Saturday, February 28, 2009

Dulu dan Sekarang...

Dulu....


Sekarang...


Nasib atau kerja kuat...? ;-)

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Monday, February 23, 2009

See This..!



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

List Of Approved Material (Mechanical)

List of approved material (mechanical) for ADTEC's project, as below:

Please download.

Thank You...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

ADTEC PROGRESS FEBRUARY 2009



Site meeting held on 18th February 2009 reported as below:



Thank you...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Sunday, February 15, 2009

Bertam Primary School Project.

Bersama-sama ini gambar berkaitan perkembangan projek Sekolah Kebangsaan Bertam, SPU untuk rekod pihak yang berkenaan.

Terima kasih...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

ADTEC 16 FEB 2009

Berikut adalah gambar perkembangan ADTEC Taiping pada 16 Februari 2009 untuk rekod pihak yang berkenaan. Terima kasih...


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Saturday, February 14, 2009

Menilai Isu


Isu yang melanda Negeri Perak memang sesuatu yang menarik perhatian. Bagaimanapun isu itu dibentangkan oleh mana-mana pihak sekalipun, setiap orang yang rasa bertanggungjawab perlu memilih khemah untuk menyatakan sokongan.

Sokongan perlu datang daripada ilmu yang cukup, ilmu yang cukup akan hadir dari bacaan yang cukup, hadam semua bahan bacaan dari semua pihak dan akhirnya mata hati membuat keputusan, pilihlah dan duduklah di khemah yang kita sokong.

Sokongan secara membabi buta boleh merosakkan. Meranapkan sesebuah institusi yang akhirnya merugikan dan mungkin juga mendosakan.

Dalam kes seperti ini, bahan bacaan dan berita perlu masuk ke otak dari segenap arah, fikiran yang waras dan akal yang tenang kemudiannya akan bertindak.

Sekonyong-konyong sokongan sudah yakin untuk diberikan atas kebijaksanaan sendiri, berdiri teguhlah di belakang rakan se khemah dan kemaskan kedudukan, bantu dengan kudrat yang ada, jangan berpatah balik.

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa kami dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa kami serahkan.


Kita tahu, dengan bahan-bahan bacaan ini, kita akan ada keputusan yang satu...

Katakan yang benar walaupun pahit...

Buat pejuang yang tak sikit itu, ramai menyokong anda... sama ada secara diam atau terang-terangan...

Teruskan berjuang...!

Selagi tubuh masih berdarah, lebih mulia mati dari menyerah...!

Sekian.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, February 12, 2009

Ceramah Jumaat

Seperti biasa... Ceramah Hari Jumaat....

Sekian...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, February 11, 2009

Laporan Audit Januari 2009

Bersama-sama ini dilampirkan laporan audit Januari 2009 untuk rujukan pihak yang berkenaan.

Sekian, terima kasih...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, February 10, 2009

Gol Haram


Dulu, waktu zaman sekolah, macam biasalah, sukan yang paling best ialah bolasepak. Saya juga kebetulan salah seorang pemain kampung dan sekolah yang tak berapa terrer tapi boleh la... ada score la jugak... main di atas, striker... heheheh...

La ni pulak kalau ada masa suka main futsal, maklumlah dah kira jadi pemain 'veteran', alah, bola, 30 tahun kira veteranlah... angin dah tak berapa banyak disamping pembinaan badan yang berterusan... maintain beb.. maintain...

Ada satu kes, saya terjaring satu gol dengan bantuan tangan... tapi dah main kampung, mana ada referee bertauliah, nasib baik, referee tak nampak, dan gol dikira...!! Dan kita pun meraikan gol yang sebijik secara 'haram' tu dengan penuh bergaya...!

Waktu tu masih awal... kami mendahului... Tapi waktu berjalan balik ke padang kami nak 'centre' sorang pemain lawan berbisik provokasi... "alah, gol haram...!"

Heheheh... haram tak haram, janji aku score... hehehe... setan betul.. 1-0...!

Kami teruskan permainan hingga habis dan akhirnya kami kalah, 1-4..!!

Hehehehe...

Moral: Jangan menang secara haram...! Tak baik...!

Kisah ini adalah rekaan semata-mata tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..., jika adapun hanya kebetulan sahaja...

Hangpa paham ka tak paham nih...!!! Fadir..., Bila nak main futsal lagi...!!!???


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Monday, February 9, 2009

Penghantaran Chiller 2 Feb 2009

Berikut adalah gambar-gambar penghantaran chiller batch ke-2 untuk M&E Plantroom 1 di projek ADTEC Taiping.



Turut dihantar ialah semua unit cooling tower dan aksesori berkaitan.







Ir. MUHAMMAD ARKAM

www.arkamonline.com

Pulok Doh...!

Tadi berita TV3 jam 8 pun habaqlah selain daripada berita pemergian MP Bukit Gantang juga berita kehilangan sorang lagi orang secara magik dari Bukit Selambau... Orang itu juga telah pun dikatakan meletak jawatan sebagai EXCO Kedah...

Pada 2 Februari 2009 yang lepaih orang tu dah buat press conference tentang antaranya cubaan menculik yang dirancangkan pihak tertentu dan minta polis menyiasat... Laporan tu boleh di baca dari SINI.

Permainan yang dikatakan berpunca daripada Chief De Facto PR ni mula masuk fasa seterusnya... kesian brader ni... Duk pening tak abih-abih...

Insyallah pilihanraya kecil parlimen bukit Gantang akan menjadi petunjuk seterusnya, kita orang bawah ni tunggu sajalah.. kalau ada rezeki pi join kempen sambil makan bihun sup...

Al Fatihah untuk Almarhum MP Bukit Gantang...


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Saturday, February 7, 2009

Rehat Dulu...

Penat la pikir... main motor jap....

Stunt Dirt Bike



Click here to play this game


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Ku Li: Why Nizar is still the MB...?

Ku Li: Why Nizar is still the MB
From The Star

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin is still the Perak Mentri Besar until he resigns of his own accord, or is removed by a vote of no-confidence in a formal sitting of the State Assembly, said Tengku Razaleigh Hamzah.

“Only the answer of the assembly counts, regardless how many sworn statements, defections, press conferences and declarations, or what forms of advertisement, display, inducement or force you bring to bear on the question,” he said in a statement yesterday.

“The Constitution makes no provision for his removal by any other means, including by petitions or instructions from any other authority,” he added.

He also said that a legitimate constitutional government draws all its authority from the consent of the people and only from that consent. The people consent because it is their government formed according to their constitution, whose leader is chosen through free and fair elections.

“To formally test the mandate of the current government, the question must either be put to the people through state elections, or to assemblymen through a formal vote in the Dewan,” said Tengku Razaleigh.

He said to remove and install governments in any other way was to violate the Constitution, erode the rule of law and run the risk of forming an illegal government.



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, February 5, 2009

Pulangkan...!

Agak menyeronokkan memerhatikan perkembangan politik di Perak DR pada masa ini. Tetapi yang tak seronoknya liputan dan laporan media utama negara seperti biasa yang kita tahu-amatlah mengecewakan.

Di bawah disertakan sidang media hebahan berkaitan isu yang sedang hangat ini dari pihak seberang. Saya tak layak komen banyak-banyak kerana ini bukan bidang saya, cuma yang hairannya selepas DS Tajol Rosli letak jawatan, semua ni pun jadi, Dato Nasa pun kembali ke BN 'meneruskan perjuangan' beliau.

2 ADUN PKR pun nak kembali ke BN (UMNO-Parti depa dulu jugak) kalau bolehlah... dulu dikutuk kerana ada kes rasuah, la ni nak pulak orang yang depa kutuk tu dulu... politik....politik.....

Kerajaan Perak pun dijangka kembali ke BN, tu yang dinyatakan dalam media utama, yang nak sangat DS Najib akan ia....

Tapi PR akan berjuang juga supaya mandat ni kembali ke rakyat, dengan satu lagi pilihanraya baru untuk rakyat.... best oooo pilihanraya.... macam raya jugak....

Dato Nasa kembali, 2 ADUN PKR nak kembali masuk UMNO (dulupun depa UMNO gak), BN nak kembali jaga Perak kecuali insyallah rakyat kembali mengundilah.... salah satulah....

DS Tajol Rosli kembali dak agak2..? Tak tau lagi....

Altantuya pula kompom takkan kembali lagi sampai bila-bila... Sebab dia dah tiada...

Sorang lagi yang tak kembali sampai sekarang tapi tak tau idup ke dah mati ialah Bala...

Kenal Bala...?

Bala...., yenggarpo rengge...???!!!

Sekian...






Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Salinan Surat MB Perak kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak

5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MERAFA’ SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.

Ampun Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampun Tuanku,

Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta Patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampun Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya;
Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan



(Petikan daripada www.anwaribrahimblog.com)

Ceramah Jumaat

Seperti biasa... satu lagi ceramah dalam format MP3 untuk dikongsikan....

Sekian......



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Gambar ADTEC 5 Februari 2009

Berikut adalah gambar ADTEC pada 5 Februari 2009 untuk rujukan pihak yang berkenaan.

Terima kasih...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, February 4, 2009

Majlis Kahwin Zuzaidi

Selamat pengantin baru kepada Sdr. Zuzaidi Hizrin semoga berjaya dunia dan akhirat... Majlis di Jitra pada 31 Januari lalu...


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Kepada Rakan X AJKK1 UTM 1997

Kepada rakan-rakan dan sahabat X AJKK1 UTM 1997,

Sukacita dimaklumkan perancangan REUNION 2009 dijadualkan pada 1-3 MEI 2009 bertempat di salah satu pilihan di bawah:

1) Cameron Highland
2) Melaka (Lagi....)
3) Bukit Merah, Taiping...

Bajet satu keluarga sekitar RM500 tidak termasuk perjalanan masing-masing. RM500 ni termasuk makan sepanjang program dan tempat tinggal...

Saya amat berharap mendapat sokongan tuan-tuan, boleh bincang dan lobi tempat pilihan di CHATBOX di bawah-kanan blog ini dan mengundi tempat pilihan anda di ruang undi yang disediakan.

Harap REUNION 2009 ni akan mendapat penyertaan yang paling banyak direkodkan, insyallah aktiviti dan aturcara yang bermakna akan dipastikan.

Kita perlukan sokongan semua...

Jangan mengelat dan tukar HOTEL... Hehheehhe... sekian, wassalam....

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com