Sunday, August 24, 2008

Komen Liberalisasi UiTM

Ada juga yang bertanyakan kepada saya komen tentang satu isu yang dibawa oleh Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) berhubung 'pembukaan dasar liberalisasi' Universiti Teknologi MARA yang menimbulkan rasa tak senang dan mengundang demonstrasi di kalangan pelajar dan pihak pentadbiran universiti minggu lalu.

Tak ramai di kalangan kita yang mendengar sendiri atau menyaksikan tutur kata sebenar secara langsung dari TSKI di media... saya sendiri tak berpeluang. Anda ada melihat?

Yang kelihatan ialah respon dari pelbagai pihak dan video demo yang kebanyakannya membantah TSKI.

Jadi hasrat hati TSKI dan hujahnya tidak dapat dinilai oleh orang ramai. Beliau juga akhirnya akur dan meminta isu itu tidak dipanjangkan lagi.

UiTM seperti yang kita tahu banyak berjasa kepada orang Melayu khususnya dan dalam melahirkan graduan pelbagai peringkat kerjaya dan bidang sejak berdekad lalu. UiTM juga mempunyai cawangan dan organisasi yang besar di seluruh negara. Mempunyai pelajar Bumiputera puluhan ribu orang dan menjadi satu institusi pendidikan tinggi yang dihormati di negara ini.

Soalannya, bila sudah boleh UiTM dianggap berada di puncak pada masa ini, apakah lagi yang ingin dicapai oleh UiTM pada masa depan?

Mungkinkah TSKI ingin melihat UiTM mula menapak ke peringkat antarabangsa...? Menjadi salah satu universiti tumpuan pelajar dari serata dunia dan mengembangkan sayap menjadi terkenal dan terbilang seperti Oxford, Harvard atau Al Azhar...?

Bagi membolehkan itu berlaku, UiTM perlu mula dengan membuka pintunya kepada pelajar luar. UiTM takkan boleh bersaing di peringkat lebih tinggi jika prasyarat ini tidak dipenuhi.

Namun, kita punya pilihan, sama ada berasa selesa dengan pencapaian UiTM sekarang atau ingin lihat UiTM satu masa nanti tersenarai sebagai universiti terbaik di dunia, tetapi, pintunya perlu dibuka terlebih dahulu...

Sila baca ARTIKEL ini untuk makluman lanjut.

Sekian.

No comments:

Post a Comment