Thursday, September 4, 2008

Gambar ADTEC 5 September 2008



Tuan,

Lawatan tapak pada 5 September 2008 telah dibuat di Bengkel Seramik, Komposit, Plastik, Asrama L&P, Dewan Makan, M&E Plantroom 2, Surau dan sekitarnya. Komen pihak kami adalah seperti berikut:

1) Laluan paip compressor di semua bengkel yang terdapat void akan dipastikan oleh pihak HQ MJC dalam masa terdekat.
2) Pemasangan exhaust fan di kawasan lompong (Bengkel-bengkel) yang sudah dipasang bumbung telah boleh dimulakan. Sila kemukakan method statement bagi mendapat kelulusan awal daripada pihak perunding.
3) Pemasangan conduit dari trunking secara terus perlu menggunakan penggantung (hanger) yang merupakan steel bend bagi mengelakkan ia berayun. Pemasangan terus (LAMPIRAN 1: lihat gambar 1) adalah tidak dibenarkan.
4) Cara simpanan (storage) unit FCU yang masih belum dipasang perlu diperbaiki. Ada unit yang telah dilihat mengalami kerosakan kecil selain berkarat di bahagian tertentu akibat diletakkan di persekitaran berair di dalam bangunan. (Lihat Gambar 2)
5) Sila buat semua bukaan (opening-sleeve) untuk paip agihan air dari lokasi tangki di atas bumbung ke kawasan yang diperlukan (tandas) di tingkat bawah.
6) Masih terdapat paip upvc di atas lantai yang belum ditukar kepada GI seperti yang direkodkan dalam NCR Elektrikal. Sila ambil tindakan sepatutnya.
7) Bagi semua bilik servis seperti bilik MSB, Genset, Transformer, SSB, dan sebagainya sila aturkan pemasangan pintu segera dan siapkan kemasan bagi membolehkan pihak M&E melaksanakan kerja seterusnya. Kelewatan penyiapan bilik-bilik ini akan menyebabkan gangguan kepada kerja M&E.
8) Pihak TNB telah mengesahkan pemasangan kabel bawah tanah di bawah skop TNB seperti laluan yang ditandakan dalam LAMPIRAN 2. Sila pastikan semua kerja lanskap dan jalan di kawasan yang ditanda ditangguhkan sehingga pihak TNB menyiapkan kerja mereka untuk mengelakkan kerosakan pada binaan asal.
9) Kualiti cat pada paip hose reel dan compressed air adalah tidak memuaskan. Pihak tuan diminta membuat pembaikan.
10) Lokasi tangki air di Bengkel Plastik perlu di semak semula. Sila pertimbangkan cadangan yang telah dibincangkan di tapak. Ini kerana lokasi asal tidak bersuaian, terlalu tinggi tanpa aksess yang selamat.
11) Perubahan pada reka bentuk bumbung (truss) di Rumah Warden perlu disesuaikan dengan pemasangan tangki air. Sebanyak 8 unit tangki air tertangguh pemasangannya disebabkan oleh ketiadaan ruang aksess.
12) Pembinaan inspection chamber di sekitaran asrama dan dewan makan perlu dipercepatkan kerana keadaan tapak yang bersesuaian pada peringkat sekarang.
13) Pemasangan siling pada peringkat sekarang adalah tidak bersesuaian sepertimana yang telah dimaklumkan melalui memo kami MJC/ADTEC/SM/073 bertarikh 26 JUN 2008 (Sila lihat LAMPIRAN 3)

Sekian untuk tindakan tuan selanjutnya.

Disediakan Oleh:

Ir Muhammad Arkam Che Munaaim
Resident Engineer
ADTEC Taiping

No comments:

Post a Comment