Thursday, April 9, 2009

Al Ikhlas

Agak sensitif bila seorang yang belum Islam di Malaysia ni menyebut ayat-ayat Allah untuk memberi hujah kepada orang Islam yang menjadi audiennya. Walaupun ada orang Yahudi dan Kristian lain di dunia ni yang memang sengaja mempelajari dan mendalami malah menghafal ayat Al Quran untuk tujuan mereka yang tertentu...

Saya ada bersama di ceramah seumpama itu yang menjadi isu sekarang ini, isu penggunaan nama Allah dalam terbitan Kristian sebelum ni pun masih belum reda, ini pula timbul isu baru...

Tok Guru dan Dr Asri telah memberi komen masing-masing. Asasnya jelas, bagi penutur tersebut yang beragama Kristian, memangla nampak sekali imbas sangat mengguris perasaan umat Islam lainnya.

Si penutur itupun tak yakin dengan ayat Allah..., ayat itu dipakai hanya untuk meraih perhatian dan menghujah kepada orang Islam atas isu yang boleh dikaitkan.

Kalau beliau yakin, saya pasti beliau juga akan mengambil iktibar daripada ayat di bawah:

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Say: He is Allah, the One and Only; (1) (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (١
Allah, the Eternal, Absolute; (2) (اللَّهُ الصَّمَدُ (٢
He begetteth not, nor is He begotten; (3) (لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣
And there is none like unto Him. (4) (وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (٤

Mungkin akan menjadi tanggungjawab saudara Islam di PR untuk menafsir ayat ini kepada beliau... mudah-mudahan hatinya terbuka untuk mendalami Islam satu masa nanti, seterusnya menyertai agama suci ini...

Wallahu'alam...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

3 comments:

  1. Salam...dgn izin...tn tanah....aku tang nie...pd pendapat aku memang nampk tak betul...mempergunakan kalimah2 suci Allah swt..bagi tujuan politik yang entah mana betul dan salahnya...
    maknanya pun aku rase dia tak faham...dah le tuh sebut pun tak betul...jangan main2 ayat AlQuran...salah sebutan lain maknyenye...Alfatihah tuh pun baca silap lain tau jadiknye....

    aku pun pelik lah...stop the nonsense and misleading us...

    'aku sendiri pun ade yang tak betul'

    ReplyDelete
  2. Hakikatnya, tak salah bagi orang bukan Islam membaca AlQuran..., dengan niat yang baik...

    Al Quran bukan untuk orang Islam sahaja..., ada juga ayat yang ditujukan kepada semua manusia...banyak...

    Sebutan yang salah Tok-Tok Guru dan alim ulama' yang ada kena la betulkan, bila orang bukan Islam membaca ayat AlQuran, maknanya pelajaran Islam dan mula meresap dalam hatinya, minatnya dah ada..., menjadi tanggungjawab orang Islam sekelilingnya yang berkuasa untuk mendekatkan diri dan memberi faham kepadanya.

    Bukan dicerca dan diugut oleh orang Islam sekitarnya, ini boleh lebih menjauhkan dirinya dari Islam.

    Contoh kita di kedai buku ada iklan yang menulis pada rak: "AMARAN: UNTUK JUALAN SAJA, DILARANG BACA"..., ni nak tanya, "Macam mana nak beli kalau tak dibenarkan saya baca...? Sekurang-kurangnya tajuk buku tu...?"

    Awal perenggan saya kata "Tak salah", maknanya "tak berdosa.." bagi bukan Islam membaca ayat suci AlQuran... Ini kerana dosa pahala, wajib, sunat, makruh, harus, haram semua tu hanya untuk orang Islam... bukan untuk depa...

    Dosa syirik itu lebih besar dok ada..., yang tu kena settle dulu....

    Lagi satu, ramai orang kata dia tu baca tak betui..., ni nak tanya..."Kita yang dah berpuluh-puluh taun Islam ni baca betui sangat ka....?"

    Sekian, wallahu'alam, wasalam.

    ReplyDelete
  3. dengan harapan...terbuka hati depa masuk islam...mendalami agama islam dan mengubah menjadi lebih baik dari diri mereka terdahulu...

    jangan kita taksub udoh le...jangan dipolitikan agama....aku tak kisah apa org nak cakap...tapi kalo islam dipersenda, diperkotak katikkan...disalah ertikan...aku tak akan duduk diam...

    kat dunia nie sape yang betul....??? masing2 menegakkn pendirian yang entah betul entah salah...

    kalo dh nafsu beraja dimata bersultan dihati...
    sedarlah...bangsaku...

    ReplyDelete