Sunday, May 17, 2009

Menantikan Penanti


Semalam baru keluar berita Penanti, lain benar kaedah beritanya berbanding yang lepas-lepas..., dan lewat pula..., mungkin berita banyaknya penyakit telah lebih dulu mengambil ruang berita.

Mintak lindung daripada penyakit yang melanda, ada selesema inluenza di dunia, meningitis di selatan, chikunkunya dan penyakit kencing tikus di utara, mudah-mudahan dilindungi daripada penyakit-penyakit ini dan penyakit lain juga.

Ini untuk buat kita ingat, salah satu tanda akhir dunia ialah "merebaknya penyakit berjangkit dengan cepat", ada dalam senarai tu... ramai orang tahu pun...

Ada juga teori lain, seperti ditulis oleh Almarhum Tuan Guru Sheikh Daud Bin Abdullah Al Fathoni dalam kitabnya yang popular, seperti berikut:

"Kata setengah ahli tawarikh yakni bahawasanya satu raja daripada raja-raja keluar ia berjalan di dalam kampung hal keadaannya menyembunyikan dirinya maka turun ia atas seorang laki-laki ada baginya satu lembu perahannya sekali perah seumpama tiga puluh lembu yang lain takjub raja itu bagi yang demikian itu dan mengkhabar-khabar kan dirinya dengan mengambil akan dia maka datang ia pada pagi-pagi maka diperah baginya setengah daripada barang yang memerahi yang dahulunya maka berkata raja apa hal perahannya akan dulu apakah kamu pelihara akan bukan tempatnya yang dahulu katanya tiada dan ada aku sangka bahawasanya raja kami mencita-cita akan dzolim maka jadi kurang labanya bahawa kerana bahawasanya raja apabila dzolim atau cita-cita dengan dia hilang berkatnya maka taubat raja itu dan berjanji ia pada hatinya akan tuhannya bahawa tiada ia mengambil akan dia maka pergi ia pada pagi-pagi maka diperahnya seperti 'adatnya".

Wallahu'alam.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment