Tuesday, September 1, 2009

AUDIT ADTEC

AUDIT Akhir JKR bagi projek ADTEC Taiping telah ditetapkan pada 8, 9 dan 10 September 2009... Jika tiada aral penyerahan akan dibuat tak lama selepas itu.

Semua dokumen daripada perunding dijangka dapat disiapkan menjelang tarikh tersebut.

Maka akan berakhir tugas saya di sini sejurus akhir bulan ini. Selepas raya nanti suasana pasti berbeza di ADTEC Taiping...

2 tahun pengalaman dikutip di sini dan memerhatikan projek dari ground beam kepada siap kadangkala menyentuh hati.

Semoga ada sedikit kebaikan yang akan memberi manfaat kepada pengguna bangunan, dan bangunan itu sendiri..., bangunan akan tetap kukuh sehingga berpuluh atau beratus tahun selepas ini, saya pasti takkan hidup sampai 100 tahun...

Begitulah kitaran hidup. Kan...?

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment