Thursday, May 28, 2009

Ah Long dan Kak Min

Berita kekejaman Ah Long yang mendera tahanan penghutang mereka memang dirasakan satu tindakan melampau batas. Semoga kita semua sedar akan kekejaman mereka dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa hutang, uruskan dana pendapatan dengan cara yang paling selamat dan sentiasa mengamalkan sistem pengurusan kewangan yang terbukti cekap. Nasihat untuk diri saya sendiri.


Tapi tidaklah menjadi kehairanan pula kekejaman seumpama itu, kalau diamati petikan dari kitab yang terdahulu, pada bahagian yang lain pula:


"...ceritera ahli tawarikh di dalam kitab mereka itu adalah segala manusia apabila berpagi-pagi pada zaman Hajaj bertanya mereka itu siapa-siapa kena bunuh malam itu dan siapa orang yang kena sula dan siapa orang yang kena pukul dan yang seumpamanya dan ada pada zaman walid suka ia kepada kebun dan rumah maka adalah segala manusia pada zamannya bertanya-tanya mereka itu pada pagi daripada kerja rumah siapa yang berbuat kebun dan siapa yang memilih sungai dan siapa yang bertanam kayu dan adalah pada zaman Sulaiman anak Abdul Malik dan adalah ia sukakan makan makanan dan berkahwin dan adalah segala manusia berkhabar-khabar pada makanan yang indah-indah yang baik-baik memahalkan isi kahwin dan diharga sahaya dan mereka itu tempat kedudukan mereka itu dengan berkhabar-khabar akan yang demikian itu dan tatkala pada zaman Umar Bin Abdul Aziz adalah segala manusia bertanya-tanya mereka itu beberapa engkau hafadz Quran dan engkau hafadz wirid tiap-tiap malam dan beberapa sianu hafadz kitab dan beberapa sehari ia membaca Quran dan beberapa puasa daripada sebulan dan beberapa yang demikian itu maka sayugianya bagi raja-raja adalah ia atas jalan sahabat dan salaf yang dahulu-dahulu yang solihin R.A dan mengikut dengan mereka itu pada perbuatan dan perkataan dan kelakuan maka orang yang menyalahi pada yang demikian itu iaitu tiada mustahil yakni tiada jauh daripada binasa..."

Wallahu'alam.


Kak Min pula kerja keras nampaknya untuk menjadi orang kuat Penanti, hujung minggu ni akan dipilih, secara ikhlas saya boleh kata minta maaf lah Kak Min..., belum masa akak lagi..., DUN Ledang di Terengganu sekarang diisytihar milik pembangkang lagi, pasni Manik Urai pulak, buat masa ni, walaupun ada perbezaan strategi, takkan banyak ubah keputusan asal, banyak isu lagi yang masih dipendam rakyat dan pemilih. Tunggu masa saja...

Aggregate 7-1 semuanya, bonus sebiji, gol jaringan sendiri pertahanan lawan di Ledang.

Tahniah Barcelona, 2-0, ramai orang suka...! Saya pun suka! Kecuali penyokong ManU saja tak suka... :-)

Selamat bercuti sekolah kepada mereka yang terlibat dengan sekolah, anak sekolah, adik sekolah, isteri sekolah, suami sekolah dan sebagainya, selamat berkahwin kepada rakan-rakan yang nak kahwin, Hartini Md Isa di Segamat pada 30 Mei ni, Mohd Zaki di Kulai pada 30 Mei juga, Nurul Azween di Shah Alam, 31 Mei ni, semoga dikurniai perkahwinan yang diberkati... Ada rezeki saya akan sampai di semua tempat tu..., insyallah...

Sekian.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Penjimatan Power Tune.


Gambar di atas adalah rekod bil elektrik rumah saya selama 3 bulan bermula Mac, April dan Mei 2009 yang menunjukkan kesan penggunaan Power Tune sejak dipasang pada hujung Mac 2009. Klik Image untuk membesarkannya.

Jika berminat untuk memiliki dan konsultasi boleh hubungi saya. Iklan ada di bahagian bawah blog: Recommended Products.

Sekian, terima kasih.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, May 26, 2009

Mesyuarat EPU ADTEC 26 Mei 2009


Mesyuarat bersama Unit Perancang Ekonomi EPU dan audit bagi ADTEC Taiping telah berlangsung pada 26 Mei 2009 di tapak bermula jam 9 hingga 3 petang. Berikut adalah gambar semasa sesi lawatan tapak berlangsung, khususnya di dalam clean room Bengkel Mikroelektronik, Dewan Besar dan Dewan Kuliah.



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

ASEAN Engineer


Alhamdulillah, sijil dan medal pendaftaran sebagai Jurutera ASEAN telah diterima.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Sunday, May 24, 2009

Kunjungan


Terima kasih kepada Ex Boss daripada RASMA CORP, En Wan Mohammad dan isteri atas kunjungan ke kediaman kami pada Ahad, 24 Mei 2009.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

MATH TEST

Forwarded from email:

"This is a mathematical challenge, and it's been said that:
If you're an engineer, you should be able to solve it in (under) three minutes (more like 30 seconds), if you're an architect, in three hours; if you're a doctor, in six hours; if you're an accountant, in three months and if you're a lawyer, probably never.

If you're good at math or logical problems, solve this challenge and the answer is the password to open the spreadsheet to which you can add your name to the hall of fame.

"What is the missing number in this logical series?
1, 2, 6, 42, 1806, ____???"

The answer is the password to open the spreadsheet that is attached HERE. If you figure it out, open the spreadsheet, type your name in, save it and send it to your friends.

Good luck and REMEMBER TO ATTACH THE FILE BACK IF YOU SOLVED IT."


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Al Quran Online...


Satu web flash Al Quran Karim yang cukup bermanfaat... Semoga usaha mereka ini berkekalan...

Sila lawati http://www.quranflash.com/en/quranflash.html atau klik SINI...

Terima kasih...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Friday, May 22, 2009

Dokumen Projek

Tuan-tuan yang memerlukan salinan softcopy semua borang berkaitan untuk pemantauan projek boleh download dari SINI.

1) Contoh Site Diary
2) Site Memo
3) Engineer's Instruction
4) Request For Information Confirmation
5) Request For Inspection
6) Minutes Of Meeting
7) Report
8) Non Conformance Record
9) Lain-lain,

Terima kasih...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, May 21, 2009

Mesyuarat ADTEC 21 MEI 2009

Pagi Khamis mulakan dengan Mesyuarat Teknikal kali ke 11 jam 10 hingga 1 tgh, rehat makan bihun goreng sebelum sambung dengan Mesyuarat Tapak kali ke 21 jam 130 tgh hingga 3 petang, sambung dengan Site Evaluation untuk payment ke 24 M&E bernilai RM6 juta sebelum masuk lawatan tapak hingga 4 petang kemudian bergegas ke SMTeknik Bukit Mertajam untuk kelas pertama pelajar baru SC. Semangat baru hampir setahun bertapa.

Latihan Tangan Pertama...

Tahniah untuk Tuan Syed Zairus untuk puteri pertama, anak ketiga selepas 2 orang putera sebelum ini...

Laporan Mesyuarat Tapak adalah seperti di bawah, gambar-gambar terkini akan diupload kemudian:



Sekian, terima kasih.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Sunday, May 17, 2009

Menantikan Penanti


Semalam baru keluar berita Penanti, lain benar kaedah beritanya berbanding yang lepas-lepas..., dan lewat pula..., mungkin berita banyaknya penyakit telah lebih dulu mengambil ruang berita.

Mintak lindung daripada penyakit yang melanda, ada selesema inluenza di dunia, meningitis di selatan, chikunkunya dan penyakit kencing tikus di utara, mudah-mudahan dilindungi daripada penyakit-penyakit ini dan penyakit lain juga.

Ini untuk buat kita ingat, salah satu tanda akhir dunia ialah "merebaknya penyakit berjangkit dengan cepat", ada dalam senarai tu... ramai orang tahu pun...

Ada juga teori lain, seperti ditulis oleh Almarhum Tuan Guru Sheikh Daud Bin Abdullah Al Fathoni dalam kitabnya yang popular, seperti berikut:

"Kata setengah ahli tawarikh yakni bahawasanya satu raja daripada raja-raja keluar ia berjalan di dalam kampung hal keadaannya menyembunyikan dirinya maka turun ia atas seorang laki-laki ada baginya satu lembu perahannya sekali perah seumpama tiga puluh lembu yang lain takjub raja itu bagi yang demikian itu dan mengkhabar-khabar kan dirinya dengan mengambil akan dia maka datang ia pada pagi-pagi maka diperah baginya setengah daripada barang yang memerahi yang dahulunya maka berkata raja apa hal perahannya akan dulu apakah kamu pelihara akan bukan tempatnya yang dahulu katanya tiada dan ada aku sangka bahawasanya raja kami mencita-cita akan dzolim maka jadi kurang labanya bahawa kerana bahawasanya raja apabila dzolim atau cita-cita dengan dia hilang berkatnya maka taubat raja itu dan berjanji ia pada hatinya akan tuhannya bahawa tiada ia mengambil akan dia maka pergi ia pada pagi-pagi maka diperahnya seperti 'adatnya".

Wallahu'alam.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Friday, May 15, 2009

ADTEC 15 MEI 2009

Gambar ACTEC Taiping pada hari terakhir kontrak asal:



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, May 5, 2009

ADTEC 5 MEI 2009

Berikut adalah gambar-gambar perkembangan ADTEC Taiping sehingga 5 Mei 2009.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Monday, May 4, 2009

ASEAN Chartered Professional Engineer


Pendaftaran sebagai ASEAN Chartered Professional Engineer (ACPE) telah diluluskan.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com