Hari ini diisytiharkan semua pelajar UiTM Tronoh Perak perlu keluar daripada kampus kerana seorang pelajar asramanya telah terkena jangkitan virus H1N1.
Maka kosong kampusnya mengikut jejak Lendu dan mungkin juga Seberang Perai.
Maka seronoklah kawan-kawan sekelas MsC B Tech USM tadi dari UiTM Perak menyambut SMS yang datang dari kawan sekampus di sana yang memaklumkan percutian mereka seminggu dengan gaji. Yang tak seronoknya esok ada perjumpaan dengan Pengarah Kampus, hangpa kena pi la wooi...
Tapi tindakan ini menimbulkan kesulitan atas beberapa perkara. Semua pelajar perlu keluar, maka mak bapak dan sedara jauh dan dekat perlu usahakan agar keluar pelajar ini dari sana dengan selamat, balik ke mana-mana yang patut.
Kalau seminggu cuti ni masuk semula pada 29 Julai, tup-tup 30 Julai ada lagi kes, maka mungkinkah cuti lagi seminggu...?
Pastu masuk balik dan ada kes lagi patut cuti lagi kah..?
Maka sesemesterlah cutinya rasanya.
Rasa lebih elok dan selamat semua pelajar dan staff jangan balik, duduk asrama, kuarantin asrama bagi yang suspek, bagi yang kompom terkena pi masuk hospital bagi dapatkan rawatan. Semoga cepat sembuh.
Ini untuk mengelakkan virus terkeluar dari kawasan yang dijangkiti.
Kalau biaq depa ni balik, nanti virus pi pulak ke kampung.
Pastu cerita ni tak habih...
Betui dak..? Hangpa rasa macam mana...? Din...?
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com
bab kena serang ni susah nak cakap. tak bagi balik karang, diorang meraung nak balik. Mid term dipercepat seminggu. Kalau ada lagi kes lepas ni, elok la dikuarantin saje di kampus. kita bagi makan minum cukup-cukup. baru senang hati mak ayah di kampung.
ReplyDelete