Monday, September 14, 2009

Fitrah

"(dan setengah) daripada segala zakatnya itu zakat fitrah dan iaitu wajib ia atas tiap-tiap orang yang memilikkan akan suatu yang lebih atas belanjanya dan belanja segala orang yang wajib atasnya belanjanya daripada segala anak buahnya dan segala hamba sahayanya pada malam hari raya itu dan siangnya dan keluarkan satu gantang daripada tiap-tiap orang yang melazimkan oleh nafqahnya daripada orang yang Islam dan jikalau kecil baharu diperanakkan sekalipun seperti diperanakkan akan dia hampir hendak masuk matahari pada hari yang akhir daripada bulan Ramadhan dan hendaklah bahawa keadaan satu gantang makanan itu daripada barang yang kebiasaan makanan yang menyenyangkan bagi ahli negeri tempatnya pada kebanyakan hari setahun (dan bermula ) qadarnya satu gantang itu empat gelup dengan dua tapak tangannya orang yang pertengahan kejadiannya (dan bermula) timbangannya lima kati dan thalas kati daripada kati baghdad."

Manhaj Salam halaman 26.

Wallau'alam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

No comments:

Post a Comment