Showing posts with label Silat. Show all posts
Showing posts with label Silat. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Peneraju Warisan Mutlak

Setelah berbelas tahun, tiba-tiba termenyanyi lagu ini pagi ini, mengalir air mata...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, August 3, 2010

Makan Malam & Latihan

Sekitar Majlis Makan Makan Malam dan Latihan SC baru-baru ini...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Monday, May 17, 2010

Buang Karat....!

Sekitar majlis latihan Silat Cekak untuk Tenaga Pengajar pada 16 Mei 2010 di PL PP Pulau Pinang...



Buang karat....







Gambar latihan sebenar tidaklah diupload..., biarkan misteri... haha.



Terima kasih kepada yang hadir memberi sokongan...



Geng mana...? Biar misteri jugak...! Haha...







Ir. MUHAMMAD ARKAM

www.arkamonline.com

Thursday, June 11, 2009

Aktiviti

Gambar-gambar perkembangan SK Bertam pada 10 Jun 2009...


Jumaat, 12 Jun 2009 akan hadir sebagai Juri Pertandingan Inovasi Elektronik Industri IKBN Bukit Mertajam jam 245 petang di IKBNBM dan seterusnya bergerak ke Hotel Renaissance Kota Bharu untuk satu aktiviti USM pada Ahad.

Kembali pada Ahad ke Pulau Pinang dan pada pagi Isnin, 15 Jun 2009 jam 900AM mesyuarat Teknikal SK Bertam Perdana di Kepala Batas, kemudian ke Taiping untuk persediaan site evaluation pada Rabu, 17 Jun 2009 dan Mesyuarat Tapak pada Khamis, 18 Jun 2009.

Selasa jam 5 petang sambungan kelas SC di SM Teknik Bukit Minyak, lepas 2 minggu bercuti...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Saturday, September 20, 2008

Sebarkan Silat

Pada tulisan yang dulu tentang silat, ada saya komen beberapa point yang pada pandangan saya, itulah yang saya tulis. Atau dalam kata yang lebih mudah, saya tulis apa yang pada pandangan saya itu pandangan saya...

Hehehehe.... Pening...

Tak payah pening, simple saja....

1) Persatuan membawa produk SILAT, bukan MLM, bukan jual baju, bukan jual cenderamata bukan nak jadi popular dan bukan lain.

2) Maka elok kita fokus tentang produk ni, iaitu SILAT.

3) Matlamat bagi seseorang jurulatih yang ada ilmu silat ini sepatutnya ialah menyebarkan silat, sebab silat adalah produk kita.

4) Jurulatih akan jadi semakin tak hebat jika hari-hari sembang pasal bisnes, bukan ditumpukan kepada penyebaran silat dan perkara yang berkaitan silat.

5) Jadi, ringkasnya: SEBARKAN SILAT. Atas landasan apa pula...?

Buat saja....! nanti kalau susah sangat bukak je silat baru... online, bayar pengeras pakai credit card...

Ajar pun pakai online saja....

Sekian....

Thursday, September 4, 2008

Komen Peneraju Warisan Mutlak

Salam,

Ada rakan terdekat bertanyakan tentang keadaan Silat Cekak (SC) pada masa ini dan ingin tahu saya di belah yang mana.

Lama juga masa yang diambil untuk menulis ini, tapi hari ini gagahkan juga untuk memberi pandangan 'murahan' saya terhadap isu ini khusus kepada rakan-rakan silat yang tertanya-tanya. Saya tahu pandangan ini mungkin akan disinis beberapa rakan dan saya mohon maaf akan hal itu. Ringkas pandangan saya seperti berikut:

1) SC ada adatnya, sejarahnya dan ada juga konflik nya pada masa terdahulu.
2) Guru Utama (GU-En Md Radzi) masih ada pada masa ini dan sedang dalam masalah yang ahli SC semua dah tahu.
3) Saya tidak tahu kebenaran atau kebatilan isu itu, tetapi sebagai orang awam, saya mengambil pandangan "Tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah".
4) Mandat masih ada di pihak En Md. Kalau dulu isu mandat ini di perhalusi pada zaman CM-CH, kenapa sekarang ia jadi isu yang baru?
5) Jika mandat dah dilepaskan melalui satu surat, kenapa ia tak berlaku dahulu ketika CM-CH?
6) Jika Guru Baru benar hak, mungkin beliau perlu lompat pagar mendapatkan mandat daripada En Md sekali lagi.
7) Semua kesalahan yang dikatakan untuk En Md, saya bersetuju secara prinsipnya bahawa beliau juga manusia biasa, yang jadi masalah ialah sesetengah kita ahli menyanjung beliau hingga seolah-olah beliau tak boleh dan tak pernah buat salah. Jika En Md hanya dianggap sebagai Guru Silat, maka kita akan 'selamat'. Ini kerana isu silat sepatutnya di refer kepada Guru Silat, isu agama di refer kepada Guru Agama. Tidak boleh dicampur aduk.
8) Beliau sentiasa dibayangi dan dibandingkan dengan Arwah ayahandanya yang memang hebat itu, adilkah begitu? Jika ada ahli yang sehampir Ustaz Hanafi sekarang dari semua segi, maka beliau itulah patut jadi Guru.
9) Sesama ahli tak sepatutnya jadi gaduh dan bermasam muka kerana isu di pucuk persatuan. Mana pergi semua ikrar dan penghayatan 6-6 yang pernah ada? Adilkah kita sesama ahli yang rapat sebelum ini terenggang dek masalah yang menimpa En Md? Masalah beliau, biar beliau yang selesaikan. Saya sebagai ahli biasa hanya mengharap beliau diadili dengan adil.
10) Jika beliau benar, saya sokong, jika beliau salah, saya simpati.
11) Yang penting bagi saya, tiada dosa memutuskan silaturrahim.
12) Saya tetap ingin menyebarkan silat ini, atas landasan apa? Buat dulu....
13) Sampai masa akan tahu juga.

Sekian, tulis ala chedet.com supaya kita dapat pointnya.

Terima kasih, hanya pandangan murahan.