Thursday, September 4, 2008

Komen Peneraju Warisan Mutlak

Salam,

Ada rakan terdekat bertanyakan tentang keadaan Silat Cekak (SC) pada masa ini dan ingin tahu saya di belah yang mana.

Lama juga masa yang diambil untuk menulis ini, tapi hari ini gagahkan juga untuk memberi pandangan 'murahan' saya terhadap isu ini khusus kepada rakan-rakan silat yang tertanya-tanya. Saya tahu pandangan ini mungkin akan disinis beberapa rakan dan saya mohon maaf akan hal itu. Ringkas pandangan saya seperti berikut:

1) SC ada adatnya, sejarahnya dan ada juga konflik nya pada masa terdahulu.
2) Guru Utama (GU-En Md Radzi) masih ada pada masa ini dan sedang dalam masalah yang ahli SC semua dah tahu.
3) Saya tidak tahu kebenaran atau kebatilan isu itu, tetapi sebagai orang awam, saya mengambil pandangan "Tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah".
4) Mandat masih ada di pihak En Md. Kalau dulu isu mandat ini di perhalusi pada zaman CM-CH, kenapa sekarang ia jadi isu yang baru?
5) Jika mandat dah dilepaskan melalui satu surat, kenapa ia tak berlaku dahulu ketika CM-CH?
6) Jika Guru Baru benar hak, mungkin beliau perlu lompat pagar mendapatkan mandat daripada En Md sekali lagi.
7) Semua kesalahan yang dikatakan untuk En Md, saya bersetuju secara prinsipnya bahawa beliau juga manusia biasa, yang jadi masalah ialah sesetengah kita ahli menyanjung beliau hingga seolah-olah beliau tak boleh dan tak pernah buat salah. Jika En Md hanya dianggap sebagai Guru Silat, maka kita akan 'selamat'. Ini kerana isu silat sepatutnya di refer kepada Guru Silat, isu agama di refer kepada Guru Agama. Tidak boleh dicampur aduk.
8) Beliau sentiasa dibayangi dan dibandingkan dengan Arwah ayahandanya yang memang hebat itu, adilkah begitu? Jika ada ahli yang sehampir Ustaz Hanafi sekarang dari semua segi, maka beliau itulah patut jadi Guru.
9) Sesama ahli tak sepatutnya jadi gaduh dan bermasam muka kerana isu di pucuk persatuan. Mana pergi semua ikrar dan penghayatan 6-6 yang pernah ada? Adilkah kita sesama ahli yang rapat sebelum ini terenggang dek masalah yang menimpa En Md? Masalah beliau, biar beliau yang selesaikan. Saya sebagai ahli biasa hanya mengharap beliau diadili dengan adil.
10) Jika beliau benar, saya sokong, jika beliau salah, saya simpati.
11) Yang penting bagi saya, tiada dosa memutuskan silaturrahim.
12) Saya tetap ingin menyebarkan silat ini, atas landasan apa? Buat dulu....
13) Sampai masa akan tahu juga.

Sekian, tulis ala chedet.com supaya kita dapat pointnya.

Terima kasih, hanya pandangan murahan.

No comments:

Post a Comment