Thursday, September 30, 2010

Pendirian: Pemulangan Wang Hasil Judi

Salam,

Ada rakan saya yang berkomen sinis kepada saya yang tinggal di Pulau Pinang berhubung isu pemulangan wang oleh sebahagian orang kerana dikatakan hasil judi kerajaan negeri.

Pendirian saya dalam isu ini adalah seperti yang ditulis di SINI.

Terima kasih Ust Zaharuddin.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, September 22, 2010

UPP Padang Besar 21 September 2010


Progress Physical:
Schedule: 90.00% Actual: 87.00% Delay 3%

Financial:
Schedule: 67% Actual: 66% Delay 1%

Mechanical:
Schedule: 74% Actual: 55% Delay 19%

Electrical:
Schedule: 54% Actual: 30% Delay 24%

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, September 15, 2010

Wednesday, September 8, 2010

Wednesday, September 1, 2010

Permintaan Kami

Guru: Anak muda, SOLAT itu umpama seorang manusia yang normal....

Murid: Bagaimana Tuan Guru?

Guru: Syarat-syaratnya adalah umpama badan manusia, tanpanya manusia tak boleh hidup dan tak boleh bersambung anggota satu dengan yang lain.

Murid: Rukunnya?

Guru: Rukun-rukunnya seperti kepala kepada badan, tanpa kepala manusia tidak dapat hidup, tanpa rukun solat juga tidak hidup.

Murid: Lainnya?

Guru: Sunat 'ab'adh seumpama dua kaki dan dua tangan, tanpanya solat menjadi cacat dan perlu disujud syahwi.

Murid: Lagi Guru?

Guru: Sunat-sunat hai'at yang banyak pula seumpama jari, kuku, rerambut dan bulu, tanpanya solat tidak berseri dan tidak cantik.

Murid: Itu saja Guru?

Guru: Sekujur badan yang normal sudah lengkap, tetapi ia masih lagi belum sempurna.

Murid: Bagaimana?

Guru: Ia masih belum hidup, tubuh ini masih mati, terbaring dan tidak berdaya.

Murid: Lalu?

Guru: KHUSYUK adalah ROHnya, tanpa khusuk solat tidak sempurna, tanpa ruh, badan tidak bernyawa...

"Ya Allah, kurniai kami solat yang khusyuk, amiin..."

Wallahu'alam.

Wassalam.