Tuesday, December 9, 2008

Bingkisan Khas

Lama tidak menulis di sini atas kesibukan dan kebetulan keluar dari dunia internet selama beberapa hari atas beberapa tujuan tertentu.

Lagi 20 hari menjelang tahun baru masihi 2009 sudah tentu azam 2008 patut dinilai semula pencapaiannya....

Harap azam 2008 tidak di "bawa ke hadapan" untuk tahun 2009 supaya menepati kriteria untuk menjadi manusia yang berjaya, manusia yang hari lebih baik daripada semalam dan tahun ini lebih baik dari tahun lepas....

Ini kerana cabaran setiap tahun adalah berbeza... Maka persediaan untuk menghadapi cabaran yang berbeza perlukan persediaan yang berbeza.

Antaranya ialah dengan meningkatkan diri dengan added value untuk dinilai orang lain, pesan sahabat saya-Nilai diri kita ditentukan oleh orang lain, bukan kita yang menentukan nilai yang kita hendak...

Sesuatu perbuatan akan dipanggil kerja jika dilakukan sekali. Jika agak selalu kita panggil tabiat.... jika lebih selalu dari selalu dipanggil sikap dan jika terlalu banyak selalunya maka akan mula dipanggil NILAI... dan nilai ini orang lain yang berikan, bukan kita minta...

Kita buat kerja yang baik secara berterusan maka satu hari nanti insyallah kita akan dinilai sebagai orang baik-baik kerana mengamalkan nilai yang baik, mudah-mudahan...

Begitulah sebaliknya...

Tulisan ini bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri jugak yang tak baik-baik dari dulu.... Tetapi mujur Allah masih pelihara saya dan berikan segala nikmatnya yang tak ternilai itu sehingga kini... Alhamdulillah....

Ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1429H dan menyambut tahun baru masihi 2009 dan hijrah 1430 ini dengan kekuatan yang baru, azam baru, semangat baru, cita-cita baru, perubahan baru, nilai baru, sikap baru, mental baru, matlamat baru, impian baru, mungkin juga rumah baru dan kereta baru serta kerja baru (ada ke?)....

Saya juga ingin sekali memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang saya ada lakukan kesalahan kepadanya sama ada saya sedari mahupun tidak... Tolong maafkan saya....

Semoga menjelang tahun baru nanti saya mampu melangkah sebagai orang baru...

Terima kasih kepada semua pembaca, terima kasih....

Wassalam....

No comments:

Post a Comment