Thursday, February 5, 2009

Pulangkan...!

Agak menyeronokkan memerhatikan perkembangan politik di Perak DR pada masa ini. Tetapi yang tak seronoknya liputan dan laporan media utama negara seperti biasa yang kita tahu-amatlah mengecewakan.

Di bawah disertakan sidang media hebahan berkaitan isu yang sedang hangat ini dari pihak seberang. Saya tak layak komen banyak-banyak kerana ini bukan bidang saya, cuma yang hairannya selepas DS Tajol Rosli letak jawatan, semua ni pun jadi, Dato Nasa pun kembali ke BN 'meneruskan perjuangan' beliau.

2 ADUN PKR pun nak kembali ke BN (UMNO-Parti depa dulu jugak) kalau bolehlah... dulu dikutuk kerana ada kes rasuah, la ni nak pulak orang yang depa kutuk tu dulu... politik....politik.....

Kerajaan Perak pun dijangka kembali ke BN, tu yang dinyatakan dalam media utama, yang nak sangat DS Najib akan ia....

Tapi PR akan berjuang juga supaya mandat ni kembali ke rakyat, dengan satu lagi pilihanraya baru untuk rakyat.... best oooo pilihanraya.... macam raya jugak....

Dato Nasa kembali, 2 ADUN PKR nak kembali masuk UMNO (dulupun depa UMNO gak), BN nak kembali jaga Perak kecuali insyallah rakyat kembali mengundilah.... salah satulah....

DS Tajol Rosli kembali dak agak2..? Tak tau lagi....

Altantuya pula kompom takkan kembali lagi sampai bila-bila... Sebab dia dah tiada...

Sorang lagi yang tak kembali sampai sekarang tapi tak tau idup ke dah mati ialah Bala...

Kenal Bala...?

Bala...., yenggarpo rengge...???!!!

Sekian...






Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment