Thursday, January 29, 2009

Ceramah Jumaat

Seperti biasa dikongsikan satu lagi ceramah untuk minggu ini...

Sekian, terima kasih...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, January 28, 2009

Hussein Oh Hussein

Barrack Hussein Obama akhirnya mengangkat sumpah pada 20 Januari 2009 yang lalu sebagai Presiden Amerika yang terbaru menggantikan Presiden Perang George Bush yang sampai akhir zamannya dan zaman bapaknya pun dulu masih dahagakan darah pejuang Islam di Palestin dengan menyokong tindakan tentera Zionis Laknatullah ke atas Palestin selama 22 hari....

Ironinya rakyat Amerika dan dunia pun mengharapkan sesuatu daripada Obama, yang di tulis sebagai Barrack H Obama dengan mengetepikan sebutan Hussein dalam namanya kerana barangkali nama Hussein amat ditakuti dan allergik pula mereka mendengarnya.

Mana tidaknya salah seorang yang amat popular di AS sendiri terlebih popular dari Barrack Hussein Obama ini pada sikit masa dulu ialah Saddam Hussein yang akhirnya dikorbankan pada Aidiladha 1427H yang lalu...

Saddam Hussein juga ada nama Hussein padanya...

Di Malaysia pun kita ada Allahyarham Tun Hussein Onn, ayahanda kepada DS Hishammudin Tun Hussein yang amat popular dengan kerisnya itu....

Tak dilupakan juga juara lagu yang baru lepas ni kita ada Meet Uncle Hussein yang popular dengan band lagunya Lagu Untukmu... Saya tak minat kumpulan ni dan tak tahu pulak mana depa dapat nama band camtu dan tak tahu pulak Hussein yang mana satu yang depa maksudkan...

Seniman agung P Ramlee juga banyak rakan bernama Hussein, Tuan Hussin Lempoyang, saudagar unta dari Turkistan dan Hussein Ngok Ngek, kaki untut kepala kemik...

Semoga Barrack Hussein Obama benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai bidang di dunia ini dan lebih baik caranya daripada yang lepas-lepas..., banyak spekulasi yang tak sedap kita dengar tentang Hussein yang sorang ni namun sebaik mungkin jangan diharapkan sangat dengan orang ini untuk menentukan masa depan kita, usahalah untuk masa depan sendiri.

Insyallah kita akan saksikan selagi ada usia ini....

Sekian, wassalam....

PS: Tok Wan sebelah mak saya Hussin jugak....

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, January 22, 2009

Jabatan Audit Negara


Lawatan tapak dan mesyuarat oleh Jabatan Audit Negara Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Januari 2009.

Majlis dihadiri oleh 3 pegawai Jabatan Audit Negara, CKBA-JKR, semua perunding dan kontraktor. Terima kasih untuk semua yang memberikan komitmen.

Lawatan tapak dibuat selepas mesyuarat.


Sekian, terima kasih...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Ceramah Jumaat

Seperti biasa hari Jumaat ni kita sediakan satu lagi ceramah untuk dikongsikan bersama-sama....

Semoga bermanfaat...



Terima kasih...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, January 21, 2009

Coordinated Drawing INFRA

Kepada pihak yang berkenaan sila download lukisan coordinated INFRA bagi projek ADTEC di ikon di bawah....

Lukisan telah dilengkapkan dengan AS BUILT plan bagi setiap services M&E yang telah disiapkan.

Juga disertakan layout terbaru yang dipersetujui bagi skop kerja kabel bawah tanah TNB.



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Monday, January 19, 2009

Inspeksi detail 'K'

Inspeksi di atas bumbung kuarters kelas G (5 tingkat) telah dibuat untuk melihat pemasangan detail 'K' bagi sistem perlindungan kilat...


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, January 15, 2009

Ceramah Jumaat

Seperti minggu lalu pagi Jumaat yang mulia ni disertakan satu lagi ceramah MP3 untuk sesiapa yang berminat:



Sekian, terima kasih...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

AWAS...!


Sejak beberapa malam ni berita perdana jam 8 setiap malam seperti biasa menjadikan P36 sebagai salah satu tajuk yang perlu disiar dan diruar-ruar saban malam dan siang juga.

Seperti biasa juga laporan yang cenderung terhadap sesebuah parti lebih kelihatan berbanding keterbukaan yang kita perolehi di internet.

Budi baik seseorang yang diharapkan menang sentiasa diulang tayang ketika beliau memberikan bantuan dan keprihatinan yang tinggi di kawasan yang akan ditandingnya Sabtu ini. Manakala di satu pihak lagi diulang-ulang dengan nada yang berbeza untuk memberikan promosi halus "jangan undi aku" mudah-mudahan ramai terpengaruh dan memberikan kemenangan dan sokongan kepada individu yang mereka hendak.

Awas... jangan sampai promosi ini makan diri... kita tahu bagaimana bentuk iklan dan kempen yang berlaku ketika P44 yang lepas... sehingga pada malam pilihanraya masih kuat serangan akhir demi mengalahkan moral pengundi atas pagar supaya memilih mereka.

Dan serangan pada hari mengundi lebih dahsyat. Mana ada iklan TV dan radio sebelum ini yang terang-terang berkempen UNDILAH ***** *****...! Mana ada...? Tapi sekarang dah boleh, Malaysia Boleh....!

Pertandingan ini sengit, ia menentukan populariti dan masa depan 2 parti besar dalam negara ini. Ia menjadi petunjuk hala tuju politik di negara ini. Abaikan calon bebas, dia tak mungkin menang, tapi undi yang pergi kepadanya boleh memecahkan kek jumlah undi keseluruhan dan membuatkan salah satu dari 2 calon besar ini gigit jari.

Saya tak berapa kisah siapa yang akan menang, sebab, ia takkan mengubah banyak lanskap politik dan masa depan Malaysia, dan tak langsung menambah duit poket saya buat masa ini, tetapi menanglah sebagai anak jantan, dan kebetulan semua calon adalah jantan, harap berjuang dengan penuh kejantanan.

JANTAN mesti suka tulisan ini... :-)

Sekian.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, January 14, 2009

Damai Yang Hilang...





Tercalar pelangi dihiris gerimis

Senja pun merangkak menutup mentari

Terbias warnanya ke wajah



Lagu kedamaian tiada kedengaran

Bumi yang merekah disirami darah

Kemelut melanda tiada kesudahan

Kemusnahan bermaharajalela

Yang lemah menjadi mangsa



Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya

Yang lemah longlai tak lagi bernyawa

Jeritan suara batinnya

Tak siapa mendengarnya



Tergadaikan maruah oleh janji-janji

Terbayarkah dengan nyawa dan darah

Soalan yang tiada jawaban



Kemanusiaan telah lama hilang

Kini yang tinggal hanya ketakutan

Musnah kasih sayang dan persaudaraan

Tandus akhlak dan keimanan

Menyemai persengketaan








Ir. MUHAMMAD ARKAM

www.arkamonline.com

Tuesday, January 13, 2009

ADTEC REPORT JAN 2009




Berikut adalah laporan kemajuan ADTEC Taiping berakhir pada 8 Januari 2009 yang dbentangkan dalam mesyuarat tapak 15 Januari 2009 (Khamis)

KEMAJUAN KERJA FIZIKAL
TARIKH LAPORAN :
8 JANUARI 2009

JADUAL : 60.55%
SEBENAR : 58.46%
KESELURUHAN : -2.09% (-3 HARI)

Jumlah Hari Kontrak: 729 hari
Jumlah Hari Terpakai: 604 hari
Baki Hari Tinggal: 125 hari


Laporan dalam format power point boleh dilihat di bawah:

Adtec Pre No.17 Jan 09
View SlideShare presentation or Upload your own.


Sekian, terima kasih...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wake Up Call

Extracts of speech by Hafez A.B Mohamed: Director-General, Al Baraka Bank.

Demographics:
o World Jewish Population. 14 million
o Distribution: 7 m in America
5 m in Asia
2 m in Europe
100 thousand in Africa
o World Muslim Population: 1.5 billion
o Distribution: 1 billion in Asia/Mid-East
400 M in Africa
44 M in Europe
6 M in the Americas
o Every fifth human being is a Muslim.
o For every single Hindu there are two Muslims
o For every Buddhist there are two Muslims
o For every Jew there are 107 Muslims
o Yet the 14 million Jews are more powerful than the entire 1.5 billion Muslims

Why?

Here are some of the reasons.

Movers of Current History
o Albert Einstein Jewish
o Sigmund Freud Jewish
o Karl Marx Jewish
o Paul Samuelson Jewish
o Milton Friedman Jewish

Medical Milestones
o Vaccinating Needle: Benjamin Ruben Jewish
o Polio Vaccine Jonas Salk Jewish
o Leukaemia Drug Gertrude Elion Jewish
o Hepatitis B Baruch Blumberg Jewish
o Syphilis Drug Paul Ehrlich Jewish
o Neuro muscular Elie Metchnikoff Jewish
o Endocrinology Andrew Schally Jewish
o Cognitive therapy. Aaron Beck Jewish
o Contraceptive Pill Gregory Pincus Jewish
o Understanding of Human Eye. G. Wald Jewish
o Embryology. Stanley Cohen Jewish
o Kidney Dialysis Willem Kloffcame Jewish

Nobel Prize Winners
o In the past 105 years, 14 million Jews have won 180 Nobel prizes whilst 1.5 billion Muslims have contributed only 3 Nobel winners

Inventions that changed History
o Micro- Processing Chip. Stanley Mezor Jewish
o Nuclear Chain Reactor Leo Sziland Jewish
o Optical Fibre Cable Peter Schultz Jewish
o Traffic Lights Charles Adler Jewish
o Stainless Steel Benno Strauss Jewish
o Sound Movies Isador Kisee Jewish
o Telephone Microphone Emile Berliner Jewish
o Video Tape Recorder Charles Ginsburg Jewish

Influential Global Business
o Polo Ralph Lauren Jewish
o Coca Cola Jewish
o Levi's Jeans Levi Strauss Jewish
o Sawbuck's Howard Schultz Jewish
o Google Sergey Brin Jewish
o Dell Computers Michael Dell Jewish
o Oracle Larry Ellison Jewish
o DKNY Donna Karan Jewish
o Baskin & Robbins Irv Robbins Jewish
o Dunkin Donuts Bill Rosenberg Jewish

Influential Intellectuals/Politicians
o Henry Kissinger , US Sec of State Jewish
o Richard Levin, PresidentYaleUniversity Jewish
o Alan Greenspan , US Federal Reserve Jewish
o Joseph Lieberman Jewish
o Madeleine Albright , US Sec of State Jewish
o CasperWeinberger , US Sec of Defence Jewish
o Maxim Litvinov , USSR Foreign Minister Jewish
o DavidMarshal , Singapore Chief Minister Jewish
o Isaacs Isaacs, Gov-GenAustralia Jewish
o Benjamin Disraeli, British Statesman Jewish
o Yevgeny Primakov, Russian PM Jewish
o Barry Goldwater , US Politician Jewish
o Jorge Sampaio, President Portugal Jewish
o Herb Gray, Canadian Deputy - PM Jewish
o Pierre Mendes, French PM Jewish
o Michael Howard, British Home Sec. Jewish
o Bruno Kriesky, Austrian Chancellor Jewish
o Robert Rubin , US Sec of Treasury Jewish

Global Media Influential
o Wolf Blitzer, CNN Jewish
o Barbara Walters ABC News Jewish
o EugeneMeyer , Washington Post Jewish
o Henry Grunwald, Time Magazine Jewish
o Katherine Graham , Washington Post Jewish
o Joseph Lelyeld, New York Times Jewish
o Max Frankel, New York Times Jewish

Global Philanthropists
o George Soros Jewish
o Walter Annenberg Jewish


Why are they powerful? why are Muslims powerless?

Here's another reason. We have lost the capacity to produce knowledge.

o In the entire Muslim World (57 Muslim Countries) there are only 500 universities.
o In USA alone, 5,758 universities
o In India alone, 8,407 universities
o Not one university in the entire Islamic World features in the Top 500 Ranking Universities of the World
o Literacy in the Christian World 90%
o Literacy in the Muslim World 40%
o 15 Christian majority-countries, literacy rate 100%
o Muslim majority - countries , None
o 98% in Christian countries completed primary
o Only 50% in Muslim countries completed primary.
o 40% in Christian countries attended university
o In Muslim countries a dismal 2% attended.
o Muslim majority countries have 230 scientists per one million Muslims
o The USA has 5000 per million
o The Christian world 1000 technicians per million.
o Entire Arab World only 50 technicians per million.
o Muslim World spends on research/development 0.2% of GDP
o Christian World spends 5 % of GDP

Conclusion.
o The Muslim World lacks the capacity to produce knowledge.

Another way of testing the degree of knowledge is the degree of diffusing knowledge.

o Pakistan 23 daily newspapers per 1000 citizens
o Singapore 460 per 1000 citizens.
o In UK book titles per million is 2000
o In Egypt book titles per million is only 17

Conclusion.
o Muslim World is failing to diffuse knowledge

Applying Knowledge is another such test.
o Exports of high tech products from Pakistan is 0.9% of its exports.
o In Saudi Arabia is 0.2%
o Kuwait , Morocco and Algeria 0.3%
o Singapore alone is 68%

Conclusion.
o Muslim World is failing to apply knowledge.

What do you conclude? no need to tell the figures are speaking themselves very loudly we are unable to listen

Advice:

Please educate yourself and your children. always promote education, don't compromise on it, don't ignore your children's slightest misguidance from education (and please, for God's Sake, don't use your personal contacts or sources to promote your children in their education; if they fail, let them and make them learn to pass; b/c if they can't do it now, they can't ever).
We are World's biggest and strongest nation, all we need is to identify and explore our ownselves. Our victory is with our knowledge, our creativity, our literacy...And nothing else..

....Wake up...


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Monday, January 12, 2009

Pekeliling vs Memo vs Arahan vs Peraturan vs Perintah...

Semalam dan beberapa minggu ni sejak kerusi P36 Kuala Terengganu kosong ni salah satu isu lagi yang lazim kita dengar ialah kesepakatan dan ketidaksepakatan Pakatan Pembangkang yang diputar dan diruar-ruarkan dalam isu HUDUD.

Pihak yang dari dulu ingin mengangkat hudud ini dan pihak yang dari dulu tak mau dengan hudud ini duduk dalam satu pakatan yang pada masa ini sedang popular seantero dunia. Di antara mereka berdua adalah pihak yang ingin kedua-duanya dilaksanakan...

Amat malang kalau kita tak ada pendirian tentang isu ini... dan lebih malang lagi isu ni diputarkan seperti susah sangat, padahal ia amat senang untuk difahami.

Jadi sikit masa yang ada ni kita bincang sikit mudah-mudahan ada orang yang mendapat manfaat.

1) Hudud adalah perintah Allah yang perlu dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja.... Ia sejenis peraturan, dalam bahasa yang mudah, atau pekeliling, atau memo arahan tentang sesuatu perkara, khususnya jenayah tertentu. Ia tak jauh beza dengan suruhan solat, puasa, zakat, haji, umrah, kahwin, jual beli, berperang, tepati janji malah makan dan minum pun di suruh dalam Al Quran. Kalau suruhan yang lain boleh dibuat kenapa suruhan ini dibiarkan?

Contohnya: Bagi kesalahan mencuri...

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"As to the thief, male or female, cut off his or her hands: a punishment by way of example, from Allah, for their crime: and Allah is Exalted in Power. Full of Wisdom." Al-Mâ'idah [5:38]

2) Hudud HANYA untuk orang ISLAM. Orang bukan Islam akan diadili dengan undang-undang sivil sedia ada. Takkan logik kita sebagai rakyat Malaysia perlu diadili oleh undang-undang negara Zambia atas sesuatu jenayah..? Jadi dalam hal ini rakyat bukan Islam tak perlu bimbang langsung dalam hukuman ini. Tak ada kena mengena dengan mereka, dan tak sepatutnya mereka memberi komen yang banyak tentang isu ini...

3) Hudud menjamin perlindungan terhadap 5 perkara: Akal, Keturunan, Harta, Nyawa dan Agama... Cara mana jaminan ini diyakini, kena tunggu perlaksanaannya dulu...

4) Bagi contoh hukuman bagi kesalahan mencuri di atas, apa perlu kita takut dengan hukuman itu kalau kita bukan seorang pencuri...? Ataupun kita tak ada niat nak mencuri suatu hari nanti...? Begitu juga dengan hukuman hudud yang lain...

5) Cuba tanya dengan orang yang pernah kecurian barang yang paling bernilai, apa yang nak dibuat kepada si pencopet barangnya kalau dapat ditangkap..? Sebelum ni ada cadangan dari satu ahli politik yang nak 'kasi'kan si perogol. Tu kejam tu... Patutkah macam tu....?

Hukuman dah ada... laksanakanlah... Try tengok...

Cuba try test uji tengok...!

Semoga tulisan ini diadili dengan adil... bahaya menyembunyikan sesuatu seperti ini... atau tak minat nak ambil tahu.... atau lebih teruk lagi putar belitkan....

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْـزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللاعِنُونَ

Those who conceal the Clear (Signs) We have sent down, and the Guidance, after we have made it clear for the People in the Book, on them shall be Allah's curse, and the curse of those entitled to curse. (Al Baqarah, 159)

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati"


Sekian, terima kasih, wallahu'alam, wassalam.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Sunday, January 11, 2009

BOIKOT ISRAEL

Semenjak dua menjak ni isu Pelestin adalah yang paling hangat untuk diperkatakan dan ditonton di TV. banyak pihak tampil untuk menyatakan bantahan atas apa yeng berlaku dan kekejaman Israel Laknatullah menganyang penduduk Pelestin di Gaza.

Sejarah membuktikan bahawa Yahudi pernah diusir keluar dari bumi Madinah pada zaman pemerintahan Nabi SAW menerusi firman Allah dalam Surah Al Hasyr ayat 1-5 di bawah:

Demonstrasi aman menyatakan bantahan adalah baik dan perlu diteruskan, tetapi dalam masa yang sama apa yang boleh kita buat ialah mengikut nasihat dari ayat ke 5 surah ini iaitu dengan "menebang pohon-pohon kurma milik orang kafir ini" iaitu dengan "menebang" ekonominya. Kita tahu Islam melarang tenteranya menebang pokok ketika peperangan sebagai salah satu tegahan tetapi bagi peperangan menentang Yahudi pendekatan berbeza perlu dilaksanakan, dan ia tertulis dalam Al Quran.

Jangan ada di antara pendemonstrasi ini sampai hilang suara memekik membantah tapi lepas saja demo pi balun rokok Phillip Morris bawah pokok... Hampeh...!

Senarai produk untuk memboikot Israel boleh di klik dari pautan di bawah:

BOIKOT ISRAEL!!! BOIKOT PRODUK-PRODUK INI!!!

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, January 8, 2009

CMAP Software


For USM's MSc. B.Tech members kindly CLICK HERE to download software CMAP Tools to be used in Intelligent Building Subject.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Laporan Audit M&E Disember 2008

Berikut adalah laporan audit Mekanikal dan Elektrikal berakhir pada 31 Disember 2008 untuk semakan pihak-pihak yang berkaitan.

Sila klik dan download dari ikon di bawah:



Terima kasih...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Kegagalan Struktur?

Kuasa Allah....



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Ceramah Jumaat

Bersempenaan dengan hari Jumaat yang mulia ini dan sambutan tahun baru Hijrah yang baru lepas marilah kita sama-sama mendengar semula ceramah rakaman berhubung topik yang sangat penting bagi umat Islam dalam menjalani aktiviti seharian.

Petikan ceramah menggunakan kitab Bahru Madzi karangan Al Marhum Sheikh Idris Al Merbawi boleh di download dari link di bawah. Semoga bermanfaat...

Terima kasih...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Doa

Sekadar perkongsian....



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, January 7, 2009

ADTEC 7 Januari 2009


Berikut adalah gambar-gambar terbaru ADTEC sehingga 7 Januari 2009 untuk semakan dan simpanan pihak yang berminat.

Ada antaranya yang diambil jauh dari atas elevated water tank yang baru siap.

Mesyuarat Tapak 15 Januari 2009 akan datang, mesyuarat teknikal pada 14 Januari 2009.

Sekian...





Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, January 1, 2009

ADTEC 29 DISEMBER 2008

Berikut adalah gambar-gambar di ADTEC yang di ambil pada 29 Disember 2008 yang lepas...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com