Friday, April 24, 2009

SK Bertam 23 April 2009




Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Mesyuarat Tapak ADTEC APRIL 2009

Mesyuarat Tapak ADTEC berlangsung pada 23 April 2009 tanpa kehadiran saya... Berikut laporan yang telah dibentangkan untuk rujukan pihak berkenaan:



Dan gambar terkini adalah seperti di bawah:



Terima kasih...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Saturday, April 18, 2009

Exam Mode


Exam MODE exam MODE exam MODE... Study study study....!

Isnin 20 April 2009 akan mengadap exam MSc. Bulding Tech USM jam 9:00 CONSTRUCTION TECHNOLOGY & INFRASTRUCTURE dan sebelah petang jam 2:00 mesyuarat panel teknikal IKBN Bukit Mertajam untuk menilik dan mengesahkan soalan Elektronik Industri IKBN seluruh Malaysia... Mesyuarat di BERTAM pada pagi yang sama terpaksa ditinggalkan.

Selasa sambungan mesyuarat teknikal hingga petang Rabu di samping persediaan kertas exam INTELLIGENT BUILDING untuk di jawab pada 23 April 2009 sebelah petang. Site evaluation di Taiping pada Rabu juga terpaksa dielakkan.

Khamis pula pagi Mesyuarat Tapak ADTEC Taiping jam 10:00 dan Mesyuarat Teknikal ADTEC sebelah petang...

Lepas tu mungkin kita tilik pula keadaan di Penanti. Setakat tulisan hari ini, boleh saya katakan yang BN masih tak akan menang di sini..., aggregate 5-1...

Selamat berjaya kepada semua rakan sekelas dalam exam..., insyallah...., boleh punya...!

Semoga jalan dan idea dimudahkan, semoga tiada kesangkutan ketika menjawab...

Wassalam....


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, April 9, 2009

Al Ikhlas

Agak sensitif bila seorang yang belum Islam di Malaysia ni menyebut ayat-ayat Allah untuk memberi hujah kepada orang Islam yang menjadi audiennya. Walaupun ada orang Yahudi dan Kristian lain di dunia ni yang memang sengaja mempelajari dan mendalami malah menghafal ayat Al Quran untuk tujuan mereka yang tertentu...

Saya ada bersama di ceramah seumpama itu yang menjadi isu sekarang ini, isu penggunaan nama Allah dalam terbitan Kristian sebelum ni pun masih belum reda, ini pula timbul isu baru...

Tok Guru dan Dr Asri telah memberi komen masing-masing. Asasnya jelas, bagi penutur tersebut yang beragama Kristian, memangla nampak sekali imbas sangat mengguris perasaan umat Islam lainnya.

Si penutur itupun tak yakin dengan ayat Allah..., ayat itu dipakai hanya untuk meraih perhatian dan menghujah kepada orang Islam atas isu yang boleh dikaitkan.

Kalau beliau yakin, saya pasti beliau juga akan mengambil iktibar daripada ayat di bawah:

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Say: He is Allah, the One and Only; (1) (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (١
Allah, the Eternal, Absolute; (2) (اللَّهُ الصَّمَدُ (٢
He begetteth not, nor is He begotten; (3) (لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣
And there is none like unto Him. (4) (وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (٤

Mungkin akan menjadi tanggungjawab saudara Islam di PR untuk menafsir ayat ini kepada beliau... mudah-mudahan hatinya terbuka untuk mendalami Islam satu masa nanti, seterusnya menyertai agama suci ini...

Wallahu'alam...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Kabinet Baru

Nampaknya barisan menteri baru yang akan mengemudi negara selepas ini dilihat banyak pihak sebagai amat positif dan segar, dengan menampilkan tokoh yang diyakini berkualiti dan bersih serta seimbang dari seluruh negara. Tokoh yang terpalit dengan pelbagai isu pula dah ditolak tepi buat masa ini.

Semoga mereka semua yang dilantik akan menjadi contoh yang baik dan bekerja keras dan efisien sepanjang perlantikan, yang penting aspirasi majoriti rakyat difahami dan diutamakan, yang minoriti tak pula diabaikan.

DS Najib mempunyai masa untuk mengembleng tenaga-tenaga ini sebaik mungkin demi meraih sokongan semula daripada rakyat seluruhnya sehingga PU-13 akan datang.

Tahniah kepada mereka semua, khususnya Ex-Boss yang dikagumi, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, banyak jasa beliau kepada saya sekeluarga... Allah jua yang akan membalasnya, Terima kasih.

Wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, April 7, 2009

Ulasan Nyamuk


Isyarat ini jelas kepada semua yang BN sedang berhadapan dengan satu masalah besar untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka. Walaupun dikatakan bahawa keputusan itu hanya mengekalkan status quo dan tak mengubah BN dan PR, tapi hakikatnya semua tahu yang segala macam bentuk propaganda dan gula-gula serta cubaan untuk menarik pengundi tidak mengubah kebijaksanaan pengundi memilih calon pilihan mereka.

Kalau diulang tayang berita dan rencana yang terbit di TV sejak mula penamaan calon hingga malam sebelum undi, kita akan tahu kenapa BN masih kalah di 2 tempat ini.

Di BG jelas bola 'hantaran' Tok Guru yang disangka offside oleh BN berjaya dijaringkan dengan bergaya oleh YAB Ir. Nizar, cukup.., jangan komen lagi.

Di BS pula, calon muda menang pada calon yang jauh lebih senior, 'Datuk' lagi..., Presiden MIC diam seribu bahasa, pemimpin lain pun diam, media pun diam....

Hakikatnya, BN perlu dibedahsiasat dengan jujur, dah banyak bedah siasat sejak setahun lalu, mana hasilnya?

Tak sangka pula kehadiran Tun sebenarnya memberi kesan buruk, terutama kepada penyokong Pak Lah dalam UMNO dan kepada pengundi Cina yang tak suka kepada Tun... Pengundi India pula tak ramai yang suka kepada MIC atau PPP atau parti merah-hitam tu... Mereka lebih ramai membawa bendera PR.

Pengundi Melayu yang PAS tetap PAS, akan sokong PKR dan DAP dalam pakatan mereka. Tambah pula usaha mereka yang bersungguh-sungguh dalam memenangkan calon mereka.

Matlamat 3 parti PR ini buat masa ini SATU sahaja-Menumbangkan BN. Perkara lain akan dibincangkan selepas matlamat ini tercapai.

Bahaya bagi BN, susahlah kalau masih belum sedar...

(Saya nyamuk sahaja)


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Baik Punya Cilok...!


Awat 2 orang yang salah mencilok RM50 JUTA duit Tabung Haji hanya dikenakan denda RM200 RIBU sorang bayaq easy pay..???!!! Tu saja peruntukan undang-undang yang ada..?

Mau POTONG tangan depa..! Besa nih..!


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

ADTEC 7th APRIL 2009

ADTEC Taiping video, 7th April 2009:



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Sunday, April 5, 2009

Pilih...!

Agak sukar untuk menidakkan impak yang telah berlaku sehari dua ni sejak Pemilihan Agung UMNO khususnya dalam pilihanraya yang bakal berlaku esok di 3 tempat serentak.

Benar kata Tok Guru, pilihanraya kecil ni yang dibuat selepas pemilihan tu akan memberi advantage kepada BN.

Setakat mana semangat rakyat yang berkobar-kobar dulu tu pada masa ni pula tak berapa diketahui, namun perlantikan PM baru, kembalinya Tun Dr. Mahathir kepada BN dan beberapa perkara baik yang telah dibuat oleh DS Najib pastinya memberi kesan kepada pilihan rakyat, khususnya yang berada di atas pagar...

Tapi media tetap tidak berubah dasar dan pendekatannya, khususnya media eletronik, kita pernah sebut dalam 2 post yang lepas, ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, dan pada ketika itu PR menang 2-0 dengan 'pengaruh' media yang sebegitu.

Kalau dicampurkan dengan yang baru esok ni, mungkin boleh jadi 5-0.... atau 4-1 atau 3-2... Tapi takkan mungkin jadi 2-3..., tak mungkin....

Calon yang kacau gulai, cuci longkang, harungi banjir, lawat kematian, dukung anak orang, bercangkul, berhujan, berpanas dan di ambil statement dan gambarnya hari-hari untuk disiarkan bukan suka sangat kita melihatnya, yang lebih bosan ialah tuduhan yang keluar daripada parti bertanding, sedangkan tiada lawan mereka untuk menjawab dalam media yang sama pula..., ini membosankan saya, tak tahulah tuan-tuan pula...

Strategi ini tak boleh dipakai lagi... Sebab itu media alternatif menjadi pilihan, rakyat mahukan maklumat dari kedua-dua pihak untuk membuat keputusan, begitulah sepatutnya. Jika untuk rakyat di utamakan kepentingan, saya percaya setiap pilihanraya akan diberikan kebabasan seluasnya kepada para calon untuk memberi hujah. Yang pasti, tak ada satu parti pun yang sempurna, masing-masing ada kekurangan, sama ada 'kurang banyak' atau 'kurang sikit'. Saya akan pilih yang 'kurang sikit'...

Di Bukit Gantang, cabaran yang paling hebat dirasakan oleh 2-2 parti. Ini masa untuk rakyat memilih kerajaan yang mereka hendak, sama ada yang dipimpin BN atau PR. 'Pungutan suara tak rasmi'-dikatakan.

Kerajaan PR yang ditumbangkan dahulu sekarang masih memiliki keistimewaan. Perlantikan MB baru jelas tidak menghurai segala isu dan masih belum selesai pertikaiannya, ada kes cabar-mencabar di mahkamah. Pastinya, BN belum selesa untuk menjadi kerajaan negeri di sana. Andainya kes mahkamah ini berpihak kepada PR, maka Dr Zambri terpaksa turun sementara, jika beliau turun, apa pulak tempiasnya pada titah YM Tuanku Paduka Sultan?

Tambahan pula, Sidang DUN masih belum boleh berlangsung dengan rasmi, perlu diingatkan, jika sidang DUN Perak ini tak boleh bermula hingga 15 Mei depan, maka DUN akan terbubar secara automatik mengikut perlembangaan negeri dan pilihanraya kecil seluruh negeri akan berlaku. Nak mula macam mana?-Speaker belum ditukar, nak tukar macam mana?-Undi tak percaya belum dibuat. Nak undi macam mana?-Ahli korum dah tak boleh masuk dewan. Nak masuk macam mana?-Pintu tutup. Dahtu?-Meetingla bawah pokok dan tunggu masa sajalah...

Ini yang merisaukan sesetengah pihak. Maka, pilihanraya ini walaupun kecil tapi cukup significant kepada politikus BN.

Atas pemerhatian dan sedikit pembacaan, saya ada keyakinan bahawa PR akan menang di B.G. menjadikan keputusan 1-0, kemudian akan dibalas di B.A. dengan 1-1 dan akhirnya kembali menjaringkan gol dengan 2-1 di B.S....! Namun di B.S. pastinya tak 'semudah' di B.G., banyak kali nak kena kira, maklumlah calon pun ramai...

Aggregate 4-1... wallahu'alam.

Kita tunggu esok... ASTRO AWANI 501..., insyallah... (Saya ada di B.G...)

Wassalam...



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Friday, April 3, 2009

Lightning

Lightning strike at the tallest building in the world... 29th MARCH 2009.


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Terima kasih Pak Lah...


Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 yang telah melepaskan jawatannya pada 3 April 2009 setelah lebih kurang 6 tahun mentadbir negara.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Thursday, April 2, 2009

Uploading file to SHARED CMAP


Dear Friends,

1) To view OUR USM BTECH 2009 folder in CMAP shared places on net please follow below instruction:

i) RUN you CMAP (PC WITH internet!!), of course you need to install it first... To install click CMAP ICON under RECEMMENDED SOFTWARES avialable in this blog. Or Click HERE.
ii) In CMAP windows, Click SHARED CMAP IN PLACES.
iii) Scrool down and click "IHMC Public CMAP (2)"... Please Wait....
iii) Scrool again to OUR folder, "USM BTECH 2009".... wait again...
iv) You will see the CMAP files now.... and click desired files to view...

(Password needed... ask me...!)

2) To UPLOAD your CMAP to the 'USM BTech 2009' folder:

i) Do and complete your CMAP files.
ii) Click "FILE"
iii) Click "SAVE CMAP as"
iv) Find that folder again, same method a above....
v) Click "SAVE" (Password Needed: Ask Me..!)

Done...!

Hopefully this post benefits you... Thank you....

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

My Classmates...


Class of MSc Building Technology University Science Malaysia, Penang 2008/2009...! Final Exam on 20th April 2009 (Building Infrastructure & Technologies) and 23rd April 2009 (Intelligent Building)... Wish Best Of Luck...!

Abobakr Ahmed Balfaqih, Amran Abd Rahim, Ashraf Farag Nouh Ali, Azira Ibrahim, Behrooz Raouf, Bisam Ehessan Alhafiz, Fadzilah Abu Bakar, Farhana Safar, Hafizatun Nadiah Mohd Noor, Jesmine See Sing Er, Khairul Anuar Maarof, Mohd Najib Hj Abd Rashid, Mohd Nasurudin Hasbullah, Mostafa Waleed Hashem, Ng Saw Chia, Norimah Zainudin, Rana Hamed Shabbar, Saaed Awad Abrabba, Shaharin Ishak, Tarek GA Mohamed, Wei Lai, Zaid Shaker, Zuhaila Zakaria..., Pls sign up Guest Book Below...

Thank You...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com