Thursday, February 2, 2012

Mereka Yang Ilmuan

Alhamdulillah, sedar atau tidak kita pada masa sekarang memiliki beberapa orang ilmuan yang kebanyakannya muda, memiliki ilmu yang dalam dalam bidang masing-masing.



Yang lebih baik apabila mereka juga kebanyakannya bersikap "independent", tidak bergantung kepada mana-mana pihak tetapi atas ilmu mereka, mereka membuat keputusan, mereka memberi nasihat, mereka berijtihad.



Tak perlula disebutkan nama2 mereka, lazim bagi mereka menjawab isu2 terkini dengan ilmu dan kepakaran mereka, mereka memberi pandangan dan jalan pemutus, atas ilmu yang mereka ada. Mereka memang memberi manafaat.



Kadang kala bila pandangan mereka bercanggah dengan pandangan perdana, mereka akan dicemuh dan dikecam, bilamana pandangan mereka selari dengan pandangan perdana, mereka akan diangkat dijulang dan di temubual seantero stesen tv dan media.



Hukuman awam terhadap pandangan mereka kadangkala kejam, habis dibuang semua integriti dan kepakaran mereka, semua ijazah dan kesarjanaan mereka dibakulsampah.



Keadaan ini tidak sihat untuk perkembangan dan percambahan ilmu. Para mujtahid ini, tak kira dalam bidang agama atau dalam bidang profesional lain, ada antara mereka takut untuk berpandangan, lebih takut jika mereka duduk di kerusi tertentu yang melibatkan periuk nasi. Jika ini berlaku, mereka akan duduk diam2 di kerusi itu.



Maka, mereka menukunkan ilmu mereka yang dalam itu di bawah kerusi sahaja.



Apabila mereka pergi, terkuburlah kesarjanaan mereka.



Sarjana baru yang muncul, takkan sama dengan Sarjana yang sudah pergi.



Kita harapkan beberapa Sarjana itu akan terus berkhidmat walaupun menunggal mereka, jauh lebih baik daripada menunggul bersama2 tungul-tunggul yang ada.



Kelam?



Wassalam.





via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment