Sunday, August 2, 2009

Puasa

Ulangkaji menjelang puasa:

Kitab Pada Menyatakan Puasa

(Dan bermula) puasa itu rukun yang keempat daripada segala rukun Islam yang lima telah tersebut dahulunya di dalam hadis dengan ijmal (dan tiada wajib) puasa Ramadhan itu melainkan atas orang yang Islam baligh lagi ber'akal serta kuasa ia atasnya puasa lagi suci daripada haidz dan nifas dan apabila sempurna telah bilangan bulan Sya'ban itu tiga puluh hari atau dilihat akan bulan Ramadhan itu pada malam hari yang ketiga puluh daripada bulan Sya'ban itu oleh seorang yang adil padahal telah tsabit ia pada qadhi maka wajiblah atas puasa umum atas sekelian manusia di bawah perintahnya dan jika tiada tsabit pandangannya pada qadhi maka wajib puasa atas orang yang memandangkan dan membenarkan akan dia saja.

(Faslun) dan bermula segala syarat sah puasa itu enam perkara pertama Islam dan kedua tamayyizun dan ketiga suci daripada haidz dan nifas pada sepanjang harinya dan keempat niat pada malam dan sah niat puasa sunat itu dahulu daripada tergelincir matahari dengan syarat bahawa jangan ada ia mengerjakan barang yang membatalkan puasa dahulu daripadanya tetapi jatuh ia di dalam malam itu terlebih utama dan wajib pada puasa fardzu itu dita'yinkan dia dan jatuhkan dia didalam satu suku daripada malamnya dan yang terlebih utama dijatuhkan dia di dalam thulus yang akhir daripadanya dan kelima tahan diri daripada sekelian yang membatalkan puasa akan dia daripada permulaan fajar sodiq sampai kepada masuk matahari dan keenam masuk waktu atau memperolehkan sebab pada puasa fardzu.


(Akan Bersambung)

Manhaj Salam, Halaman 26.

No comments:

Post a Comment