangkan saya belajar setakat Mazhab Shafie sahaja dan pengikut Mazhab berkenaan.

Saya menghormati semua ilmuan dan agamawan walaupun mereka bercanggah fikiran dengan saya. Saya hormati mereka dengan ilmu mereka yang dalam itu.

Dalam isu bersih baru2 yang saya sebut saya menyokong usaha bersih kerana ada sekumpulan orang akan buat check and balance terhadap sistem pilihanraya yang disediakan oleh sekumpulan yang lain. Bagusla jika ada orang yang check kerana saya tak ada masa nak check. Mereka dah mudahkan keja saya.

Saya sokong usaha mereka "mengecheck", bukan usaha mereka berhimpun, ini ada perbezaan.

Perbezaan pendapat bukan sebab perpecahan, ia ruang mempelbagaikan dan mewarnai ibadah dengan kepelbagaian.

Kepelbagaian ini wajar dihargai.

Percanggahan pendapat bukan untuk mencari sapa betul dan sapa salah sebaliknya mencari sapa yang betul, sapa pula yang lebih betul dan sesuai bagi diri kita sendiri untuk diamalkan.

Sedih, jika saya dibuang dan dibenci kerana fahaman dan pendirian saya ini.

Saya hentikan perbahasan dalam isu "Bolehkah Bersatu" ini di sini. Jelas sekali Melayu takkan dapat bersatu di masa-masa ini, itulah yang Allah kehendaki.

Wallahu'alam, wassalam.

via arkam@mobile®

Friday, July 15, 2011

Bolehkah Bersatu 2

BerSATU manusia yang ramai memerlukan SATU peraturan dan sumber maklumat sahaja. Sumber maklumat ini mesti paling adil, releven, tak tercabar dan berwibawa tinggi.



Kita tengok bagaimana seluruh umat Islam di pelusuk dunia ini dengan anggaran 3 hingga 4 juta orang setahun sekali berkumpul berhimpun di SATU tempat sahaja, SATU tarikh, SATU hari iaitu pada 9 Zulhijjah setiap tahun di Padang Arafah ketika wukuf mengerjakan haji.



Tarikh itu berasal daripada Al Quran yang paling adil. Semua mazhab patuh dan ikut.



Kita tengok bagaimana tawaf dibuat dengan mengirikan kaa'bah oleh jutaan orang setiap hari, tanpa sorangpun menongkah arus, perbuatan ini diambil daripada peraturan yang berwibawa.



Kita lihat bagaimana seluruh umat Islam mengadap kaa'bah sebagai kiblat walaupun bersolat dari mana2 pelusuk dunia. Aturan ini diambil daripada Al Quran yang tidak tercabar itu.



Kita perhatikan bagaimana umat Islam seluruh dunia masuk ke saff untuk solat jemaah dengan kemas dan segera di semua masjid dan surau terutama sekali Masjidilharam dan Masjid Nabawi tanpa perlu rehearsal dan raptai. Perbuatan ini diambil daripada sumber yang releven sepanjang zaman.



Sumber yang paling adil, releven, tak tercabar dan berwibawa amat penting untuk mengekalkan manusia dalam peraturan yang sama.



Sumber rekaan manusia biasanya bersifat manusiawi, lemah, boleh dicabar, mementingkan diri dan kelompok berpengaruh serta perlu perubahan dan pindaan selalu.



Pendek kata, keSATUan manusia boleh dijelmakan daripada keSATUan sumber maklumat kepada kelompok manusia itu.



Oleh kerana Melayu lazimnya beragama Islam di Malaysia ini (alhamdulillah), maka keSATUan Melayu boleh didapati dengan cara ini sahaja.



Bukan saja Melayu, semua orang Islam.



Islam India, Islam Cina, Islam Siam, semua.



Wallahu'alam, wassalam.

via arkam@mobile®

Thursday, July 14, 2011

Bagaimana Bersatu 1

Bila selesai bersih, ada di wall FB individu tertentu menyeru supaya rakyat Malaysia, khususnya Melayu kembali bersatu demi negara.

Melayu sekarang diketahui berpecah, sebab berpecah saya tak mau ulas.

Yang kita lebih minat ialah 'Bolehkah Bersatu?' antara semua orang Melayu khususnya di Malaysia ini?

Lazimnya, kerberSATUan memerlukan SATU ikatan, ikatan ini perlu bersifat paling adil, releven sepanjang zaman, tertinggi dan tidak boleh dicabar, terpelihara.

Dalam konteks persatuan, perlembagaan persatuan. Dalam konteks pejabat, peraturan pejabat.

Tak mungkin Pengakap dan Kadet Bomba boleh bersatu dari segi pakaian, matlamat, cara dan peraturan kerana keduanya dalam persatuan yang berbeza.

Tak mungkin juga Pandu Putri dan Putri Islam boleh dilihat berpakaian sama, kerana perlembagaan persatuan tersebut tidaklah sama.

Itu isu pakaian, isu remeh. Tapi jika isu hala tuju dan matlamat persatuan, ia menjadi isu besar.

Rakyat Malaysia boleh bersatu semuanya, Melayu, Cina, India, Sikh, Siam, lain-lain dengan konsep 1Malaysia. Tapi dengan syarat 1Malaysia itu mengambil perlembagaan Malaysia sebagai asas perSATUan, rukun negara menjadi kefahaman dan diamalkan.

Bila hanya ada SATU rujukan, lazimnya manusia yang banyak boleh BERSATU.

Kita boleh lihat dalam pelbagai persatuan yang ada, yang mengambil perlembagaan persatuan dengan ketua tertinggi persatuan yang wibawa dan dihormati serta dipilih secara bebas, telus dan bersih majoriti ahlinya.

Balik kepada keSATUan Melayu, saya tertarik dengan buku Mohd Ridwan Tee Abdullah 'Masih adakah ketuanan Melayu?' Boleh beli di Popular.

Soalannya, kalau Melayu Bersatu, Cina Bersatu, India Bersatu, Sikh dan Siam masing2 Bersatu, 1Malaysia takkan dapat dicapai juga kerana masing2 bangsa bersatu dengan bangsa masing2 sahaja.

Kita akan ada kelompok persatuan berbentuk kebangsaan dalam satu negara.

Ini pun tidak bagus.

Dan soalan nakal, apa pentingnya kepada Malaysia tercinta ini jika Melayu bersatu sesama Melayu sedangkan bangsa bukan Melayu pun bersatu masing2?

Dan soalan kedua, menyatukan Melayu memerlukan apa yang kita kata tadi, SATU rujukan dan perlembagaan sahaja, Perlembagaan Melayu, ada?

Jika tiada Perlembagaan Melayu, Melayu patut bersatu di bawah peraturan mana?

Takkan boleh berSATU tanpa SATU peraturan!

Akan bersambung, jawab yang tu dulu, insyaallah...

Wallahu'alam, wassalam.

via arkam@mobile®