Thursday, June 23, 2011

Nak Blog Jugak?

Ada kawan tanya kepada saya beliau teringin nak memblog setelah melihat banyaknya blog dengan pelbagai tujuan di alam maya ini. Ada antara blogger boleh hidup senang dengan pendapatan melebihi 5 ribu ringgit sebulan hanya melalui iklan, tu belum temasuk komisyen jual barang sendiri-sendiri, tak termasuk orang minta tolong jual barang tak termasuk itu, tak termasuk ini.

Ada juga yang dah sampai ke tahap selebriti yang disayangi ramai, jumpa di mana-mana pun ditegur pembaca walaupun setakat ni tak pernah masuk TV....

Ada juga yang menjadi bahan umpatan dan kejian caci maki hamun dan kebencian pihak lain kerana pelbagai sebab, lazimnya kerana pemblog itu lebih berjaya daripada dia ataupun tulisan pemblog itu yang sangat menyinggung atau mengacau bisnes atau hidup dia.

Bila kita berada dalam dunia ini, tak banyak beza dengan dunia nyata. Kalau kita menyertainya dengan nama sebenar dan identiti sebenarlah.

Banyak pihak perlu dijaga dan dihormati, ilmu kita jika sejengkal jangan ingin menduga di laut dalam. Elakkan memberi komen dan menulis sesuatu yang di luar ilmu kita, serahkan saja kepada yang lebih tahu.

Kita bloglah dengan ilmu kita, dan ilmu itu wajar dituntut daripada guru, bukan hanya dibaca.

Jangan keluar daripada panduan kita, yang jelas ada dalam kitab:

Al Quran, Al Asr:

[1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Pastikan tulisan kita dalam ruang lingkup panduan di atas, kalau tidak kita hanya merugi.

Pastikan tulisan kita membawa kebaikan kepada orang lain, banyak caranya, menyenangkan dan menggembirakan orang lain dengan tulisan-tulisan kita juga adalah satu cara menuju kebaikan, bukan bersifat terlalu kosong seolah-olah tak ada apa nak tulis, dia cerita pasal cara nak goreng telur.

Telur mata pulak tu! Kalau telur bistik tu boleh la tahan.

Kalau tak ada apa nak tulis, jangan tulis, kita hanya akan merepek repek.

Wallahu'alam, wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment