Saturday, December 15, 2012

Salahfaham Islam 1

Semalam dalam TV 114 Astro jam 930-1030 rancangan mingguan Dr Zakir Naik antara lain menjawab 2 kekeliruan tentang agama suci ini.

Pertamanya ialah berhubung larangan penganut Islam untuk keluar daripada Islam dan keduanya ialah larangan bagi negara majoriti Islam untuk membenarkan agama lain menyebarkan agama mereka.

Lojik akal menurut salah seorang yang bertanya ialah amat tidak adil bagi agama lain di negara majoriti Islam hanya menyebarkan Islam tapi melarang penyebaran agama lain.

Lojik akal juga amatlah zalim bagi orang yang Islam tapi tidak dibenarkan keluar Islam malah diancam dengan hukuman mati.

Saudara,

Agama tidak boleh disandarkan dengan lojik semata. Ia atas apa yang kita "percaya". Percaya yang membawa "keyakinan". Berapa banyak benda yang kita tak pernah lihat tapi kita sangat percaya ia ada. Contohnya "roh".

Berbalik kepada soalan tadi. Bahagian yang pertama. Penjelasannya seperti berikut:

Islam hanya mengiktiraf "agama yang sebenar ialah Islam". Malah Allah sebagai Tuhan Sekelian Alam menyebut dalam Al Quran "Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam". Kebenaran agama Islam boleh dihujahkan dalam perbincangan yang lain tetapi kita fokus kepada persoalan asal post ini sahaja.

Maka negara majoriti umat Islam akan melarang penyebaran agama selain Islam kerana "tidak diiktiraf sebagai benar" jadi mengambil sikap "melarang kesalahan".

Seperti kita sebagai ibubapa, ingin mencari cikgu tuisyen untuk anak, katalah matematik. Maka kita temuduga cikgu2 yang berminat. Kita tanyakan soalan2 sebagai contoh; 2+2 bersamaan berapa? Cikgu A menyebut 3, cikgu B menjawab 4 dan cikgu C menjawab 5.

Bolehkah kita "menyerahkan" anak kita kepada cikgu tuisyen A dan C untuk mengajarnya matematik?

Maka cikgu A dan C tentunya akan "dihalang" mengajar!

Sebagai perbandingan, Islam dan Negara majoriti Islam menyedari hal ini dan mengaplikasikan kaedah yang sama, iaitu "tidak membenarkan sesuatu yang salah di ajar di negaranya". Ini sesuatu yang lojik.

Sebagai tambahan, menurut Dr Zakir dalam kitab Bible tidak ada menyebut "Kristian adalah agama Tuhan", malah perkataan "kristian" tidak disebut walaupun sekali dalam kitab Bible! Mana boleh sebuah kitab yang menjadi rujukan sebuah agama yang besar tidak menyebut langsung "nama agama" berkenaan di dalamnya?

Mana boleh?!

Persoalan ke dua berhubung larangan bagi orang Islam keluar dari agamanya dijawab oleh Dr Zakir dengan hujah bahawa Islam tidak memaksa seseorang bukan Islam untuk memeluk Islam sesuai dengan ayat Al Quran dalam Surah Al Baqarah "Tidak ada paksaan (dalam memeluk) agama (Islam)". Maknanya penyebaran agama Islam adalah dengan hujah2 tetapi Islam tidak memaksa sesiapapun menerima Islam. Fikirlah dan buatlah keputusan dengan akal yang sihat.

Tetapi jika sudah memeluk Islam, maka dilarang keluar bagi memelihara kesucian agama ini. Mereka yang keluar dan melawan Islam malah "keluarnya" mereka dari Islam membawa maksud "melawan Islam dan Allah". Maka disyariatkan hukuman mati dalam negara2 yang mengamalkan undang2 Islam.

Perkara ini juga bukanlah sesuatu yang aneh dan tidak lojik jika kita mengambil contoh perundangan negara kita dan kebanyakan negara di dunia.

Sebagai contoh, apakah hukuman bagi kesalahan "menentang Yang Dipertuan Agong Malaysia"?

Ingat kes Amin dan Al Ma'unnah? Bukit Jenalik?

Mereka merampas senjata dari sebuah kem tentera dan berkubu di Bukit Jenalik untuk satu cubaan merampas kuasa.

Mereka secara fizikalnya tidak nampak langsung melawan YDP Agong, mereka mungkin hanya menentang Kerajaan Malaysia yang pada pendapat mereka tidak betul.

Menentang Kerajaan Malaysia dalam kes ini sama seperti "Menentang YDP Agong" kerana YDP Agong adalah Ketua Kerajaan Malaysia. (Ingat surat saman kita dulu akan ditulis "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA"?)

Cubalah baca kembali pertuduhan terhadap mereka dalam internet dan lihat apa hukuman yang telahpun dilaksanakan.

Amin telahpun digantung sampai mati bersama beberapa orang lagi yang didapati bersalah serta beberapa orang menjalani hukuman yang berbeza2.

Inilah lojik.

Dan kita pun amalkan. Cuma bila dipandang dari sudut agama selalunya ia jadi pelampau, extremis, pengganas, dsb.

2 hujah ini diharapkan membawa maksud yang jelas dan mampu menjelaskan salah faham ini. Saya membuka ruang untuk perbincangan secara harmoni dengan sesiapa yang berminat untuk berbincang khususnya tentang Islam.

Semoga hidayah Allah untuk kita semua ke arah agamaNya yang tidak berbelah bagi.

Wassalam.

via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment