Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan


Selamat Menyambut Ramadhan tahun ini semoga diampunkan Allah semua dosa yang lepas-lepas dalam peluang Ramadhan tahun ini.

Semoga menjadi Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita, kerana tidak tahu adakah lagi Ramadhan untuk kita pada tahun akan datang...

Semoga semua ibadat diterima dan dikeluarkan daripada Ramadhan dengan kesucian, suci daripada dosa-dosa, kembali kepada fitrah kita...

Harap maaf atas semua kesalahan saya kepada tuan-tuan.

Sekian...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tazkirah Ramadhan

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman, UIA (UZAR)

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW.(Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam..

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat".(Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh).(As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut:-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, August 19, 2009

MSc Lab Project: Material

Gambar ketika Lab Project MATERIAL Dr Zailan di Structure LAB, HBP, USM Penang pada 19 Ogos 2009.

(Iya-iya la Si Din tu buat projek...)



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, August 18, 2009

Jintan & H1N1... Wallahu'alam.


Fennel Seeds
小茴香
Jintan Manis

Fennel Seed Treatment Claimed Effective to Prevent Swine Flu

Sharjah: Drinking a decoction made of fennel seeds soaked in warm water first thing in the morning could prevent you from catching swine flu says a study published in a Chinese medical research magazine.

According to report published in Al Khaleej a local Arabic daily, the study has resulted in an increase of fennel seeds sales by 50 per cent in some Asian countries.

The report read that similar increase in sales was also visible in countries like Saudi Arabia and Egypt.

The fennel seed warm drink is being distributed to people who are making pilgrimage to the holy cities of Makkah and Madinah.

沙迦: 根据中国医学研究杂志所发表的研究报告,在早上饮用茴香的种子(小茴香)所浸泡的温水可以预防猪流感(A型流感)。

根据一家阿拉伯文报章的报导(Al Khaleej),这项研究结果增加了一些亚洲国家的茴香种子销售量约50%。

该报导也指出类似的销售量增长也出现在其他国家如沙特阿拉伯和埃及。

茴香的种子所浸泡的温水也在麦加(Makkah)和麥地那(Madinah)分发给前往朝圣的人。

Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.

Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.

Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.

Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.

Original article from http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html

-Wallahu'alam...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Ulangkaji lagi...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, August 13, 2009

Puasa 3

Ulangkaji Bab Puasa 3 (Akhir)

(Shahadan) tiada sah puasa itu di dalam dua hari raya dan tiada pula sah puasa itu sesekali hari tasyriq yang tiga jikalau daripada qadho atau nazar sekalipun dan tiada pula sah puasa pada hari syak dan pada segala hari nisfu yang kedua daripada bulan Sya’ban melainkan jika ada ia puasa padanya daripada fardzu atau kena kebetulan ‘adat baginya atau dihubungkan puasanya dengan puasa satu daripada nisfu yang pertama seperti ia puasa pada hari yang kelimabelas dan haram atas orang puasa itu seumpama cium dan peluk akan isterinya jika berqadar dengan yang demikan itu oleh syahwatnya dan sunat baginya disegera akan berbuka dan takhirkan makan sahur dan sunat pula disegera akan mandi daripada hadas besar dahulu daripada keluar fajar dan sunat keadaan berbuka ia dengan tamar jika ada ia gampang atasnya dan jika tiada maka atasnya sesuatu yang manis jika ada gampang atasnya dan jika tiada maka atas air dan membanyakkan doa padanya istimewa pula pada ketika berbuka dan sunat pula membanyakkan baca quran dan bersedekah dan makruh bagi orang yang puasa itu berpetik dan berbekam dan mamah seumpama laban zikr dan rasa makanan dan mubalaghah pada berkumur-kumur dan masuk air ke hidung dan cium isterinya dan peluk akan dia jika tiada bergerak oleh keduanya oleh syahwat. (Dan Wajib) atas orang yang puasa itu memelihara akan dirinya daripada segala keinginannya dan daripada mengumpat-umpat dan daripada mengadu-ngadu dan daripada tiap-tiap perkataan atau perbuatan yang jahat.

(Faslun) bermula orang yang telah nyanyuk dan orang yang sakit dan tiada diharapkan akan sembuhnya apabila ditinggal oleh keduanya akan puasanya di dalam Ramadhan maka wajib atas tiap-tiap hari yang ditinggalkan itu satu mud makanan daripada yang boleh buat fitrah dan tiada wajib qadho atas keduanya (Dan Wajib) atas segala orang perempuan yang haidz dan pada perempuan yang nifas itu tinggal puasa didalam bulan Ramadhan dan harus bagi orang musafir itu tinggal puasa didalam bulan Ramadhan jika ada perjalanannya itu panjang lagi harus seperti bukan ia perjalanan maksiat dan jikalau ia kuasa atasnya puasa sekalipun dan yang terlebih utama baginya bahawa ia puasa jika tiada hasil baginya oleh musyaqqah dan tiada harus bagi orang yang sakit itu tinggal puasa melainkan jika hasil baginya musyaqqah yang amat sangat dengan puasanya dan harus tinggal puasa itu bagi orang yang bunting dan orang yang memberi susu akan kanak-kanak apabila takut keduanya akan kemudaratan atas diri keduannya atau atas anak keduanya (Dan Wajib) qadho atas segala mereka itu dan apabila luput puasa itu atas seorang dengan tiada ‘uzur maka wajib atasnya qadho atas segera maka apabila luput dengan ‘uzur maka wajib atasnya qadho atas tarakhi yakni terdahulu masanya dan yang terlebih utama padanya disegerakan.

(Faslun) barangsiapa meluputkan akan dia oleh puasa daripada puasa Ramadhan dengan ‘uzur dan mati ia dahulu daripada bahawa boleh ia memberi ia qadhokan akan dia maka tiada wajib atasnya diperdapatkan akan dia maka jika mati ia kemudian daripada bahawa boleh ia qadhokan dia maka memilih walinya antara ia puasa daripadanya atau bahawa ia memberi makanan daripadanya akan satu mud bagi tiap-tiap sehari daripadanya (Dan Barangsiapa) telah melazimkan dia oleh qadho sesuatu daripada puasa bulan Ramadhan dan takhirkan akan dia dengan tiada ‘uzur sehingga datang Ramadhan yang lainnya maka wajib atasnnya serta qadho dikeluarkan akan makanan satu mud bagi tiap-tiap hari daripada makanan yang memadai buat fitrah maka berbilang-bilanglah mud itu dengan berbilang-bilang tahunnya (Dan) demikian jua wajib mud itu serta qadho atas orang yang bunting dan orang yang memberi susu kanak-kanak apabila tinggal puasa keduanya kerana takut atas binasa anak keduanya sahaja (Dan) barangsiapa membatalkan puasa dengan jimak pada siang hari bulan Ramadhan maka wajib dita’zir kan atasnya oleh orang yang memegang hukum jika tsabit yang demikian pada tempat hukumnya dan wajib atasnya bayar kifarah yang besar dan iaitu memerdekakan seorang sahaya yang beriman lagi sejahtera daripada segala ‘aib maka jika tiada memperoleh akan dia maka ia puasa dua bulan berturut-turut maka jika tiada kuasa ia maka wajib ia beri makan enam puluh orang faqir miskin bagi tiap-tiap satu daripada mereka itu satu mud daripada makanan yang ghalib pada negerinya.


Sekian… Wallahu'alam.

Manhaj Salam, halaman 27, 28.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

ADTEC 13 Ogos 2009

Mesyuarat Teknikal dan Tapak ADTEC Taiping pada hari terakhir kontrak 13 Ogos 2009 dihadiri oleh semua pihak. Dua minggu diperuntukkan untuk menyiapkan semua kerja yang masih tinggal.

Gambar-gambar mesyuarat dan status projek pada hari terakhir kontrak seperti di bawah:



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Monday, August 10, 2009

Puasa 2

Ulangkaji Puasa 2

(Faslun) dan bermula segala yang membatalkan bagi puasa itu sepuluh perkara pertama masuk sesuatu ke dalam segala ‘ain dunia dan jikalau sedikit sekalipun ke dalam rongganya dengan disengajakan jika ada masuk ia daripada salah satu daripada segala lubang yang terbuka kepada rongganya dan keduanya muntah yang disengajanya dan jika tiada kembali suatu daripadanya ke dalam rongganya sekalipun dan ketiga jimak dengan disengajanya dan jikalau dengan berlapat dengan yang tebal serta tiada keluar mani daripadanya sekalipun dan keempat keluar mani dengan sengaja …. dan kelima gila dan jikalau ada ia didalam satu yang singkat sekalipun dan keenam pitam sepanjang hari yang daripada fajaq sodiq sampai maghrib dan ketujuh bahawa fathur dahulu daripada tahqiq masuk matahari dengan yaqinnya jika ada ia matahari itu terpandang baginya dan dengan kuat zhon nya jika jika tiada nyata baginya oleh matahati itu dan kedelapan kedatangan murtad pada orang yang puasa dan kita minta lindung daripada Allah daripadanya dan kesembilan kedatangan haidz atau nifas dan kesepuluh beranak yang serta ia dengan basah dan barangsiapa membatalkan puasanya didalam bulan Ramadhan atau lupa ia akan niat pada malamnya maka wajib atasnya imsak yakni tahankan dirinya daripada segala yang membatalkan puasa pada yang tinggal daripada harinya demikian orang yang dinyata baginya tsabit Ramadhan didalam tengahari yang ke tiga puluh daripada bulan Sya’ban.

(Faslun) tiada batal puasa seorang daripada orang yang puasa itu dengan sampai ke dalam rongganya oleh suatu daripada segala benda syurga jikalau disengaja sekalipun dan tiada batal puasanya dengan suatu daripada segala benda dunia ini yang masuk ke dalam rongganya jika sampai ia dengan lupanya dan tiada pula batal puasa itu dengan jimak dan keluar mani yang tiada dengan ikhtiarnya atau dengan lupanya dan tiada pula batal ia dengan tergagah muntah padanya jika tiada kembali daripadanya oleh sesuatu kepada rongganya dan tiada batal ia dengan tertelan potongan balaghahnya jika ada ia dengan tergagah dan tiada pula batal ia dengan bercelak dan berminyak dan jikalau didapatkan akan rasa celak dan minyak itu didalam halqumnya sekalipun dan tiada batal akan dia dengan masuk kedalam rongganya oleh lalat dan nyamuk dan seumpama debu jalan raya dan pengayak tepung dan jikalau membolehkan akan dia bahawa memelihara akan diri daripadanya sekalipun (Dan) tiada batal dengan telan air liur yang suci daripada campuran sesuatu dan tiada pula batal ia terlancur ke dalam rongganya oleh air pagi berkumur-kumur dan air yang di pagi basuh hidung jika tiada ia mubalaghah pada keduanya dan adalah terlancur itu adalah satu daripada yang tiga kali itu dan tiada pula batal puasa dengan tidur dan jikalau ada ia menghabiskan sekalipun harinya sekalipun dan tiada pula batal ia dengan pitam apabila diingatnya di dalam siang hari jika ada ia satu lahzoh sekalipun apabila telah diperolehkan niat di dalam waktunya dan tiada pula batal ia dengan berpetik dan berbekam.


(Akan bersambung lagi....insyallah)

Manhaj Salam, halaman 26, 27.

Sekian, wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Friday, August 7, 2009

For Sale



Alatan senaman untuk dijual... Pengangkutan perlu disediakan sendiri... Hubungi saya jika berminat... TQ...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Pemeriksaan Malam

Pada 6 dan 7 Ogos 2009 telah dijalankan pemeriksaan bersama-sama JKR Mekanikal dan perunding untuk memeriksa pemasangan dan operasi alatan. 7 Ogos telah dibuat pemeriksaan bangunan dan operasi pada sebelah malam.

Gambar seperti di bawah:



Minggu hadapan bermula 10 Ogos pemeriksaan pre handover hingga 12 Ogos 2009. 13 Ogos Mesyuarat Tapak dan jangkaan proses penyerahan bangunan ADTEC kepada JKR.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Sunday, August 2, 2009

Puasa

Ulangkaji menjelang puasa:

Kitab Pada Menyatakan Puasa

(Dan bermula) puasa itu rukun yang keempat daripada segala rukun Islam yang lima telah tersebut dahulunya di dalam hadis dengan ijmal (dan tiada wajib) puasa Ramadhan itu melainkan atas orang yang Islam baligh lagi ber'akal serta kuasa ia atasnya puasa lagi suci daripada haidz dan nifas dan apabila sempurna telah bilangan bulan Sya'ban itu tiga puluh hari atau dilihat akan bulan Ramadhan itu pada malam hari yang ketiga puluh daripada bulan Sya'ban itu oleh seorang yang adil padahal telah tsabit ia pada qadhi maka wajiblah atas puasa umum atas sekelian manusia di bawah perintahnya dan jika tiada tsabit pandangannya pada qadhi maka wajib puasa atas orang yang memandangkan dan membenarkan akan dia saja.

(Faslun) dan bermula segala syarat sah puasa itu enam perkara pertama Islam dan kedua tamayyizun dan ketiga suci daripada haidz dan nifas pada sepanjang harinya dan keempat niat pada malam dan sah niat puasa sunat itu dahulu daripada tergelincir matahari dengan syarat bahawa jangan ada ia mengerjakan barang yang membatalkan puasa dahulu daripadanya tetapi jatuh ia di dalam malam itu terlebih utama dan wajib pada puasa fardzu itu dita'yinkan dia dan jatuhkan dia didalam satu suku daripada malamnya dan yang terlebih utama dijatuhkan dia di dalam thulus yang akhir daripadanya dan kelima tahan diri daripada sekelian yang membatalkan puasa akan dia daripada permulaan fajar sodiq sampai kepada masuk matahari dan keenam masuk waktu atau memperolehkan sebab pada puasa fardzu.


(Akan Bersambung)

Manhaj Salam, Halaman 26.

Saturday, August 1, 2009

Ceramah MP3 Ustaz Shamsuri

Koleksi ceramah MP3 Ustaz Shamsuri Ahmad boleh didownload daripada ikon di bawah:



Sekian, terima kasih.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com