Tuesday, November 30, 2010

CGMP Consult

Kepada sesiapa yang berkenaan:

CGMP's Document.



(Ask me for password, TQ)

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, November 23, 2010

2 Alam

Berasa teringin nak memberi komen, sasaran yang diletakkan berbulan-bulan dengan hebahan setiap hari dalam satu suratkhabar, dengan 'bahasa' yang sungguh puitis.

40 juta untuk filem pertama amatlah jauh. 4 juta lebih rasional, letak 4 juta, mungkin boleh capai 2 juta actual, bergantung kepada rezeki.

Kalau benar dapat 2 juta pun, dengan sasaran 4 juta, tidaklah begitu tragis. Kalau dapat 2 juta alhamdulillah, kalau kurang....?

Dua ratus contohnya?

Cubalah lagi....!

(Minta maaf, embed dari youtube)

NBCT AP Tower Cable Tray Inspection


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

KDN Kangar 23 Nov 2010


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Ha Zal Baladil Amin.


"Demi negeri ini (Mekah) yang aman damai (Al Quran, At Tiin, 3)"

From Email:

"Makkah - Kota Paling Selamat Di Dunia BAGI orang-yang memahami hukum fizik dan banyak mengkaji tentang kehebatan Mekah akan menemu kan sesuatu yang baru. Penemuan itu menguatkan lagi keyakinan,Islam agama yang datang dari tuhan yang Maha Esa. Sekali gus, menjadikan diri semakin dekat kepada pencipta dan terasa kerdilnya diri di sisi tuhan. Prof. Norhisham Wahab, Pengasas Color Vaibration Therapy yang banyak mengkaji tentang kaitan amalan haji dengan sains menjelaskan, Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. Boleh dikatakan ia kawasan paling selamat di dunia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, jika suatu hari nanti bumi mengalami kekacauan dan malapetaka, Mekah adalah bumi yang paling selamat untuk didiami. “Itulah kawasan yang dicari-cari selama ini, di mana manusia boleh tinggal dengan selamat dan aman sehingga berlakunya kiamat. Sebagai pusat bumi memang banyak keistimewaannya. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. “Suatu masa dulu kiblat kita adalah masjid al-Aqsa dan di situlah pusat bumi ketika itu. Kemudian Allah perintahkan Nabi untuk berpaling ke arah Kaabah sebagai kiblat. Dari apa yang saya pernah kaji, berlaku gempa bumi dan pergerakan lempeng bumi di tanah Arab clan menyebabkan pusat bumi berubah ke Mekah,” katanya. Prof. Nohisham juga menjelaskan tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. Sebenarnya ketika berada di sana, sistem imun akan menjadi lebih kuat secara semula jadi tanpa bantuan vaksin. Pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsang kelenjar pineal yang terletak di otak tengah untuk mengawal kekuatan sistem imun. Memang sudah dibuktikan apabila berada di Mekah yang sakit akan jadi sihat dan yang lemah akan bertenaga. Apabila graviti tinggi maka banyak elektron ion negatif yang berkumpul di situ. Sebab itulah doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Ketika berada di sisi Kaabah perasaan akan segera berubah menjadi hening, tenang, sayu, rendah diri, kerdil pada kebesaran tuhan. Semua itu adalah pengaruh dari tekanan graviti yang tinggi. Meskipun ada niat jahat Yahudi atau Kristian untuk menghancurkan Mekah, cubaan itu tidak akan berjaya. Setinggi mana teknologi ketenteraan negara-negara maju tetapi tidak dapat menembusi Mekah. Andai kata ada peluru berpandu yang dihalakan ke Mekah untuk menghancurkannya, itu pun tidak akan berjaya. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. Begitulah hebatnya tempat yang Allah pilih sebagai kiblat bagi umat Islam. Sudah pastinya manusia biasa tidak mampu mencipta sesuatu sehebat itu. Malah teknologi satelit pun tidak boleh merieropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi. “Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. Sujud, dahi mencecah lantai masih terasa dingin mamar yang dipanah matahari kerana tekanan graviti tinggi itu,” terangnya. Selama ini kita hanya diajar tentang melakukan ibadat haji, rukunnya, sejarahnya, perkara yang dilarang semasa ihram clan penjagaan kesihatan ketika di Mekah. Mengapa tidak pernah ada ulama atau tokoh agama yang memberitahu apa rahsia di sebalik rukun haji itu. Hikmah-hikmah yang selalu di laung-laungkan tentang haji sudah terlalu biasa sangat. Haji dilihat sebagai satu pengorbanan, memerlukan kesabaran yang tinggi, persaudaraan, mengabdikan diri, melawan nafsu, dugaan, persamaan, perpaduan, kesu dan rohani, menghambakan diri dan satu cita-cita. Semua yang dijelaskan terlalu subjektif."

Sekian.

Monday, November 15, 2010

Salam Aidiladha

Alhamdulillah jika dipanjangkan umur maka esok sekali lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Haji, Hari Raya Qurban, Hari Raya Qubra..., apapun sebutannya, kita meraikan saban tahun dengan kaedah yang kita diajarkan, mengikut 'sekolah' masing2.

Adakah Raya Haji tahun ini akan sama saja dengan tahun yang lalu bagi saya dan kita semua?

Bolehkah mulai tahun ini kita mula menyemai azam untuk berhari raya Qubra ini di Tanah Suci pula pada salah satu tahun daripada tahun-tahun akan datang? Secepat yang boleh?

Sudah jatuh hukum wajib untuk kita menunaikan Haji dan apakah persiapan kita untuk ke sana?

1) Sudahkah dibuka akaun Tabung Haji?
2) Sudahkah dibuat daftar Haji? Baki akaun perlu di dalam buku sebanyak RM1500 sehingga sampai tahun untuk kita menunaikan haji.
3) Sudahkah dicukupkan RM10,000.00 dalam akaun Tabung Haji untuk membolehkan kita pergi menunaikan haji dengan kos sekarang?

Jika semua belum, bila kita akan bertindak? Jika kita membuat daftar pada tahun ini (2010), giliran kita akan diberikan pada sekurang-kurangnya pada 2028 nanti, siapa yang boleh menjamin kita akan hidup sehingga tahun tersebut?

Memandangkan kita di Malaysia perlu menunaikan haji melalui Tabung Haji, maka urusan pendaftaran haji dan pembukaan akan tabung haji menjadi wajib bagi setiap orang Islam di sini. Melainkan kita rasa kita nak ke sana dengan kaedah yang lain.

Adakah urusan haji untuk orang tua dan pencen sahaja?

Itupun kalau kita sampai tua dan sampai pencen.

Susahkah untuk kita mengumpulkan RM 10,000.00 dalam akaun Tabung Haji kita untuk persiapan kita menunaikan Haji?

Bolehkah kita menukar spot rim kereta yang berharga RM 4000.00 sedangkan akaun Tabung Haji kita masih belum cukup RM 10,000.00?

Bolehkah kita membeli rokok yang berharga RM10 sehari sedangkan akaun Tabung Haji kita masih belum cukup RM 10,000.00?

Bolehkah kita menukar telefon bimbit setiap 6 bulan yang berharga RM2000.00 sedangkan akaun Tabung Haji kita belum cukup RM10,000.00?

Bolehkah kita pergi makan angin serata dunia dengan kos belasan ribu satu trip sedangkan dalam akaun Tabung Haji kita belum cukup RM10,000.00?

Bolehkah kita setiap 5 tahun menukar kereta sedangkan akaun Tabung Haji kita belum cukup RM 10,000.00?

Bolehkah kita?

Satu tulisan untuk diri sendiri....! Padan muka...!

Salam Aidiladha untuk semua pembaca, semoga para jemaah haji kita di sana pada hari ini pulang dengan Haji yang Mabrur.

Wallahu'alam, Wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, November 2, 2010