Thursday, June 23, 2011

Nak Blog Jugak?

Ada kawan tanya kepada saya beliau teringin nak memblog setelah melihat banyaknya blog dengan pelbagai tujuan di alam maya ini. Ada antara blogger boleh hidup senang dengan pendapatan melebihi 5 ribu ringgit sebulan hanya melalui iklan, tu belum temasuk komisyen jual barang sendiri-sendiri, tak termasuk orang minta tolong jual barang tak termasuk itu, tak termasuk ini.

Ada juga yang dah sampai ke tahap selebriti yang disayangi ramai, jumpa di mana-mana pun ditegur pembaca walaupun setakat ni tak pernah masuk TV....

Ada juga yang menjadi bahan umpatan dan kejian caci maki hamun dan kebencian pihak lain kerana pelbagai sebab, lazimnya kerana pemblog itu lebih berjaya daripada dia ataupun tulisan pemblog itu yang sangat menyinggung atau mengacau bisnes atau hidup dia.

Bila kita berada dalam dunia ini, tak banyak beza dengan dunia nyata. Kalau kita menyertainya dengan nama sebenar dan identiti sebenarlah.

Banyak pihak perlu dijaga dan dihormati, ilmu kita jika sejengkal jangan ingin menduga di laut dalam. Elakkan memberi komen dan menulis sesuatu yang di luar ilmu kita, serahkan saja kepada yang lebih tahu.

Kita bloglah dengan ilmu kita, dan ilmu itu wajar dituntut daripada guru, bukan hanya dibaca.

Jangan keluar daripada panduan kita, yang jelas ada dalam kitab:

Al Quran, Al Asr:

[1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Pastikan tulisan kita dalam ruang lingkup panduan di atas, kalau tidak kita hanya merugi.

Pastikan tulisan kita membawa kebaikan kepada orang lain, banyak caranya, menyenangkan dan menggembirakan orang lain dengan tulisan-tulisan kita juga adalah satu cara menuju kebaikan, bukan bersifat terlalu kosong seolah-olah tak ada apa nak tulis, dia cerita pasal cara nak goreng telur.

Telur mata pulak tu! Kalau telur bistik tu boleh la tahan.

Kalau tak ada apa nak tulis, jangan tulis, kita hanya akan merepek repek.

Wallahu'alam, wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Besar Sangatkah?

Besar sangatkah kita?

Bila dipanggil tidak bersegera

Bila disuruh tidak beria

Bila diajar tidak menerima



Besar sangatkah ilmu kita?

Hidup cuma ingatkan dunia

Ilmu akhirat tidak diusaha

Matlamat cuma menjadi kaya



Besar sangatkah pangkat kita?

Bila berjalan tetap mendada

Bila bersuara ego nadanya

Bila mendengar sebelah telinga



Besar sangatkah amal kita?

Amal sunat semua tiada

Amal wajib tertinggal juga

Amal dengan ilmu tiada



Besar sangatkah kejayaan kita?

Dosa dahulu dah taubat semua?

Dosa sekarang dah henti semua?

Dosa akan datang dah berjaga-jaga?



Astaghfirullahil 'adzim



Besar sangatkah solat kita?

Hai'at ab'adz celaru juga

Tawaruk iftirash belasah sahaja

Khusyuk lagi entah ke mana



Besar sangatkah derma kita?

Tambah aset kumpul harta

Tolak wakaf sedekah derma

Ditipu syaitan takutkan papa



Allahu Akbar...!



Na'uzubillah min zalik.



Besar sangatkah kita?



Wallahu'alam.



Wassalam.

via arkam@mobile®

Friday, June 17, 2011

Hebat Ilmu

Sesiapa yang pernah menonton filem Hang Tuah lakonan Tan Sri P Ramlee versi yang berkaler?



Walaupun jalan cerita standard mengambil Hikayat Hang Tuah, banyak sangat penelitian dalam aspek adat dan budaya serta kelebihan masyarakat dulu, terutamanya Melayu.



Ada pandangan mengatakan Hang Tuah bukanlah Melayu tapi hal itu tak releven dengan apa yg saya cuba sampaikan ni.



Pertamanya yang saya dapat petik ketika mereka 5 bersaudara melalui malam terakhir persilatan bersama Adi Putera di gua, pada akhir latihan itu Adi Putera ada menyatakan kepada Hang Tuah (kurang lebih maksud):



"Tamatlah perguruan kau dengan aku Tuah, gunakanlah ilmu ini untuk mempertahankan bangsa dan rajamu, yang ini hanya untuk kau saja Tuah"



Walaupun secara amnya perguruan mereka berlima sama, jelas sekali pada akhir perguruan ini Adi Putera menitipkan amanah dan ilmu yang khas untuk Tuah, dengan katanya "Yang ini hanya untuk kau saja Tuah!"



Ketika Tuah turun ke gelanggang berdepan Taming Sari, ada 'sesuatu' yang dibuat oleh Tuah dengan keris di pinggangnya sambil berjalan mengadap Raja. Begitu teliti kisah ini, bagi yang mampu menghargai.



Ketika Tuah pertama kali berjumpa Teja, Teja ada menyebut satu ungkapan kepada Tuah, yang membidal kelebihan Tuah atas ilmu tempur dan ilmu lelaki.



:-)



Dan apabila Teja sudah di kapal menuju Melaka, Tuah meminta Teja melakukan sesuatu pengorbanan. Pada masa ini lagu "Berkorban Apa Saja" dilantunkan.



Pengorbanan itu magik dan melalui makanan.



Siapa ada ilmu itu sekarang?



(Pergi cari DVD!!!!!!!)

via arkam@mobile®

Saturday, June 11, 2011

Keajaiban Saf

From Email... Terima kasih kepada yang menghantar...



#######



Keajaiban Saf Ketika Solat... Lelaki Amerika Peluk Islam.



Ketika program One Family dalam saluran Majd Channel, moderatornya Dr.

Yahya Alyyah (Head of the Call to Islam Commitee) menceritakan kisah bagaimana seorang lelaki Amerika bukan muslim memeluk Islam ketika menonton Solat Isyak ketika bulan Ramadhan di Makkah.



Apabila melihat kepada bilangan orang yang datang... lelaki tersebut terperanjat

Terlalu ramai yang sembahyang di sana. jumlahnya lebih kurang 3 juta orang.. lagilah lelaki Amerika tersebut terperanjat.



Syeikh iaitu moderator bertanya kepada Lelaki Amerika tersebut... Berapa lama agaknya masa diperlukan untuk mereka semua ni berada dalam kedudukan teratur untuk memulakan solat?



Lelaki tersebut menjawab 'disebabkan hampir 3 juta orang maka mungkin dalam 2 jam'..



Tuan moderator menambah lagi..."Tapi Masjidil Haram ada 4 aras"... Dengan yakin si lelaki itu menjawab mungkin dalam 10-12 jam..



Kemudian tuan moderator tersebut bertanya lagi... "Mereka ni semua dari berlainan negara yang mempunyai pelbagai bahasa"... Jadi bolehkah mereka bersedia untuk solat?



Lelaki tersebut menjawab... jika begitu hampir mustahil mereka dapat memulakan solat...



Kemudian... Lelaki Amerika tersebut meneruskan menonton rancangan tersebut bersama tuan moderator...



Maka... terkejut besarlah lelaki itu apabila muazzin bertugas hanya menyebut perkataan "SAF, SAF" dan dalam hanya beberapa saat sahaja saf berjaya dirapatkan..



Ketika itu jugalah lelaki tersebut memeluk Islam..



************



Wallahu'alam.

via arkam@mobile®

Friday, June 10, 2011

Tuesday, June 7, 2011

Nak Meniaga Punnnn...

Keratan daripada akhbar Kosmo! Ruangan yang memang telah dipajak sejak dulu oleh mereka.

Selaku orang awam yang bukan cerdik pandai dokterete serta agamawan, saya tidak setuju tagline filter ini seperti tertulis itu.

Sebelum kita tentukan apa kategori air yang paling sesuai dengan tagline itu, elok kita faham benda ni dulu:

1) Air zam-zam disebut sbg zam zam dari awal dan asal sedangkan air dokter tu berpunca daripada hujan, kemudian sungai, kemudian paip. Air paip. Oklah, air paip yang dirawat.

2) Istilah ini sama juga dengan padi-beras-nasi. Bila di pokok kita panggil padi, kita tak panggil pokok beras, kemudian bila diproses kita panggil beras, bukan padi lagi dan kemudian bila dimasak dipanggil nasi, bukan beras lagi, walaupun semuanya sama.

3) Air zam zam berasal dari bawah tanah berhampiran Kaabah yang mulia itu sedangkan air paip berasal dari hujan, atas langit sana. Jarak bawah tanah dan atas langit pun memang sedia jauh. Mana sama air zam zam dengan air paip?

4) Air zam zam terbit atas keberkatan Nabi Ismail sedangkan air paip asal dari hujan sebagai rezeki umum daripada Allah untuk semua makhluk. Mana sama air zam zam dengan air paip?

5) Air zam zam tidak bertapis terus diminum dari puncanya sedangkan air paip melalui proses penapisan pelbagai peringkat tidak termasuk penapis yang hendak dijual itu. Mana sama air zam zam dengan air paip?

6) Air zam zam hanya ada di Mekah sedangkan air hujan melimpahi seluruh alam ini. Bumi mana tak ditimpa hujan?, kata pepatah. Mana sama air zam zam dengan air paip?

7) Air zam zam di bawa balik jemaah haji dan umrah ke tempat asal mereka setiap hari sedangkan orang yang bercuti sejauh manapun di dunia ini takkan berminat nak bawa balik air paip negara berkenaan, mana sama air zam zam dengan air paip?

8) Air zam zam digunakan oleh malaikat ketika membasuh isi dada Nabi Muhammad ketika kecil sedangkan semua perkakas lain di bawa daripada syurga. Bukan air paip. Mana sama air paip dengan air zam zam?

9) Air paip digunakan untuk pelbagai tujuan dan manafaat termasuk membasuh najis, zam zam tidak begitu, mana sama air zam zam dengan air paip?

10) Air zam zam datang daripada lautan zam zam di bawah kaabah yang tidak pernah kering sedangkan air paip boleh kering dan terputus jika kemarau berterusan, mana sama air zam zam dengan air paip?

11) Air zam zam sunat minum dalam keadaan berdiri mengadap kiblat sedangkan air paip yang dibuat kopi disunatkan minum duduk mengadapla mana-mana nak hadap. Mana sama air zam zam dengan air paip?

12) Air zam zam hanya boleh diambil manafaat oleh orang Islam sedangkan air paip untuk seluruh manusia dan makhluk, mana sama air zam zam dengan air paip?

13) Air zam zam mendapat perhatian Nabi Muhammad dalam banyak hadis dan riwayat hidup Baginda, bukan air paip. Mana sama air zam zam dengan air paip?

14) Air paip yang berpunca daripada hujan dan awan tadi lebih awal berpunca daripada proses penyejatan, sedangkan punca sebenar air zam zam wallahu'alam. Mana sama air zam zam dengan air paip?

Ini 14 dalil daripada orang awam saja, kita tak perlu sentuh kandungan mineral, organik, rasa, nutrient, zat dan sebagainya antara 2 air ini, memang takkan sama.

Lagipun saya bukan dokter.

Tapi tak dokterpun saya berpendapat, takkan hampir sama atau setanding air mana2 filter di dunia ini dengan air zam zam. Sama jauhnya dengan punca keduanya, satu dalam perut bumi satu lagi di stratosfera.

Jauh.

Takpayahlah guna hujah begini nak lakukan produk. Ala kadar dan patut padanlah, kita akan lebih dihormati.

Nasihat ikhlas, tak mau dengaq pun takpa.

(Saya masih pakai RO)

Wallahu'alam, wassalam.


via arkam@mobile®

Wednesday, June 1, 2011

Imam An Nawawi

Beliau adalah Abu Zakariya Yahya bin Syaraf bin Murri bin Hassan Al-Hizami An-Nawawi Ad-Dimasyqi. Beliau dilahirkan di Kampung Nawa dalam wilayah Hauran pada pertengahan Muharram tahun 631H. Kunyah beliau adalah "Abu Zakaria". Laqab atau gelaran beliau pula adalah " Muhyuddin" yang bererti penghidup agama. Namun beliau tidak suka digelar sedemikian kerana sifat tawadhuknya. Al Lakhamiyy berkata: Telah sahih bahawa beilau berkata: Aku tidak halalkan sesiapa yang menggelar aku " Muhyuddin".

Ketika beliau masih kecil ramai orang saleh telah melihatnya memiliki kepandaian dan kecerdasan. Mereka menemui ayahnya dan memintanya agar memberi perhatian kepadanya. Ayahnya menggalak Imam An Nawawi menghafaz Al-Quran dan pelbagai ilmu. Imam An-Nawawi telah menghafaz Al Quran ketika hampir baligh. Ketika berumur 9 tahun, ayahnya membawanya ke Damsyiq untuk menuntut ilmu.  Beliau tinggal dan belajar di Madrasah Ar-Rawahiyah pada tahun 649H. Beliau menghafal kitab At-Tanbiih dalam tempoh empat setengah bulan dan belajar Al-Muhadzdzab karangan Asy-Syirazi dalam tempoh lapan bulan pada tahun yang sama. Ini semua di bawah bimbingan gurunya Al-Kamal Ishaq bin Ahmad bin Uthman Al-Maghribi Al-Maqdasi. Beliau adalah guru pertamanya dalam ilmu fiqh.

Pada tahun 651 beliau telah menunaikan haji bersama ayahnya. Dalam perjalanan beliau telah ditimpa demam yang kuat. Demam itu tidak sembuh hinggalah pada hari wuquf di Arafah. Beliau telah menghadapinya dengan penuh kesabaran sehinggalah pulang semula ke Damsyik. Imam Nawawi tekun menuntut ilmu-ilmu agama, mengarang, menyebarkan ilmu, beribadah, berzikir, sabar menjalani hidup yang amat sederhana dan berpakaian tanpa berlebihan.
 
Guru-guru beliau yang terkenal adalah Abdul Aziz bin Muhammad Al-Ashari, Zainuddin bin Abdud Daim, Imaduddin bin Abdul Karim Al-Harastani, Zainuddin Abul Baqa  Khalid bin Yusuf Al-Maqdisi An-Nabausi dan Jamaluddin Ibn Ash-Shairafi, Taqiyyuddin bin Abul Yusri, Syamsuddin bin Abu Umar.

Beliau belajar fiqhul hadits daripada Asy-Syeikh Al-Muhaqqiq Abu Ishaq Ibrahim bin Isa Al-Muradi Al-Andalusi. Kemudian belajar fiqh kepada Al-Kamal Ishaq bin Ahmad bin Uthman Al-Maghribi Al-Maqdisi, Syamsuddin Abdul Rahman bin Nuh dan Izzuddin Al-Arbili serta guru-guru yang lain.

Ramai ulama telah berguru dengan Imam Nawawi. Di antara mereka ialah Al-Katib Shadrudin Sulaiman Al-Ja'fari, Syihabuddin Al-Arbadi, Shihabuddin bin Ja'waan, 'Alaudin Al-Athaar dan yang meriwayatkan hadith darinya Ibnu Abil Fath, Al-Mazi dan lainnya.

Beliau adalah seorang yang alim dalam ilmu-ilmu Fiqh dan Usuluddin. Beliau telah mencapai puncak pengetahuan dalam mazhab Imam Asy Syafi'i r.a dan imam-imam lainnya. Beliau telah mengetuai Daarul Hadits Al-Asyrafiyyah dan mengajar di sana tanpa mengambil bayaran sedikitpun.

Imam Nawawi memiliki umur yang amat singkat iaitu tidak lebih dari 45 tahun, tapi penuh dengan kebaikan dan keberkatan dari Allah SWT.

Keperibadian Dan Akhlak Imam Nawawi 
Imam Nawawi mempunyai penguasaan ilmu yang luas, ketekunan yang mengagumkan, sentiasa hidup warak, zuhud dan sabar dalam kesederhanaan hidupnya. Pada waktu yang sama, beliau juga dikenali mempunyai kesungguhannya yang luar-biasa dan berbagai kebaikan lainnya. Beliau menjalani kehidupan hanya dari waqaf yang diberikan kepada Madrasah Ar-Rawahiyah yang dipimpinnya dan dari apa yang diwarisi dari ibu bapanya.
Beliau banyak memanfaatkan waktu malam untuk beribadah dan menulis kitab-kitab agama dan tidak lupa menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah kemungkaran. Sebagai seorang penegak kebenaran, beliau dengan gagah berani menghadapi kezaliman para penguasa dengan nasihat-nasihat yang bestari dan mengingkari mereka atas pelanggaran yang mereka lakukan sebagai seorang penguasa. Sebagai contohnya beliau pernah menolak untuk memperakukan fatwa yang menindas rakyat yang dipaksakan oleh Sultan Al-Zahir Bibris, sehingga beliau di halau keluar dari Damsyik dan tidak pulang sehinggalah raja tersebut meninggal dunia.

Al Imam An Nawawi telah mewariskan kepada umat Islam karya-karya yang tidak ternilai, di antaranya: Syarah Muslim, Al-Irsyad dan At-Taqrib di dalam ulum hadith, Tahdzibul Asmaa'wal Lughaat, Al-Manaasik Ah-Shughra dan Al-Manaasik Al-Kubra, Minhajut Taalibin, Bustaanul 'Arifiin, Khulaasatul Ahkaam fi Muhimmatis Sunan wa Qawaa'idil Islam, Al Majmu` Syarh al Muhazzab, Raudhatut Taalibiin, Hulyatul Abrar wa Syi'aarul Akhyaar fii Talkhiishid Da'awaat wal Adzkaar yang lebih dikenal dengan nama Al-Adzkaar lin Nawawi dan At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran iaitu kitab kita ini.

Imam Nawawi rahimahullah wafat pada malam Rabu 24 Rajab tahun 676H dan dimakamkan di Nawa. Maqam beliau sangat terkenal dan selalu diziarahi orang yang mengagumi perjuangannya dalam menegakkan agama Islam.

Dipetik dari Terjemahan kitab At-Tibyan

Oleh Al-Fadhil Ustaz Rosli Bin Othman Al-Balfasi, Ahli Majlis Fatwa Jabatan Mufti Negeri P.Pinang.



via arkam@mobile®