Monday, February 21, 2011

Infak

Sejuk hati membaca berita selebriti terkenal membiaya pembinaan masjid bernilai hampir RM2 juta di Kedah.



Ada juga yang menganggap 'takpalah, orang kaya, untung dia, kaya boleh buat masjid sebijik'. Kita yang orang biasa-biasa atau miskin ni takkan ada peluang nak buat infak macam si dia.



Ini sesuai dengan 'spesifikasi Allah' kepada orang yang berjaya, Al Baqarah, ayat 3 "Iaitu mereka yang beriman dengan perkara ghaib dan mendirikan solah dan pada rezeki mereka itu, mereka infakkan".



Jika rezeki mereka RM200 juta, maka infakkan RM 2 juta adalah 1 percent. Jika rezeki kita RM 20 ribu, kita infakkan RM 200 juga nilainya 1 percent.



Maka, kita masing2 mengukur rezeki kita, dan kita infakkanlah, sepatut padan, bil hikmah!



Bila sebut tentang nafkah, keutamaan infak pun diajar dalam Al Quran, dimulai dengan Allah dan seterusnya, selalu kita jumpa turutan ini : wali wa li daiyya, wa lil qurba, wal yatama, wal masakin, wa lis sabiil... Kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, dan orang dalam perjalanan. Juga dalam Al Baqarah.



Ringkasnya, infakkanlah harta kita yang direzkikan kepada kita, supaya membina kekayaan kita di akhirat. Bak orang dagang mencari rezeki di negara orang, bila kerja dalam tempoh tertentu dan mengetahui wajib balik ke tempat asal selepas habis visa, maka lebih baik wang diposkan untuk membina rumah di negara asal, bukan membina mahligai di tempat berdagang. Sepatutnya macam tu lah.



Kampung kita di sana, Tok Moyang kita berasal dari sana, kita akan balik ke kampung sana juga.



Dah buat rumah di sana?



(Ya Allah, ampunkan kami)



Wallahu'alam, wassalam.



-dari Perlis-

Via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment