Thursday, January 15, 2009
AWAS...!
Sejak beberapa malam ni berita perdana jam 8 setiap malam seperti biasa menjadikan P36 sebagai salah satu tajuk yang perlu disiar dan diruar-ruar saban malam dan siang juga.
Seperti biasa juga laporan yang cenderung terhadap sesebuah parti lebih kelihatan berbanding keterbukaan yang kita perolehi di internet.
Budi baik seseorang yang diharapkan menang sentiasa diulang tayang ketika beliau memberikan bantuan dan keprihatinan yang tinggi di kawasan yang akan ditandingnya Sabtu ini. Manakala di satu pihak lagi diulang-ulang dengan nada yang berbeza untuk memberikan promosi halus "jangan undi aku" mudah-mudahan ramai terpengaruh dan memberikan kemenangan dan sokongan kepada individu yang mereka hendak.
Awas... jangan sampai promosi ini makan diri... kita tahu bagaimana bentuk iklan dan kempen yang berlaku ketika P44 yang lepas... sehingga pada malam pilihanraya masih kuat serangan akhir demi mengalahkan moral pengundi atas pagar supaya memilih mereka.
Dan serangan pada hari mengundi lebih dahsyat. Mana ada iklan TV dan radio sebelum ini yang terang-terang berkempen UNDILAH ***** *****...! Mana ada...? Tapi sekarang dah boleh, Malaysia Boleh....!
Pertandingan ini sengit, ia menentukan populariti dan masa depan 2 parti besar dalam negara ini. Ia menjadi petunjuk hala tuju politik di negara ini. Abaikan calon bebas, dia tak mungkin menang, tapi undi yang pergi kepadanya boleh memecahkan kek jumlah undi keseluruhan dan membuatkan salah satu dari 2 calon besar ini gigit jari.
Saya tak berapa kisah siapa yang akan menang, sebab, ia takkan mengubah banyak lanskap politik dan masa depan Malaysia, dan tak langsung menambah duit poket saya buat masa ini, tetapi menanglah sebagai anak jantan, dan kebetulan semua calon adalah jantan, harap berjuang dengan penuh kejantanan.
JANTAN mesti suka tulisan ini... :-)
Sekian.
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment