Tuesday, July 7, 2009

Penghibur Yang Tak Terhibur...

Pemergian Michael Jackson 25 Jun lepas diratapi jutaan peminatnya seluruh dunia. Tiada dunia yang tidak mengenali Michael Jackson ni, kecuali budak-budak yang terlalu kecil.

Pengebumiannnya malam tadi juga disaksikan lebih 1 billion peminatnya dari serata dunia melalu TV dan internet.

MJ ada kekayaan yang melimpah-limpah ketika terkenal.

MJ mempunyai pengaruh serata dunia, pengikut dan peminat yang berjuta-juta orang.

Malah seorang Raja Pop Dunia ni terlalu terkenal dan terlalu kaya.

Walaupun terkenal dan terlalu berjaya sebagai penghibur dunia, hatinya sendiri kita ketahui tidak begitu terhibur.

Beratus-ratus pil perlu ditelan saban hari selama beberapa tahun.

Dan kematiannya pun dikaitkan dengan pengambilan pil yang terlalu banyak dan melampau.

Antaranya pil penenang..., fahamlah kita, bahawa orang yang bijak menghibur dan mampu menenangkan orang yang berjuta-juta pelbagai bangsa serata dunia, belum mampu menenangkan dirinya sendiri.

Akhirnya dia mencuba mencari ketenangan mengikut fitrahnya, MJ dikatakan Islam pada tahun lepas, mengikut jejak abangnya.

Apa ada antara MJ dan Islam, wallahu'alam,

Semoga dia terhibur dan tenang di alam sana.

Sekian.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment