Monday, January 12, 2009

Pekeliling vs Memo vs Arahan vs Peraturan vs Perintah...

Semalam dan beberapa minggu ni sejak kerusi P36 Kuala Terengganu kosong ni salah satu isu lagi yang lazim kita dengar ialah kesepakatan dan ketidaksepakatan Pakatan Pembangkang yang diputar dan diruar-ruarkan dalam isu HUDUD.

Pihak yang dari dulu ingin mengangkat hudud ini dan pihak yang dari dulu tak mau dengan hudud ini duduk dalam satu pakatan yang pada masa ini sedang popular seantero dunia. Di antara mereka berdua adalah pihak yang ingin kedua-duanya dilaksanakan...

Amat malang kalau kita tak ada pendirian tentang isu ini... dan lebih malang lagi isu ni diputarkan seperti susah sangat, padahal ia amat senang untuk difahami.

Jadi sikit masa yang ada ni kita bincang sikit mudah-mudahan ada orang yang mendapat manfaat.

1) Hudud adalah perintah Allah yang perlu dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja.... Ia sejenis peraturan, dalam bahasa yang mudah, atau pekeliling, atau memo arahan tentang sesuatu perkara, khususnya jenayah tertentu. Ia tak jauh beza dengan suruhan solat, puasa, zakat, haji, umrah, kahwin, jual beli, berperang, tepati janji malah makan dan minum pun di suruh dalam Al Quran. Kalau suruhan yang lain boleh dibuat kenapa suruhan ini dibiarkan?

Contohnya: Bagi kesalahan mencuri...

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"As to the thief, male or female, cut off his or her hands: a punishment by way of example, from Allah, for their crime: and Allah is Exalted in Power. Full of Wisdom." Al-Mâ'idah [5:38]

2) Hudud HANYA untuk orang ISLAM. Orang bukan Islam akan diadili dengan undang-undang sivil sedia ada. Takkan logik kita sebagai rakyat Malaysia perlu diadili oleh undang-undang negara Zambia atas sesuatu jenayah..? Jadi dalam hal ini rakyat bukan Islam tak perlu bimbang langsung dalam hukuman ini. Tak ada kena mengena dengan mereka, dan tak sepatutnya mereka memberi komen yang banyak tentang isu ini...

3) Hudud menjamin perlindungan terhadap 5 perkara: Akal, Keturunan, Harta, Nyawa dan Agama... Cara mana jaminan ini diyakini, kena tunggu perlaksanaannya dulu...

4) Bagi contoh hukuman bagi kesalahan mencuri di atas, apa perlu kita takut dengan hukuman itu kalau kita bukan seorang pencuri...? Ataupun kita tak ada niat nak mencuri suatu hari nanti...? Begitu juga dengan hukuman hudud yang lain...

5) Cuba tanya dengan orang yang pernah kecurian barang yang paling bernilai, apa yang nak dibuat kepada si pencopet barangnya kalau dapat ditangkap..? Sebelum ni ada cadangan dari satu ahli politik yang nak 'kasi'kan si perogol. Tu kejam tu... Patutkah macam tu....?

Hukuman dah ada... laksanakanlah... Try tengok...

Cuba try test uji tengok...!

Semoga tulisan ini diadili dengan adil... bahaya menyembunyikan sesuatu seperti ini... atau tak minat nak ambil tahu.... atau lebih teruk lagi putar belitkan....

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْـزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللاعِنُونَ

Those who conceal the Clear (Signs) We have sent down, and the Guidance, after we have made it clear for the People in the Book, on them shall be Allah's curse, and the curse of those entitled to curse. (Al Baqarah, 159)

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati"


Sekian, terima kasih, wallahu'alam, wassalam.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment