Monday, February 28, 2011

Apokalips 2012?

Sesiapa yang menonton National Geographic malam tadi jam 10 malam ada menceritakan tentang ramalan berlakunya kiamat pada tahun 2012 mengikut versi kepercayaan dan versi sains.

Versi kepercayaan yang dimaksudkan ialah berakhirnya tarih/tahun dalam kalendar Maya, satu kaum yang cekap dalam bidang astronomi dan matematik ribuan tahun dahulu, kalender kerkenaan merujuk kepada awal umur bumi dan ketamadunan pada tahun 3000 lebih sebelum masihi dan habis tepat pada 2012, lebih tepat lagi pada 21 12 2012.

Manakala versi sains pula menganggarkan bahawa matahari akan berkedudukan selari dengan bumi pada tarikh itu juga, berkemungkinan suar solar daripada matahari akan mengena bumi dalam masa 3 hari, dan kemudiannya akan membangkitkan semua kacau bilau kiamat di bumi ini pada ketika itu.

Terdapat 4 perkara penting yang berkaitan dengan soar solar ini, dijangka akan berlaku pada medan magnet bumi pada tarikh tersebut, mengikut kajian mereka:

1) Medan magnet bumi (Magnetosfera) akan terganggu, oleh kerana soar solar direct yang kuat dan berterusan dikenakan kepada bumi. Maka, jangkaan mereka, gangguan ini boleh menyebabkan kutub utara dan selatan di bumi BERTUKAR TEMPAT! Utara akan pergi ke selatan, dan selatan akan bertukar ke utara.

2) Medan magnet ini akan berkurangan dan seterusnya padam, menyebabkan bumi hilang kuasa graviti. Akibat daripada hilang kuasa magnet bumi ini, bumi tidak lagi berupaya melencongkan semua batu dan planet, bintang, bulan ke arah menjauhi bumi kerana 'perisai' ini sudah tiada. Dalam kedaan ini, langit akan terbuka dan semua objek langit yang berdekatan berkemungkinan menghentam bumi!

3) Di bumi, suar solar direct tadi akan menyebabkan air terlebur di kedua-dua kutub, maka lautan akan dibanjiri air daripada peleburan air ini. Maka air laut akan bercampur dengan air sungai (kerana banyaknya air)

4) Apabila medan magnet di bumi padam, mentel bumi gagal lagi mengekalkan bentuknya, maka akan berlaku banyak gempa bumi di darat dan di laut, di rasai di permukaan bumi.

Kita tertarik (Tidak diulas dalam National Geographic, saya yang tambah), komen kita seperti di bawah: Nombor ikut nombor:

1) Cuba tengok kompas kita, jika UTARA dan SELATAN bertukar tempat, maka BARAT dan TIMUR juga akan berlaku sedemikian, pada masa ini, kita akan mendapati matahari timbul dari sebelah barat!

2) Medan magnet padam yang menyebabkan bumi hilang kuasa graviti digambarkan dalam kitab :

Al-Qaariah
"[1] Hari yang menggemparkan,  [2] Apa dia hari yang menggemparkan itu?  [3]  Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? -  [4] (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,"

(3) dan (4) kita terus ambil terjemahan Al Quran:

At-Takwiir
"[1] Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);  [2] apabila bintang-bintang gugur berselerak;  [3] Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu); "


Al-Infitaar
"[1] Apabila langit terbelah;  [2] Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;  [3] Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;"

Dan yang ini:

Az-Zalzalah
[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,  [2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,  [3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"  [4] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:  [5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).  [6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.  [7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Mereka memberikan komen berdasarkan sains dan pengetahuan, tanpa merujuk kitab. Kita ambil sebagai tambahan ilmu, supaya dapat mantapkan keyakinan. Tetapi, jauhkan daripada menerima dan mengganggap 21 12 2012 akan berlakunya semua benda ini, kerana tidak ada sesiapa yang tahu apa yang akan terjadi pada esok hari, tiada siapa yang tahu, di kubur mana kita akan disemadikan.

Wallahu'alam, wassalam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
http://www.arkamonline.com/

Monday, February 21, 2011

Projek hangpa ADAAAAA?

Via arkam@mobile®

Infak

Sejuk hati membaca berita selebriti terkenal membiaya pembinaan masjid bernilai hampir RM2 juta di Kedah.



Ada juga yang menganggap 'takpalah, orang kaya, untung dia, kaya boleh buat masjid sebijik'. Kita yang orang biasa-biasa atau miskin ni takkan ada peluang nak buat infak macam si dia.



Ini sesuai dengan 'spesifikasi Allah' kepada orang yang berjaya, Al Baqarah, ayat 3 "Iaitu mereka yang beriman dengan perkara ghaib dan mendirikan solah dan pada rezeki mereka itu, mereka infakkan".



Jika rezeki mereka RM200 juta, maka infakkan RM 2 juta adalah 1 percent. Jika rezeki kita RM 20 ribu, kita infakkan RM 200 juga nilainya 1 percent.



Maka, kita masing2 mengukur rezeki kita, dan kita infakkanlah, sepatut padan, bil hikmah!



Bila sebut tentang nafkah, keutamaan infak pun diajar dalam Al Quran, dimulai dengan Allah dan seterusnya, selalu kita jumpa turutan ini : wali wa li daiyya, wa lil qurba, wal yatama, wal masakin, wa lis sabiil... Kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, dan orang dalam perjalanan. Juga dalam Al Baqarah.



Ringkasnya, infakkanlah harta kita yang direzkikan kepada kita, supaya membina kekayaan kita di akhirat. Bak orang dagang mencari rezeki di negara orang, bila kerja dalam tempoh tertentu dan mengetahui wajib balik ke tempat asal selepas habis visa, maka lebih baik wang diposkan untuk membina rumah di negara asal, bukan membina mahligai di tempat berdagang. Sepatutnya macam tu lah.



Kampung kita di sana, Tok Moyang kita berasal dari sana, kita akan balik ke kampung sana juga.



Dah buat rumah di sana?



(Ya Allah, ampunkan kami)



Wallahu'alam, wassalam.



-dari Perlis-

Via arkam@mobile®

Sunday, February 20, 2011

Friday, February 18, 2011

Assalamu'alaikum

Ada email yang diterima menceritakan bahawa bagi orang Islam yang ingin mengucapkan salam melalui sms sila gunakan perkataan As Salam menggantikan Akum mahupun Salam kerana ada pautan ayat tertentu yang memberikan makna Salam itu tidak ke arah kebaikan.

Secara dasar saya bersetuju, setelah beberapa lama sms dipraktikkan, nampaknya belum ada satu 'lambang' yang menunjukkan perkataan 'Asalamu'alaikum' distandardkan.

Namun, sms sendiri bermaksud short messaging system, maka perkataan yang dihantar juga perlulah sependek mungkin, tapi wajib boleh difahami.

Tidak boleh ada keliru atau double meaning. Nanti haru.

Elok juga satu 'lambang' standard di establishkan untuk perkataan 'asalamu'alaikum', seperti yang kita sudah maklum SAW untuk Sallallahu 'Alaihi Wassalam, dan SWT untuk Subhanahu wa Ta'ala.

Mungkin guna ASW untuk 'Asalamu'alaikum', mungkinlah. Jadi yang membaca ASW di pangkal sms perlu faham untuk membaca 'asalamu'alaikum' bukannya, 'amanah saham wawasan'.

Contoh saja.

Sekian, saja menulis sementara tunggu anak balik sekolah.

Wallahu'alam.
Via arkam@mobile®

UPP Padang Besar 14 Februari 2011

Ada antaranya gambar-gambar kecacatan... Bukan semua untuk dijadikan contoh, gambar menerangkan status sahaja....


Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Sunday, February 13, 2011

Sinopsis Rasul Terakhir.

Esok insyallah kita akan menyambut Maulidurrasul, memperingati kelahiran Nabi Muhammad sebagai Nabi Penghabisan menutup senarai Nabi dan Rasul yang diutus Allah, sejak manusia pertama Nabi Adam AS, disusuli Idris, Nuh, Hud, Salih, Ibrahim, Luth Ismail, Ishaq, dari Ishaq lahir semua Nabi bangsa Israel (Bani Israel) bermula dengan Yaakub, Yusuf, Aiyyub, Shuib, Musa, Harun Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasak, Yunus, Zakaria, Yahya dan Isa AS. Jumlah mereka semua tidak terhad setakat ini sahaja tetapi sekadar itu yang perlu seorang Islam ketahui.

Lebih 500 tahun selepas Isa, daripada anak pertama Nabi Ibrahim, iaitu Nabi Ismail, lahirlah Muhammad Bin Abdullah, pada tanggal 12 Rabuilawwal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi di Kota Mekah.

Nabi Penghabisan ini membawa risalah yang sama dengan Nabi-Nabi terdahulu, mengtauhidkan Allah, Pencipta Alam, Pencipta Manusia, Tuhan Sekelian Makhluk! Nabi ini diberikan Al Quran sebagai kitab panduan, seterusnya membatalkan semua kitab lain yang turun sebelum ini, Taurat, Injil dan Zabur. Tetapi umat Islam tidak menolak kitab-kitab terdahulu, diyakini ada dan disampaikan, tetapi Al Quran datang memansuhkannya.

Nabi ini berjuang untuk umatnya, umat akhir zaman, selepasnya memang tiada lagi Nabi utusan, Nabi palsu memang banyak. Nabi ini berjuang menyebarkan Islam ke seluruh dunia, yang boleh dilihat kesan hingga ke hari ini. Kitab yang dikatakan tadi, tersebar ke seluruh dunia dalam bahasa yang satu, bahasa Nabi ini, hanya satu versi Al Quran ada di seluruh dunia, dihafal muka ke muka oleh jutaan orang.

Allah Tuhannya, BUKAN hanya untuk orang Islam, untuk seluruh alam:

"Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam" (Al Fatihah ayat 2)
"Tuhan bagi semua manusia" (An Naas, ayat 3)

Muhammad BUKAN untuk orang Islam sahaja, Muhammad untuk seluruh alam:

"Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)." (Saba, ayat 28)

Al Quran BUKAN untuk orang Islam sahaja, Al Quran untuk seluruh alam:

"Padahal engkau tidak meminta kepada mereka sebarang upah tentang ajaran Al-Quran, sedang Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan pengajaran dari Allah bagi umat manusia seluruhnya" (Yusuf, ayat 104)

Muhammad juga diberikan pengesahan oleh ALLAH sebagai Nabi Terakhir:

"Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al Ahzab, ayat 40)

Kita cabar kitab mereka ada tidak kandungannya mengatakan Nabi mereka itu mendapat pengiktirafan sebagai Nabi Terakhir seperti Nabi Muhammad? Islam mengajar semua Nabi adalah mulia, tidak ada Nabi yang boleh direndahkan, diejek, apatah lagi dihina, malah murtad seorang Islam jika berbuat demikian. Pernah dengar mana-mana orang Islam menghina mana-mana Nabi sebelum Nabi Muhammad? Kami tidak diajar demikian oleh Nabi ini.

Jika anda pengikut Jesus, kenapa anda tidak boleh ikut Muhammad? Sedangkan kehadiran Muhammad disebut Jesus? Terdapat 34 tempat di dalam Bible merujuk kepada Jesus memberitahu akan datang pengganti Nabi selepas Jesus, ini turut dirakam Al Quran:

"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!” (As Saff, ayat 6)


Saudara-saudara semoyangku,

Bukalah hati dan dada, saudara akan mengetahui, kebenaran tidak dapat dihalang..., Apa jadi dengan perancangan membakar Al Quran tahun lalu? Natijahnya Quran laris terjual di seluruh dunia, ada yang dibaca oleh orang ramai yang pada awalnya ingin membakar, akhirnya mengakui bahasa indah Allah dalam Al Quran seraya memeluk Islam. Ini berlaku seluruh dunia sehingga takut dengan agama ini, dipanggil Islamophobia, NAH! bagi mereka yang mengatakan Islam tersebar dengan mata pedang, di mana pedang-pedang itu dalam keadaan Islam tersebar sekarang?

Sambutlah Maulidurrasul dengan ilmu dan penghayatan sebagai umat Muhammad, kita tak boleh lupa bagaimana Abu Lahab dan Abu Jahal juga menyambut kelahiran Muhammad dengan menyembelih binatang yang banyak, tetapi pada akhirnya, mereka inilah yang menentang dengan sungguhnya.

Satu buku tulisan Prof K.S. Ramachandra Rao tentang Nabi Muhammad untuk bacaan semua yang berminat.

Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad.

Ya Allah, ampuni kami, rahmati kami, kasihani kami, pelihara kami daripada azab neraka.

Salam Maulidurrasul, selamat bercuti. Wallahu'alam.

Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com

Tuesday, February 1, 2011

NBCT E-RTG Crane Test Run.

Pengujian mekanikal RTG Crane NBCT Butterworth pada 2 Februari 2011 seperti berikut:



Video berkaitan:







Ir. MUHAMMAD ARKAM
www.arkamonline.com