Monday, July 19, 2010

Mati Muda: Kesian dia atau kesian kita?

Seorang rakan memberi komen dalam laman FB seseorang pada photo lama-lama yang diupload semula tentang pemergian salah seorang kawan kami ke Rahmatullah pada usia beliau 20 tahun lebih kurang 13 tahun dulu.

Sebagai rakan karib dan rakan sekelas ketika itu, arwah mempunyai ramai kenalan dalam senarai rakan FB saya.

Simpati yang diterima arwah melalui gambar itu tidak sedikit, ramai yang komen dan memberikan rasa kasihan dengan nasib yang menimpa arwah, pergi terlalu muda dalam usia 20 tahun akibat kemalangan jalan raya.

Dalam ramai-ramai yang memberi komen sudah biasanya menjadi tuturan kita akan menyebut "Kesian Arwah", dan yang lainnya mengiyakan.

Sekali pandang, arwah pergi tanpa sempat mengecapi tangga hidup yang lain, bujang, berkahwin, berkerja dan seterusnya. Ya, memang kasihan, berbanding kita sekarang.

Tetapi arwah mempunyai kelebihan, pergi dalam usia yang baru 5 tahun dikira mukallaf, jika arwah sampai umur pada usia 15 tahun pada masa itu.

Oleh kerana kita akan menyusul arwah juga nanti, dari segi cepatnya 'matematik', arwah akan mendahului kita di sana. Kita yang hidup lebih lama pasti akan perlu menjawab lebih soalan, yang akan memakan masa lebih lama.

Timbul dalam hati, kesian arwah atau kesian aku?

Al Fatihah untuk mereka yang soleh, yang telah mendahului kita.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment