Saturday, August 21, 2010

Mendirikan Solat


MENUNAIKAN Solat:
1) Subuh 2 rakaaat
2) Zohor 4 rakaat
3) Asar 4 rakaat
4) Maghrib 3 rakaat
5) Isya' 4 rakaat

JUMLAH=17 rakaat.

MENDIRIKAN Solat (Seorang Diri):

1) Qabliah Subuh 2 rakaat*
2) SUBUH 2 rakaat
3) Qabliah Zohor 2 rakaat*
4) Sunat sebelum Zohor 2 rakaat**
5) ZOHOR 4 rakaat
6) Ba'diah Zohor 2 rakaat*
7) Selepas Zohor 2 rakaat**
8) Sebelum 'Asar 4 rakaat**
9) ASAR 4 rakaat
10) Sebelum Maghrib 2 rakaat
11) MAGHRIB 3 rakaat
12) Ba'diah Maghrib 2 rakaat*
13) Sebelum Isya' 2 rakaat
14) ISYA' 4 rakaat
15) Ba'diah Isya' 2 rakaat*
16) Witir 11 rakaat

* Muakkad
** Ghairir Muakkad

JUMLAH=50 rakaat.

"(Faslun) Dan bermula segala sunat yang mengikut bagi fardzu itu dua puluh dua rakaat sepuluh daripadanya sunat muakkad iaitu dua rakaat dahulu daripada Subuh (dan) dua rakaat dahulu daripada Zohor (dan) dua rakaat kemudian daripadanya (dan) dua rakaat kemudian daripada Maghrib (dan) dua rakaat kemudian daripada Isya' (dan) dua belas rakaat ghairir muakkad iaitu dua rakaat dahulu daripada Zohor (dan) dua rakaat kemudian daripadanya (dan) empat rakaat dahulu daripada 'Asar (dan) dua rakaat dahulu daripada Maghrib (dan) dua rakaat dahulu daripada Isya' (dan) adapun witir maka sunat mustaqlah (dan) iaitu yang terlebih afdhal daripada segala sunat yang lainnya dan sekurang-kurangnya satu rakaat (dan) sebaik-baiknya sebelas rakaat dan sekurang-kurang sempurna tiga rakaat dan tiada sah mengerjakan akan dia melainkan kemudian daripada sembahyang Isya' dan berkekalan waktunya sampai naik fajar sodiq dan mengeluarkan akan dia daripada waktunya dengan tiada 'uzur makruh dan meninggalkan dia segala terlebih makruh" Minyatul Musolli halaman 18.
[1] Alif, Laam, Miim.  [2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;  [3] Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.  [4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). [5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (2:1-5)

Semoga kita semua mengambil manfaat dan diberi kekuatan. Buatlah yang sedikit, tetapi berkekalan.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment