Sesiapa yang menonton National Geographic malam tadi jam 10 malam ada menceritakan tentang ramalan berlakunya kiamat pada tahun 2012 mengikut versi kepercayaan dan versi sains.
Versi kepercayaan yang dimaksudkan ialah berakhirnya tarih/tahun dalam kalendar Maya, satu kaum yang cekap dalam bidang astronomi dan matematik ribuan tahun dahulu, kalender kerkenaan merujuk kepada awal umur bumi dan ketamadunan pada tahun 3000 lebih sebelum masihi dan habis tepat pada 2012, lebih tepat lagi pada 21 12 2012.
Manakala versi sains pula menganggarkan bahawa matahari akan berkedudukan selari dengan bumi pada tarikh itu juga, berkemungkinan suar solar daripada matahari akan mengena bumi dalam masa 3 hari, dan kemudiannya akan membangkitkan semua kacau bilau kiamat di bumi ini pada ketika itu.
Terdapat 4 perkara penting yang berkaitan dengan soar solar ini, dijangka akan berlaku pada medan magnet bumi pada tarikh tersebut, mengikut kajian mereka:
1) Medan magnet bumi (Magnetosfera) akan terganggu, oleh kerana soar solar direct yang kuat dan berterusan dikenakan kepada bumi. Maka, jangkaan mereka, gangguan ini boleh menyebabkan kutub utara dan selatan di bumi BERTUKAR TEMPAT! Utara akan pergi ke selatan, dan selatan akan bertukar ke utara.
2) Medan magnet ini akan berkurangan dan seterusnya padam, menyebabkan bumi hilang kuasa graviti. Akibat daripada hilang kuasa magnet bumi ini, bumi tidak lagi berupaya melencongkan semua batu dan planet, bintang, bulan ke arah menjauhi bumi kerana 'perisai' ini sudah tiada. Dalam kedaan ini, langit akan terbuka dan semua objek langit yang berdekatan berkemungkinan menghentam bumi!
3) Di bumi, suar solar direct tadi akan menyebabkan air terlebur di kedua-dua kutub, maka lautan akan dibanjiri air daripada peleburan air ini. Maka air laut akan bercampur dengan air sungai (kerana banyaknya air)
4) Apabila medan magnet di bumi padam, mentel bumi gagal lagi mengekalkan bentuknya, maka akan berlaku banyak gempa bumi di darat dan di laut, di rasai di permukaan bumi.
Kita tertarik (Tidak diulas dalam National Geographic, saya yang tambah), komen kita seperti di bawah: Nombor ikut nombor:
1) Cuba tengok kompas kita, jika UTARA dan SELATAN bertukar tempat, maka BARAT dan TIMUR juga akan berlaku sedemikian, pada masa ini, kita akan mendapati matahari timbul dari sebelah barat!
2) Medan magnet padam yang menyebabkan bumi hilang kuasa graviti digambarkan dalam kitab :
Al-Qaariah
"[1] Hari yang menggemparkan, [2] Apa dia hari yang menggemparkan itu? [3] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? - [4] (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,"
(3) dan (4) kita terus ambil terjemahan Al Quran:
At-Takwiir
"[1] Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); [2] apabila bintang-bintang gugur berselerak; [3] Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu); "
Al-Infitaar
"[1] Apabila langit terbelah; [2] Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan; [3] Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;"
Dan yang ini:
Az-Zalzalah
[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, [2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, [3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" [4] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: [5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). [6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. [7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Mereka memberikan komen berdasarkan sains dan pengetahuan, tanpa merujuk kitab. Kita ambil sebagai tambahan ilmu, supaya dapat mantapkan keyakinan. Tetapi, jauhkan daripada menerima dan mengganggap 21 12 2012 akan berlakunya semua benda ini, kerana tidak ada sesiapa yang tahu apa yang akan terjadi pada esok hari, tiada siapa yang tahu, di kubur mana kita akan disemadikan.
Wallahu'alam, wassalam.
Ir. MUHAMMAD ARKAM
http://www.arkamonline.com/
No comments:
Post a Comment