Tuesday, July 27, 2010

Friday, July 23, 2010

NBCT 23 Julai 2010



Semua high mast pole sudah dinaikkan.
Trenches dalam pembinaan.
Reefer stack kedua sedang dibangunkan.
Foundation untuk AP tower sudah disiapkan.
Ground beam untuk substation sedang dibuat.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Monday, July 19, 2010

Mati Muda: Kesian dia atau kesian kita?

Seorang rakan memberi komen dalam laman FB seseorang pada photo lama-lama yang diupload semula tentang pemergian salah seorang kawan kami ke Rahmatullah pada usia beliau 20 tahun lebih kurang 13 tahun dulu.

Sebagai rakan karib dan rakan sekelas ketika itu, arwah mempunyai ramai kenalan dalam senarai rakan FB saya.

Simpati yang diterima arwah melalui gambar itu tidak sedikit, ramai yang komen dan memberikan rasa kasihan dengan nasib yang menimpa arwah, pergi terlalu muda dalam usia 20 tahun akibat kemalangan jalan raya.

Dalam ramai-ramai yang memberi komen sudah biasanya menjadi tuturan kita akan menyebut "Kesian Arwah", dan yang lainnya mengiyakan.

Sekali pandang, arwah pergi tanpa sempat mengecapi tangga hidup yang lain, bujang, berkahwin, berkerja dan seterusnya. Ya, memang kasihan, berbanding kita sekarang.

Tetapi arwah mempunyai kelebihan, pergi dalam usia yang baru 5 tahun dikira mukallaf, jika arwah sampai umur pada usia 15 tahun pada masa itu.

Oleh kerana kita akan menyusul arwah juga nanti, dari segi cepatnya 'matematik', arwah akan mendahului kita di sana. Kita yang hidup lebih lama pasti akan perlu menjawab lebih soalan, yang akan memakan masa lebih lama.

Timbul dalam hati, kesian arwah atau kesian aku?

Al Fatihah untuk mereka yang soleh, yang telah mendahului kita.

Wallahu'alam.

Sunday, July 18, 2010

Galvanization



Al Quran: 96.

[41] Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42] Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43] Serta naungan dari asap hitam,
[44] Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.

Na'uzubillah min zalik.

Thursday, July 15, 2010

Mungkin kita tidak tahu...

From Email:



Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. ..lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

-end-

Wallahu'alam.

Wednesday, July 14, 2010

Monday, July 12, 2010

NBCT Isolator Inspection



Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Iktibar



Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe, Ohio, US. Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepangkan tangan seolah2 berdoa ke langit. Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'. patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber.

Pada 15/06/2010, patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.

Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


صباح الخير .. حيا الله الطيبين

تعرض تمثال اليسوع قرب كنيسة الصخرة العظيمة في مدينة مونرو إحدى مدن ولاية أوهايو

الأمريكية يوم الثلاثاء 15-6-2010 إلى صاعقة من السماء أتت به إلى القواعدويبلغ ارتفاع التمثال 6

طوابق. ولم يتبق من التمثال سوى قطع من العوازل الحرارية وأجزاء من المعادن ورغوة احتراق

وبقايا جبس مصهور كانت تنسج أحشاء التمثال الشهير إضافة إلى مظهره الخارجي

Tuesday, July 6, 2010

Doa Berwuduk

Pesanan seseorang 15 tahun lepas...

Doa ketika berwuduk:


Ketika membasuh tangan:
Bismillah, Alhamdulillah, selawat untuk Nabi SAW.

Ketika berkumur-kumur:
Ya Allah, berilah aku minum dari telaga NabiMu pada hari Qiamat satu teguk yang tidak akan dahaga selama-lamanya.

Ketika membasuh hidung:
Ya Allah, berilah aku bau-bauan syurga pada hari Qiamat.

Ketika membasuh muka:
Niat wuduk, kemudian baca doa Ya Allah, sinarilah wajahku dengan cahaya daripadaMu.

Ketika membasuh tangan kanan hingga siku:
Ya Allah, berilah kitab amalanku daripada tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yang mudah.

Ketika membasuh tangan kiri hingga ke siku:
Ya Allah, janganlah Kau berikan kitab amalanku dari arah kiriku dan juga jangan dari arah belakangku.

Ketika membasuh kepala:
Ya Allah, peliharalah rambutku dan kulitku daripada bakar api neraka dan naungilah aku pada hari Qiamat.

Ketika membasuh telinga:
Ya Allah, dengarkanlah aku bunyi-bunyian yang baik dari dalam syurga pada hari Qiamat.

Ketika membasuh tengkuk:
Ya Allah, jauhkanlah aku daripada belenggu api neraka jahannam.

Ketika membasuh kaki kanan:
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kaki ini untuk melintasi titian SiratMu pada hari Qiamat dan tetapkanlah kaki ini di atas jalan agamaMu bersama hamba-hambaMu yang soleh.

Ketika membasuh kaki kiri:
Dan janganlah kau gelincirkan kaki ini sebagaimana gelincirnya kaki golongan-golongan munafik dan musyrik pada hari Qiamat.

Kemudian membaca doa selepas wuduk, kemudian membaca tasbih kifarah.

Selawat, dan Walhamdulillahi robbil 'alamin, amiin...

Jika sehari mengambil wuduk 5 kali, membaca doa untuk akhirat ini manalah tahu dalam salah satu doa ini Allah makbulkan, setelah beristiqamah berpuluh tahun...?

Mudah-mudahan... Wallahu 'alam.

Wassalam, terima kasih...