Thursday, April 9, 2009

Kabinet Baru

Nampaknya barisan menteri baru yang akan mengemudi negara selepas ini dilihat banyak pihak sebagai amat positif dan segar, dengan menampilkan tokoh yang diyakini berkualiti dan bersih serta seimbang dari seluruh negara. Tokoh yang terpalit dengan pelbagai isu pula dah ditolak tepi buat masa ini.

Semoga mereka semua yang dilantik akan menjadi contoh yang baik dan bekerja keras dan efisien sepanjang perlantikan, yang penting aspirasi majoriti rakyat difahami dan diutamakan, yang minoriti tak pula diabaikan.

DS Najib mempunyai masa untuk mengembleng tenaga-tenaga ini sebaik mungkin demi meraih sokongan semula daripada rakyat seluruhnya sehingga PU-13 akan datang.

Tahniah kepada mereka semua, khususnya Ex-Boss yang dikagumi, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, banyak jasa beliau kepada saya sekeluarga... Allah jua yang akan membalasnya, Terima kasih.

Wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment