Thursday, August 26, 2010

Al Quran


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al Baqarah 185)

Al Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk seluruh manusia dalam Bahasa Arab melalui Malaikat Jibrail AS secara beransur-ansur terpelihara ia hingga Hari Qiamat dan membacanya dikira sebagai ibadah.

Ia membatalkan semua suhuf dan kitab-kitab terdahulu, Taurat (Nabi Musa AS), Zabur (Nabi Daud AS) dan Injil (Nabi Isa AS) yang mana semua itu pada masa ini, selain Al Quran bukan lagi suci dan murni sebagai kalam Allah yang asal.

Tetapi berbeza dengan Al Quran:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Al Hijr, 9)

Salah satu cara Allah memelihara Al Quran ialah dengan membangkitkan para penghafal Al Quran di seluruh dunia, sangat ajaib sebuah kitab yang mengandungi lebih 6600 ayat dapat dihafal oleh mereka yang terpilih... Yang mana tiada penghafal yang boleh dari mana-mana kitab lain seumpamanya, semuanya kerana izin Allah.

Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar. (105) Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? Al Baqarah, 105-106.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. Ali Imraan, 110.

Sekian, Selamat Menghayati Nuzul Al Quran.

Hadiah buat saudara-saudaraku:

Terjemahan Al Quran (Bahasa Melayu)
Al Quran Flash
Al Quran Explorer
Bacaan AL Quran Online
AL Quran MP3 Percuma

Semoga bermanafaat.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment