Monday, November 15, 2010

Salam Aidiladha

Alhamdulillah jika dipanjangkan umur maka esok sekali lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Haji, Hari Raya Qurban, Hari Raya Qubra..., apapun sebutannya, kita meraikan saban tahun dengan kaedah yang kita diajarkan, mengikut 'sekolah' masing2.

Adakah Raya Haji tahun ini akan sama saja dengan tahun yang lalu bagi saya dan kita semua?

Bolehkah mulai tahun ini kita mula menyemai azam untuk berhari raya Qubra ini di Tanah Suci pula pada salah satu tahun daripada tahun-tahun akan datang? Secepat yang boleh?

Sudah jatuh hukum wajib untuk kita menunaikan Haji dan apakah persiapan kita untuk ke sana?

1) Sudahkah dibuka akaun Tabung Haji?
2) Sudahkah dibuat daftar Haji? Baki akaun perlu di dalam buku sebanyak RM1500 sehingga sampai tahun untuk kita menunaikan haji.
3) Sudahkah dicukupkan RM10,000.00 dalam akaun Tabung Haji untuk membolehkan kita pergi menunaikan haji dengan kos sekarang?

Jika semua belum, bila kita akan bertindak? Jika kita membuat daftar pada tahun ini (2010), giliran kita akan diberikan pada sekurang-kurangnya pada 2028 nanti, siapa yang boleh menjamin kita akan hidup sehingga tahun tersebut?

Memandangkan kita di Malaysia perlu menunaikan haji melalui Tabung Haji, maka urusan pendaftaran haji dan pembukaan akan tabung haji menjadi wajib bagi setiap orang Islam di sini. Melainkan kita rasa kita nak ke sana dengan kaedah yang lain.

Adakah urusan haji untuk orang tua dan pencen sahaja?

Itupun kalau kita sampai tua dan sampai pencen.

Susahkah untuk kita mengumpulkan RM 10,000.00 dalam akaun Tabung Haji kita untuk persiapan kita menunaikan Haji?

Bolehkah kita menukar spot rim kereta yang berharga RM 4000.00 sedangkan akaun Tabung Haji kita masih belum cukup RM 10,000.00?

Bolehkah kita membeli rokok yang berharga RM10 sehari sedangkan akaun Tabung Haji kita masih belum cukup RM 10,000.00?

Bolehkah kita menukar telefon bimbit setiap 6 bulan yang berharga RM2000.00 sedangkan akaun Tabung Haji kita belum cukup RM10,000.00?

Bolehkah kita pergi makan angin serata dunia dengan kos belasan ribu satu trip sedangkan dalam akaun Tabung Haji kita belum cukup RM10,000.00?

Bolehkah kita setiap 5 tahun menukar kereta sedangkan akaun Tabung Haji kita belum cukup RM 10,000.00?

Bolehkah kita?

Satu tulisan untuk diri sendiri....! Padan muka...!

Salam Aidiladha untuk semua pembaca, semoga para jemaah haji kita di sana pada hari ini pulang dengan Haji yang Mabrur.

Wallahu'alam, Wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment