Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

Monday, March 9, 2009

Reunion 2009 SuCasa KL

Alhamdulillah.

Program SuCasa 2009 XUTM berlangsung meriah dengan kehadiran yang paling ramai terekod sejak diperkenalkan di A Famosa Melaka (2006) dan Tiara Beach PD (2008). Cuma yang bezanya kali ini hanya dihadiri oleh AJK lelaki tanpa kehadiran keluarga.

Terima kasih tak terhingga kepada para isteri dan anak-anak yang memberikan kesempatan kepada kami ini sama ada secara suka atau 'terpaksa' dilepaskan semalam sahaja untuk tempoh setahun..., OK la tu...! semalam saja, ada 364 malam lagi...!

Kehadiran Ajid (Ting Tong), Fadir, Ajak (Pemuda UMNO), Ajey, Krem, Epi, Nuar, Rozaime, Joe, Abg Zul CH, Hashim, Jijun, Shahril, Abadi dan aku sendiri.

Yang tak hadir walaupun tahu program ni sejak 3 bulan lepas Sharif, Dino, Zarrin, Helmy. Masing2 ada hal... Takpa....Yang akan dijemput untuk masa depan akan dicari Zul Jumat, Nizam Esha, Norman dan ada sorang dua lagi... Ni habaq awai ni, Insyallah MAC 2010 di Cameron Highland, jangan ngelat..!

Check in jam 2 petang di SuCasa, tak lama pas tu pi makan nasik kandaq di Pasar Keramat (tempat lama), pastu Futsal jam 6 petang... Depa semua pancit, aku saja tak pancit.

Dan pasukan aku, Ajid, Nuar, Joe, Ajey, Shahril, kalah TIPIS saja iaitu 8-30 kepada Krem, Fadir, Ajak, Jijun, Epi,.. hahaha.. Tipis la tu...! Ni sebab faktor hujan di luar gelanggang, team kami ni biasa main di UK musim sejuk dan salji saja, bila time ujan semua jadi tak berapa terrer... Lagipun baru pas makan nasik, Gila Apa...!? Tahniah kepada team depa takpa taun depan main lagi..! Tapi faktor sebenar kekalahan ialah Ajid,... dari awal asyik 'boleh-boleh'...! Penat tau....! Aku mintak reshuffle orang dia asyik 'boleh-boleh'... Taun depan ko main la sonsorang Ajid..!

Malamnya makan di Kunang Kunang, lepas tu balik meeting di Hotel. Resolusi:

1) Tiada lagi reunion untuk tahun ni, Fadir dan Ajak tunggu anak baru.. so, depa bz...
2) Taun depan di Cameron Highland, MAC 2010, insyallah.
3) Program reunion ke luar negara akan diatur selepas tahun depan.

Pas meeting depa buat aktiviti sampai terpejam mata. Semua dalam bilik, squatting... eleh macam tak biasa....?

Ada yang asalnya mai tak mau tido akhirnya balik jam 8 pagi..! Gilo, baik tido je..! ada jugak yang mai tak bawak apa-apa tapi syok punya pasal sanggup pi shopping seluaq, baju dan sebagainya di Ampang Point, Dockers lak tu.... Tak tau la apa yang dia report kat bini dia...

Esoknya pagi beli sarapan Nasi Lemak Kampung Baru, pastu terjun kolam, dah puas amik gambar atas darat kami amik gambar dalam air lak..!


Pastu balik hotel dan makan lagi, hahaha... buncitla...

1200 checkout, masing-masing bawa diri, balik jumpa bini...

Team Johor singgah PD rumah Krem untuk minum petang sebelum bersurai.

Memang bagus keseluruhannya, dan aku minta isteri masing2 pun baca la post ni, kesian kat depa, tunggu rumah.... hangpa tolong pi habaq takpun print saja bagi depa baca... Terima kasih semua... Ni gambaq bagi depa tengok...., Betapa gilanya hangpa semua...

Semoga program itu membawa manfaat, dan kita anjurkan lebih baik lagi pada masa depan dengan kehadiran seisi keluarga, insyallah...

Sekian, terima kasih semua, wassalam...




Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Sunday, August 24, 2008

Kenangan Kampus

Setelah 7 tahun tidak menjejakkan kaki di Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM hari ini saya berpeluang melakukannya. Lihat carta organisasi FKE menyaksikan orang kampung di Perlis Dato Prof Dr Ismail Darus, yang juga rakan bapa ketika zaman-kanak kanak beliau menerajui FKE sebagai Dekan.

Dr Yusri Hassan, Prof Dr Ir Abdullah Asuhaimi, Dr Zulkafli Buntat dan beberapa lagi antara pensyarah saya yang berjasa, ketika itu mereka dipanggil Encik sahaja kecuali Prof Dr Ir Abdullah... Tahniah diucapkan kepada mereka. Juga kepada Prof Dr Hussein Ahmad yang mengajar Teknologi Voltan Tinggi.

Berbual dengan PM Dr. Norazan yang mengajar Teori Elektromagnetik yang memeningkan itu juga amat mengharukan, cuma sedikit terkilan Prof Dr Ir Sheikh Hussain Sheikh Salleh yang menjadi penyelia projek Sarjana Muda saya tidak dapat ditemui kerana beliau ke luar daerah.

En Harun Mohd yang merupakan Felo saya di UTMKL pada 1997-98 juga tidak dapat ditemui kerana bercuti. Maklumlah rehat panjang selepas mengendalikan Pesta Konvo UTM yang ke 41.

Apapun lawatan ke UTM dan FKE ini amat berkesan di hati saya. Saya menyimpan azam untuk kembali lagi suatu hari nanti sebagai seseorang yang 'lain'. Ketika itu mungkin perlu membuat temujanji kerana lawatan kali ini saya lakukan secara 'walk ini' sahaja....

Sekian.

Ke Luar Daerah

Saya akan berada di Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor Bharu mulai Khamis 21 Ogos 2008 hingga Ahad 24 Ogos 2008. Kehadiran meramaikan aktiviti anjuran Fakulti Alam Bina UTM Planning Student Assembly yang menghimpunkan pelajar-pelajar jurusan Perancang dari Universiti Awam Malaysia yang mempunyai pelajar dari jurusan Perancang Bandar Dan Wilayah.

Penerbangan balik pada Ahad 24 Ogos 2008 terus ke Pulau Pinang jam 720 malam. Moga sempat sampai sebelum jam 9 malam di Permatang Pauh untuk meramaikan pula program Solat Hajat di Perda malam yang sama.

Ramai rakan dari luar Permatang Pauh sudah mula hubungi menyebut mereka sudah ada di Permatang Pauh untuk meramaikan kempen pilihanraya kecil... Jika berkelapangan jemput datang ke rumah.

Sekian.