Friday, July 31, 2009

Permatang Pasiaq...!

Al Fatihah untuk Allahyarham ADUN Permatang Pasir, Dato Hamdan Abdul Rahman yang meninggalkan kita pada pagi Jumaat, 31 Julai 2009. Perginya pada pagi Jumaat memberi isyarat pemergian yang diredai...

Maka ada satu lagi Pilihanraya Kecil dalam masa 60 hari di sini, ironinya pulak dalam Parlimen P44 Permatang Pauh... Sama seperti Penanti 2 bulan lalu.

Rakyat akan sekali lagi diberi peluang untuk mewakili mood nasional... Khususnya sokongan kepada MP Ketua Pembangkang dan petunjuk kepada PM baru...

Mai ramai-ramai, cari bihun sup laa..... Lama tak pekena ni....

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, July 28, 2009

Untul Dijual...

Mobile Crane untuk dijual... Second hand... jamin elok....

Amat berkesan untuk kerja-kerja tinggi..., jaminan 1 tahun tiada waranti...

Sila lihat gambar...

Berminat sila hubungi saya...

Terima kasih....

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, July 22, 2009

Serang.

Hari ini diisytiharkan semua pelajar UiTM Tronoh Perak perlu keluar daripada kampus kerana seorang pelajar asramanya telah terkena jangkitan virus H1N1.

Maka kosong kampusnya mengikut jejak Lendu dan mungkin juga Seberang Perai.

Maka seronoklah kawan-kawan sekelas MsC B Tech USM tadi dari UiTM Perak menyambut SMS yang datang dari kawan sekampus di sana yang memaklumkan percutian mereka seminggu dengan gaji. Yang tak seronoknya esok ada perjumpaan dengan Pengarah Kampus, hangpa kena pi la wooi...

Tapi tindakan ini menimbulkan kesulitan atas beberapa perkara. Semua pelajar perlu keluar, maka mak bapak dan sedara jauh dan dekat perlu usahakan agar keluar pelajar ini dari sana dengan selamat, balik ke mana-mana yang patut.

Kalau seminggu cuti ni masuk semula pada 29 Julai, tup-tup 30 Julai ada lagi kes, maka mungkinkah cuti lagi seminggu...?

Pastu masuk balik dan ada kes lagi patut cuti lagi kah..?

Maka sesemesterlah cutinya rasanya.

Rasa lebih elok dan selamat semua pelajar dan staff jangan balik, duduk asrama, kuarantin asrama bagi yang suspek, bagi yang kompom terkena pi masuk hospital bagi dapatkan rawatan. Semoga cepat sembuh.

Ini untuk mengelakkan virus terkeluar dari kawasan yang dijangkiti.

Kalau biaq depa ni balik, nanti virus pi pulak ke kampung.

Pastu cerita ni tak habih...

Betui dak..? Hangpa rasa macam mana...? Din...?




Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

ADTEC 20 JULY 2009



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, July 21, 2009

Pindah...

Opis baru...


Opis lama.... hahahha.... Budak-budak ni yang selerak ni bukan aku...!

Isnin, 20 Julai 2009... Semua pegawai projek dipindahkan ke bangunan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja meruntuhkan pejabat tapak yang dibina sejak 2 tahun lalu...

Sedih ooo....

Jumpa kami di Dewan Besar..., Bilik Gimnasium...

Sekian...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, July 16, 2009

Friday, July 10, 2009

FAT Transformer 10 Julai 2009

4 unit transformer untuk ADTEC Taiping telah menjalani ujian kilang pada 10 Julai 2009 yang lalu di Nilai, Negeri Sembilan.

Transformer tersebut akan dihantar ke Taiping dan dijangka tiba pada Selasa, 14 Julai 2009, pemasangan mengambil masa hingga hujung bulan Julai dan mulai 1 Ogos kita ada masa 10 hari untuk membuat ujian pada bangunan-bangunan yang menerima transformer ini, sebelum di serah pada 13 ogos 2009.

Semua kena dilakukan secara manual dan berperingkat-peringkat, bukan boleh tukar-tukar macam Transformers Decepticon dan Optimus Prime.

Mereka tidak sama, jangan konfius.



Terima kasih.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, July 8, 2009

Audit JKR Mekanikal

Dokumen penutupan komen Audit JKR Mekanikal boleh diambil dari ikon di bawah untuk sesiapa yang berkenaan.





Sekian terima kasih...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, July 7, 2009

Penghibur Yang Tak Terhibur...

Pemergian Michael Jackson 25 Jun lepas diratapi jutaan peminatnya seluruh dunia. Tiada dunia yang tidak mengenali Michael Jackson ni, kecuali budak-budak yang terlalu kecil.

Pengebumiannnya malam tadi juga disaksikan lebih 1 billion peminatnya dari serata dunia melalu TV dan internet.

MJ ada kekayaan yang melimpah-limpah ketika terkenal.

MJ mempunyai pengaruh serata dunia, pengikut dan peminat yang berjuta-juta orang.

Malah seorang Raja Pop Dunia ni terlalu terkenal dan terlalu kaya.

Walaupun terkenal dan terlalu berjaya sebagai penghibur dunia, hatinya sendiri kita ketahui tidak begitu terhibur.

Beratus-ratus pil perlu ditelan saban hari selama beberapa tahun.

Dan kematiannya pun dikaitkan dengan pengambilan pil yang terlalu banyak dan melampau.

Antaranya pil penenang..., fahamlah kita, bahawa orang yang bijak menghibur dan mampu menenangkan orang yang berjuta-juta pelbagai bangsa serata dunia, belum mampu menenangkan dirinya sendiri.

Akhirnya dia mencuba mencari ketenangan mengikut fitrahnya, MJ dikatakan Islam pada tahun lepas, mengikut jejak abangnya.

Apa ada antara MJ dan Islam, wallahu'alam,

Semoga dia terhibur dan tenang di alam sana.

Sekian.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Energize ADTEC TAIPING

ADTEC Taiping telah selamat di energize pada 7/7/09 lebih kurang jam 415 petang dihadiri oleh semua pihak yang terlibat.

Alhamdulillah, satu peristiwa yang amat menyentuh perasaan...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Sunday, July 5, 2009

Minggu Baru...

Minggu ni bermula dengan kesibukan baru, semester baru, kelas MSc. Building Tech USM bermula pada Rabu dengan lecture pertama, Selasa energize substation ADTEC Taiping dan Khamis/Jumaat factory test untuk 4 unit transformer di KL untuk projek ADTEC Taiping.

Transformer elektrik tau, bukan Tranformer kat panggung tu..!

Sekian.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com