"... dan setengah daripada sunat muakaddah sembahyang hari raya kedua iaitu hari raya haji dan hari raya fitrah maka lafaz niat keduanya "sahaja kusembahyang sunat hari raya adha dua rakaat kerana Allah Ta'ala "AllahuAkbar" sahaja kusembahyang sunat hari raya fitrah dua rakaat kerana Allah Ta'ala "AllahuAkbar" kemudian ia baca dengan iftitah kemudian maka takbir tujuh kali serta mengangkatkan dua tangannya seperti takbiratulihram tujuh kali pada rakaat yang pertamanya dan lima kali pada rakaat yang keduanya dahulu daripada membaca fatihah kemudian dibacanya fatihah dan surah "sabbihisma" pada rakaat yang pertama dan surah "hal ata" pada rakaat yang kedua kemudian daripada fatihah dan sunat diselangi antara takbir yang tujuh dan antara takbir yang lima itu dengan "subhanallah walhamdulillah wa lailahaillallah AllahuAkbar" kemudian jika sembahyang berjemaah maka sunat dibaca khutbah kemudian daripada sembahyang kedua hari raya itu dimulai pada awal khutbah yang pertama dengan takbir sembilan kali berturut-turut dan pada khutbah yang keduanya tujuh kali berturut turut adalah kedua khutbahnya itu seperti khutbah Jumaat maka dinyatakan di dalam kedua khutbah itu hikmah bicara korban pada khutbah hari raya korban dan bicara hikmah zakat fitrah pada hari raya fitri dan sunat takbir pada dua hari raya kedua takbir mutlak masuk kepada sembahyang maka habislah takbir yang mursal pada kedua hari tu dengan takbir imam jika sembahyang berjemaah atau takbir dirinya jika ia sembahyang seorang diri dan sunat takbir maqid pada hari raya haji dimulai daripada subuh hari Arafah hingga akhir asar hari tasyrik kemudian daripada tiap-tiap sembahyang dan jika orang haji maka sunat dimulai takbirnya yang maqid daripada zohor hari raya haji hingga subuh akhir hari tasyrik yakni hingga subuh hari yang ketigabelas maka waktunya itu iaitu keluar matahari hingga gelincir matahari tetapi ditakhirkan hingga naik matahari segalah itu afdal..."
Wallahu'alam.
Minyatul Musolli Halaman 28, 29.
Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com
No comments:
Post a Comment