Wednesday, September 23, 2009

Kemaskini

Bersesuaian dengan skop kerja dan kontrak yang akan tamat di ADTEC Taiping pada 30 September ini, saya akan mengeluarkan semua dokumen "downloadable" berkaitan dengan ADTEC Taiping dari blog ini pada 7 Oktober 2009.

Sesiapa yang berminat untuk menyimpan softcopy dokumen-dokumen berkenaan untuk rujukan masa akan datang boleh download sebelum tarikh berkenaan.

Bagaimanapun semua post akan kekal di blog, hanya perlu klik label ADTEC TAIPING untuk rujukan pada bila-bila masa.

1 Oktober depan akan diadakan majlis penyerahan rasmi ADTEC Taiping kepada JKR dan Kementerian, saya akan ada di sana buat kali terakhir agaknya... Insyallah.

Sekian, terima kasih.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Salam Aidilfitri



Salam Aidilfitri buat semua pembaca dan pelawat blog ini Maaf Zahir dan Batin...

Semoga bertemu lagi Ramadhan tahun akan datang...

Wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Monday, September 14, 2009

Fitrah

"(dan setengah) daripada segala zakatnya itu zakat fitrah dan iaitu wajib ia atas tiap-tiap orang yang memilikkan akan suatu yang lebih atas belanjanya dan belanja segala orang yang wajib atasnya belanjanya daripada segala anak buahnya dan segala hamba sahayanya pada malam hari raya itu dan siangnya dan keluarkan satu gantang daripada tiap-tiap orang yang melazimkan oleh nafqahnya daripada orang yang Islam dan jikalau kecil baharu diperanakkan sekalipun seperti diperanakkan akan dia hampir hendak masuk matahari pada hari yang akhir daripada bulan Ramadhan dan hendaklah bahawa keadaan satu gantang makanan itu daripada barang yang kebiasaan makanan yang menyenyangkan bagi ahli negeri tempatnya pada kebanyakan hari setahun (dan bermula ) qadarnya satu gantang itu empat gelup dengan dua tapak tangannya orang yang pertengahan kejadiannya (dan bermula) timbangannya lima kati dan thalas kati daripada kati baghdad."

Manhaj Salam halaman 26.

Wallau'alam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Contoh Progress Report

En Quyyum sila download dari bawah:



TQ.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Friday, September 11, 2009

ADTEC 11 September 2009


Gambar-gambar terbaru ADTEC Taiping seperti dijanjikan:



Semoga pelanggan berpuas hati... Sekian.

Terima kasih.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

SOC1 Western Hill

Contoh fail microsoft project untuk member SOC1 Western Hill... Sila download dari bawah...



Terima kasih...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Wednesday, September 9, 2009

Ulangkaji Hari Raya

"... dan setengah daripada sunat muakaddah sembahyang hari raya kedua iaitu hari raya haji dan hari raya fitrah maka lafaz niat keduanya "sahaja kusembahyang sunat hari raya adha dua rakaat kerana Allah Ta'ala "AllahuAkbar" sahaja kusembahyang sunat hari raya fitrah dua rakaat kerana Allah Ta'ala "AllahuAkbar" kemudian ia baca dengan iftitah kemudian maka takbir tujuh kali serta mengangkatkan dua tangannya seperti takbiratulihram tujuh kali pada rakaat yang pertamanya dan lima kali pada rakaat yang keduanya dahulu daripada membaca fatihah kemudian dibacanya fatihah dan surah "sabbihisma" pada rakaat yang pertama dan surah "hal ata" pada rakaat yang kedua kemudian daripada fatihah dan sunat diselangi antara takbir yang tujuh dan antara takbir yang lima itu dengan "subhanallah walhamdulillah wa lailahaillallah AllahuAkbar" kemudian jika sembahyang berjemaah maka sunat dibaca khutbah kemudian daripada sembahyang kedua hari raya itu dimulai pada awal khutbah yang pertama dengan takbir sembilan kali berturut-turut dan pada khutbah yang keduanya tujuh kali berturut turut adalah kedua khutbahnya itu seperti khutbah Jumaat maka dinyatakan di dalam kedua khutbah itu hikmah bicara korban pada khutbah hari raya korban dan bicara hikmah zakat fitrah pada hari raya fitri dan sunat takbir pada dua hari raya kedua takbir mutlak masuk kepada sembahyang maka habislah takbir yang mursal pada kedua hari tu dengan takbir imam jika sembahyang berjemaah atau takbir dirinya jika ia sembahyang seorang diri dan sunat takbir maqid pada hari raya haji dimulai daripada subuh hari Arafah hingga akhir asar hari tasyrik kemudian daripada tiap-tiap sembahyang dan jika orang haji maka sunat dimulai takbirnya yang maqid daripada zohor hari raya haji hingga subuh akhir hari tasyrik yakni hingga subuh hari yang ketigabelas maka waktunya itu iaitu keluar matahari hingga gelincir matahari tetapi ditakhirkan hingga naik matahari segalah itu afdal..."

Wallahu'alam.

Minyatul Musolli Halaman 28, 29.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, September 8, 2009

Construction Material



Selamat berbentang kepada member segroup... Terima kasih...

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, September 1, 2009

AUDIT ADTEC

AUDIT Akhir JKR bagi projek ADTEC Taiping telah ditetapkan pada 8, 9 dan 10 September 2009... Jika tiada aral penyerahan akan dibuat tak lama selepas itu.

Semua dokumen daripada perunding dijangka dapat disiapkan menjelang tarikh tersebut.

Maka akan berakhir tugas saya di sini sejurus akhir bulan ini. Selepas raya nanti suasana pasti berbeza di ADTEC Taiping...

2 tahun pengalaman dikutip di sini dan memerhatikan projek dari ground beam kepada siap kadangkala menyentuh hati.

Semoga ada sedikit kebaikan yang akan memberi manfaat kepada pengguna bangunan, dan bangunan itu sendiri..., bangunan akan tetap kukuh sehingga berpuluh atau beratus tahun selepas ini, saya pasti takkan hidup sampai 100 tahun...

Begitulah kitaran hidup. Kan...?

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com