Thursday, May 28, 2009

Ah Long dan Kak Min

Berita kekejaman Ah Long yang mendera tahanan penghutang mereka memang dirasakan satu tindakan melampau batas. Semoga kita semua sedar akan kekejaman mereka dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa hutang, uruskan dana pendapatan dengan cara yang paling selamat dan sentiasa mengamalkan sistem pengurusan kewangan yang terbukti cekap. Nasihat untuk diri saya sendiri.


Tapi tidaklah menjadi kehairanan pula kekejaman seumpama itu, kalau diamati petikan dari kitab yang terdahulu, pada bahagian yang lain pula:


"...ceritera ahli tawarikh di dalam kitab mereka itu adalah segala manusia apabila berpagi-pagi pada zaman Hajaj bertanya mereka itu siapa-siapa kena bunuh malam itu dan siapa orang yang kena sula dan siapa orang yang kena pukul dan yang seumpamanya dan ada pada zaman walid suka ia kepada kebun dan rumah maka adalah segala manusia pada zamannya bertanya-tanya mereka itu pada pagi daripada kerja rumah siapa yang berbuat kebun dan siapa yang memilih sungai dan siapa yang bertanam kayu dan adalah pada zaman Sulaiman anak Abdul Malik dan adalah ia sukakan makan makanan dan berkahwin dan adalah segala manusia berkhabar-khabar pada makanan yang indah-indah yang baik-baik memahalkan isi kahwin dan diharga sahaya dan mereka itu tempat kedudukan mereka itu dengan berkhabar-khabar akan yang demikian itu dan tatkala pada zaman Umar Bin Abdul Aziz adalah segala manusia bertanya-tanya mereka itu beberapa engkau hafadz Quran dan engkau hafadz wirid tiap-tiap malam dan beberapa sianu hafadz kitab dan beberapa sehari ia membaca Quran dan beberapa puasa daripada sebulan dan beberapa yang demikian itu maka sayugianya bagi raja-raja adalah ia atas jalan sahabat dan salaf yang dahulu-dahulu yang solihin R.A dan mengikut dengan mereka itu pada perbuatan dan perkataan dan kelakuan maka orang yang menyalahi pada yang demikian itu iaitu tiada mustahil yakni tiada jauh daripada binasa..."

Wallahu'alam.


Kak Min pula kerja keras nampaknya untuk menjadi orang kuat Penanti, hujung minggu ni akan dipilih, secara ikhlas saya boleh kata minta maaf lah Kak Min..., belum masa akak lagi..., DUN Ledang di Terengganu sekarang diisytihar milik pembangkang lagi, pasni Manik Urai pulak, buat masa ni, walaupun ada perbezaan strategi, takkan banyak ubah keputusan asal, banyak isu lagi yang masih dipendam rakyat dan pemilih. Tunggu masa saja...

Aggregate 7-1 semuanya, bonus sebiji, gol jaringan sendiri pertahanan lawan di Ledang.

Tahniah Barcelona, 2-0, ramai orang suka...! Saya pun suka! Kecuali penyokong ManU saja tak suka... :-)

Selamat bercuti sekolah kepada mereka yang terlibat dengan sekolah, anak sekolah, adik sekolah, isteri sekolah, suami sekolah dan sebagainya, selamat berkahwin kepada rakan-rakan yang nak kahwin, Hartini Md Isa di Segamat pada 30 Mei ni, Mohd Zaki di Kulai pada 30 Mei juga, Nurul Azween di Shah Alam, 31 Mei ni, semoga dikurniai perkahwinan yang diberkati... Ada rezeki saya akan sampai di semua tempat tu..., insyallah...

Sekian.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment