Tuesday, July 31, 2012

Sumbangan Masih Dibuka

Assalamu'alaikum. Surau Tmn Pauh Jaya Pulau Pinang masih memerlukan sumbangan pmbesaran dlm bntuk wakaf, zakat [Rebat LHDN~Majlis Agama Perlis], derma dll. Sumbangan boleh dimasukkan ke dlm akaun Public Islamic Bank 3988791332 atas nama "Jawatankuasa Surau Taman Pauh Jaya".



Terima kasih.

via arkam@mobile®

Sunday, July 29, 2012

Seruan Pertama

Seruan pertama:

Al Quran, Al Baqarah: 21-22

2:21

Sahih International
O mankind, worship your Lord, who created you and those before you, that you may become righteous -
Chinese
眾人啊!你們的主,創造了你們,和你們以前的人,你們當崇拜他,以便你們敬畏。 
Malay
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. 
Tamil
மனிதர்களே! நீங்கள் உங்களையும் உங்களுக்கு முன்னிருந்தோரையும் படைத்த உங்கள் இறைவனையே வணங்குங்கள். (அதனால்) நீங்கள் தக்வா (இறையச்சமும், தூய்மையும்) உடையோராகளாம்.
 

2:22

Sahih International
[He] who made for you the earth a bed [spread out] and the sky a ceiling and sent down from the sky, rain and brought forth thereby fruits as provision for you. So do not attribute to Allah equals while you know [that there is nothing similar to Him].
Chinese
他以大地為你們的席,以天空為你們的幕,並且從雲中降下雨水,而借雨水生許多果實,做你們的給養,所以你們不要明知故犯地給真主樹立匹敵。 
Malay
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). 
Tamil
அ(ந்த இறை)வனே உங்களுக்காக பூமியை விரிப்பாகவும், வானத்தை விதானமாகவும் அமைத்து, வானத்தினின்றும் மழை பொழியச்செய்து, அதனின்று உங்கள் உணவிற்காகக் கனி வர்க்கங்களை வெளிவரச் செய்கிறான்; (இந்த உண்மைகளையெல்லாம்) நீங்கள் அறிந்து கொண்டே இருக்கும் நிலையில் அல்லாஹ்வுக்கு இணைகளை ஏற்படுத்தாதீர்கள்.
 
Seruan ini memulai sebutan "Wahai Sekelian Manusia" yang mana ditujukan kepada semua manusia, bukan hanya untuk umat Islam.

Semoga memberi manafaat.

Surau Taman Pauh

Asalamu'alaikum. Rayuan Ramadhan Surau Tmn Pauh Jaya masih memerlukan sumbangan pmbesaran dlm bntuk wakaf, zakat [rebat LHDN~Majlis Agama Perlis], derma dll. Sumbangan boleh dimasukkan dlm akaun Public Islamic Bank 3988791332 atas nama Jawatankuasa Surau Taman Pauh Jaya.



Sekian terima kasih.



via arkam@mobile®

Monday, July 23, 2012

Al Quran with 6 English Translations and 34 World Languages.

Share: Al Quran, terjemahan oleh 6 penterjemah Bahasa Inggeris dan 34 bahasa lain di dunia antaranya Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa German, Bahasa Urdu, Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, Bahasa Sepanyol, Bahasa Thai, Bahasa Russia, Korea, Jepun, Itali, Perancis dan Belanda sila ke http://quran.com/ semoga bermanafaat.

Sekian, wassalam.

Tuesday, July 17, 2012

Monday, July 16, 2012

Ulangkaji Lagi

Ulangkaji menjelang puasa:

Kitab Pada Menyatakan Puasa

(Dan bermula) puasa itu rukun yang keempat daripada segala rukun Islam yang lima telah tersebut dahulunya di dalam hadis dengan ajmal (dan tiada wajib) puasa Ramadhan itu melainkan atas orang yang Islam baligh lagi ber'akal serta kuasa ia atasnya puasa lagi suci daripada haidz dan nifas dan apabila sempurna telah bilangan bulan Sya'ban itu tiga puluh hari atau dilihat akan bulan Ramadhan itu pada malam hari yang ketiga puluh daripada bulan Sya'ban itu oleh seorang yang adil padahal telah tsabit ia pada qadhi maka wajiblah atas puasa umum atas sekelian manusia di bawah perintahnya dan jika tiada tsabit pandangannya pada qadhi maka wajib puasa atas orang yang memandangkan dan membenarkan akan dia saja.

(Faslun) dan bermula segala syarat sah puasa itu enam perkara pertama Islam dan kedua tamayyizun dan ketiga suci daripada haidz dan nifas pada sepanjang harinya dan keempat niat pada malam dan sah niat puasa sunat itu dahulu daripada tergelincir matahari dengan syarat bahawa jangan ada ia mengerjakan barang yang membatalkan puasa dahulu daripadanya tetapi jatuh ia di dalam malam itu terlebih utama dan wajib pada puasa fardzu itu dita'yinkan dia dan jatuhkan dia didalam satu suku daripada malamnya dan yang terlebih utama dijatuhkan dia di dalam thulus yang akhir daripadanya dan kelima tahan diri daripada sekelian yang membatalkan puasa akan dia daripada permulaan fajar sodiq sampai kepada masuk matahari dan keenam masuk waktu atau memperolehkan sebab pada puasa fardzu.

(Faslun) dan bermula segala yang membatalkan bagi puasa itu sepuluh perkara pertama masuk sesuatu ke dalam segala ‘ain dunia dan jikalau sedikit sekalipun ke dalam rongganya dengan disengajakan jika ada masuk ia daripada salah satu daripada segala lubang yang terbuka kepada rongganya dan keduanya muntah yang disengajanya dan jika tiada kembali suatu daripadanya ke dalam rongganya sekalipun dan ketiga jimak dengan disengajanya dan jikalau dengan berlapat dengan yang tebal serta tiada keluar mani daripadanya sekalipun dan keempat keluar mani dengan sengaja …. dan kelima gila dan jikalau ada ia didalam satu yang singkat sekalipun dan keenam pitam sepanjang hari yang daripada fajaq sodiq sampai maghrib dan ketujuh bahawa fathur dahulu daripada tahqiq masuk matahari dengan yaqinnya jika ada ia matahari itu terpandang baginya dan dengan kuat zhon nya jika jika tiada nyata baginya oleh matahati itu dan kedelapan kedatangan murtad pada orang yang puasa dan kita minta lindung daripada Allah daripadanya dan kesembilan kedatangan haidz atau nifas dan kesepuluh beranak yang serta ia dengan basah dan barangsiapa membatalkan puasanya didalam bulan Ramadhan atau lupa ia akan niat pada malamnya maka wajib atasnya imsak yakni tahankan dirinya daripada segala yang membatalkan puasa pada yang tinggal daripada harinya demikian orang yang dinyata baginya tsabit Ramadhan didalam tengahari yang ke tiga puluh daripada bulan Sya’ban.

(Faslun) tiada batal puasa seorang daripada orang yang puasa itu dengan sampai ke dalam rongganya oleh suatu daripada segala benda syurga jikalau disengaja sekalipun dan tiada batal puasanya dengan suatu daripada segala benda dunia ini yang masuk ke dalam rongganya jika sampai ia dengan lupanya dan tiada pula batal puasa itu dengan jimak dan keluar mani yang tiada dengan ikhtiarnya atau dengan lupanya dan tiada pula batal ia dengan tergagah muntah padanya jika tiada kembali daripadanya oleh sesuatu kepada rongganya dan tiada batal ia dengan tertelan potongan balaghahnya jika ada ia dengan tergagah dan tiada pula batal ia dengan bercelak dan berminyak dan jikalau didapatkan akan rasa celak dan minyak itu didalam halqumnya sekalipun dan tiada batal akan dia dengan masuk kedalam rongganya oleh lalat dan nyamuk dan seumpama debu jalan raya dan pengayak tepung dan jikalau membolehkan akan dia bahawa memelihara akan diri daripadanya sekalipun (Dan) tiada batal dengan telan air liur yang suci daripada campuran sesuatu dan tiada pula batal ia terlancur ke dalam rongganya oleh air pagi berkumur-kumur dan air yang di pagi basuh hidung jika tiada ia mubalaghah pada keduanya dan adalah terlancur itu adalah satu daripada yang tiga kali itu dan tiada pula batal puasa dengan tidur dan jikalau ada ia menghabiskan sekalipun harinya sekalipun dan tiada pula batal ia dengan pitam apabila diingatnya di dalam siang hari jika ada ia satu lahzoh sekalipun apabila telah diperolehkan niat di dalam waktunya dan tiada pula batal ia dengan berpetik dan berbekam.

(Shahadan) tiada sah puasa itu di dalam dua hari raya dan tiada pula sah puasa itu sesekali hari tasyriq yang tiga jikalau daripada qadho atau nazar sekalipun dan tiada pula sah puasa pada hari syak dan pada segala hari nisfu yang kedua daripada bulan Sya’ban melainkan jika ada ia puasa padanya daripada fardzu atau kena kebetulan ‘adat baginya atau dihubungkan puasanya dengan puasa satu daripada nisfu yang pertama seperti ia puasa pada hari yang kelimabelas dan haram atas orang puasa itu seumpama cium dan peluk akan isterinya jika berqadar dengan yang demikan itu oleh syahwatnya dan sunat baginya disegera akan berbuka dan takhirkan makan sahur dan sunat pula disegera akan mandi daripada hadas besar dahulu daripada keluar fajar dan sunat keadaan berbuka ia dengan tamar jika ada ia gampang atasnya dan jika tiada maka atasnya sesuatu yang manis jika ada gampang atasnya dan jika tiada maka atas air dan membanyakkan doa padanya istimewa pula pada ketika berbuka dan sunat pula membanyakkan baca quran dan bersedekah dan makruh bagi orang yang puasa itu berpetik dan berbekam dan mamah seumpama laban zikr dan rasa makanan dan mubalaghah pada berkumur-kumur dan masuk air ke hidung dan cium isterinya dan peluk akan dia jika tiada bergerak oleh keduanya oleh syahwat. (Dan Wajib) atas orang yang puasa itu memelihara akan dirinya daripada segala keinginannya dan daripada mengumpat-umpat dan daripada mengadu-ngadu dan daripada tiap-tiap perkataan atau perbuatan yang jahat.

(Faslun) bermula orang yang telah nyanyuk dan orang yang sakit dan tiada diharapkan akan sembuhnya apabila ditinggal oleh keduanya akan puasanya di dalam Ramadhan maka wajib atas tiap-tiap hari yang ditinggalkan itu satu mud makanan daripada yang boleh buat fitrah dan tiada wajib qadho atas keduanya (Dan Wajib) atas segala orang perempuan yang haidz dan pada perempuan yang nifas itu tinggal puasa didalam bulan Ramadhan dan harus bagi orang musafir itu tinggal puasa didalam bulan Ramadhan jika ada perjalanannya itu panjang lagi harus seperti bukan ia perjalanan maksiat dan jikalau ia kuasa atasnya puasa sekalipun dan yang terlebih utama baginya bahawa ia puasa jika tiada hasil baginya oleh musyaqqah dan tiada harus bagi orang yang sakit itu tinggal puasa melainkan jika hasil baginya musyaqqah yang amat sangat dengan puasanya dan harus tinggal puasa itu bagi orang yang bunting dan orang yang memberi susu akan kanak-kanak apabila takut keduanya akan kemudaratan atas diri keduannya atau atas anak keduanya (Dan Wajib) qadho atas segala mereka itu dan apabila luput puasa itu atas seorang dengan tiada ‘uzur maka wajib atasnya qadho atas segera maka apabila luput dengan ‘uzur maka wajib atasnya qadho atas tarakhi yakni terdahulu masanya dan yang terlebih utama padanya disegerakan.

(Faslun) barangsiapa meluputkan akan dia oleh puasa daripada puasa Ramadhan dengan ‘uzur dan mati ia dahulu daripada bahawa boleh ia memberi ia qadhokan akan dia maka tiada wajib atasnya diperdapatkan akan dia maka jika mati ia kemudian daripada bahawa boleh ia qadhokan dia maka memilih walinya antara ia puasa daripadanya atau bahawa ia memberi makanan daripadanya akan satu mud bagi tiap-tiap sehari daripadanya (Dan Barangsiapa) telah melazimkan dia oleh qadho sesuatu daripada puasa bulan Ramadhan dan takhirkan akan dia dengan tiada ‘uzur sehingga datang Ramadhan yang lainnya maka wajib atasnnya serta qadho dikeluarkan akan makanan satu mud bagi tiap-tiap hari daripada makanan yang memadai buat fitrah maka berbilang-bilanglah mud itu dengan berbilang-bilang tahunnya (Dan) demikian jua wajib mud itu serta qadho atas orang yang bunting dan orang yang memberi susu kanak-kanak apabila tinggal puasa keduanya kerana takut atas binasa anak keduanya sahaja (Dan) barangsiapa membatalkan puasa dengan jimak pada siang hari bulan Ramadhan maka wajib dita’zir kan atasnya oleh orang yang memegang hukum jika tsabit yang demikian pada tempat hukumnya dan wajib atasnya bayar kifarah yang besar dan iaitu memerdekakan seorang sahaya yang beriman lagi sejahtera daripada segala ‘aib maka jika tiada memperoleh akan dia maka ia puasa dua bulan berturut-turut maka jika tiada kuasa ia maka wajib ia beri makan enam puluh orang faqir miskin bagi tiap-tiap satu daripada mereka itu satu mud daripada makanan yang ghalib pada negerinya.

Sekian… Wallahu'alam.

Manhaj Salam, halaman 26, 27, 28.

Dia Datang

Akan datang kepada kita beberapa hari lagi satu bulan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadah dan para solihin.

Kita orang awam ni tidak tergolong dalam salah satunya, tapi boleh kita menumpang azam mereka dengan persediaan menyambutnya cara kita.

Bulan pengampunan, bulan rahmat, bulan yang amal soleh digandakan, bulan yang dalam salah satu malamnya, lebih baik daripada seribu bulan.

Bulan ini juga bulan menambah pendapatan kepada mereka yang rajin, tak hairan mereka boleh mengumpulkan untung berpuluh ribu dalam bulan ini sahaja dengan perniagaan sebelah petang.

Bulan yang diwajibkan berpuasa. Bulan Ramadhan yang berkat.

Marilah kita sebagai orang awam mengubah rutin kita untuk bulan ini, mulakan pagi dengan bangun awal untuk bersahur, kerana bersahur itu berkat. Habiskan sahur sekitar 10-15 sebelum subuh minit dan gunakan masa ini untuk istighfar dan solat sunat. Waktu sahur ini ada disebut dalam Al Quran Surah Ali Imran ayat 17, boleh semak.

Kemudian bila masuk subuh solat sunat 2 rakaat sebelum subuh, solat yang Nabi sebut lebih baik daripada dunia dan segala isinya.

Kemudian berjemaahlah subuh untuk mendapat ganjaran seperti Nabi janjikan "Barangsiapa solat subuh berjemaah seolah2 dia mendirikan solat seluruh malam", dan "Jika kamu tahu kelebihan solat isyak dan subuh berjemaah nescaya dia akan mendatangi keduanya walaupun terpaksa merangkak"

Kemudian bacalah Al Quran, sebanyak yang boleh. Kerana bulan ini juga Bulan Al Quran.

Bergeraklah menunaikan tugas kerja di pejabat dan dalam perjalanan, dengarkanlah perkara2 baik. Download dan mainkan zikir, doa, ayat Al Quran malah ceramah2 daripada ustaz yang kita suka. Ini bulan menambah ilmu. Malah boleh dimainkan Al Quran untuk kita hafal atau ingat semula surah2 yang kita hafal.

Gunakan masa rehat 1 jam di pejabat utk tidur sekejap, jika boleh. Sekejap saja! Kemudian carilah ruang utk solat zohor. Kembali ke tugas sejurus selepas.

Pulang ke rumah dan gunakan masa petang membaca Al Quran selepas Asar, riadah dan menjengah pasar ramadhan. Belilah sekadar yang diperlukan, jangan membazir. Panjangkan apa yang kita makan kepada mereka sekeliling kita. Nabi berkata "Barangsiapa yang memberi makan orang berbuka puasa maka baginya pahala orang yang berpuasa dengan tidak mengurangkan pahala yang berpuasa itu sedikitpun"

Kemudian uruskan diri, bersedia utk berbuka puasa. Doalah pada masa ini dengan doa2 yang kita amalkan kerana sabda Nabi "Orang yang berpuasa makbul doanya sehingga dia berbuka".

Mintaklah ampun kepada Allah daripada semua dosa kita, bulan ini Bulan Pengampunan.

Kemudian berbuka dengan tenang, aman dan tertib. Minum segelas air kosong dan makan buah kurma. Kemudian makanlah menjamu selera kita seperti biasa. Jangan keterlaluan kenyang nanti menjadilah kita ular sawa di rumah dan lambat pula maghribnya.

Siapkan diri utk maghrib dan kemudian geraklah ke tempat solat isyak dan terawih berjemaah. Ambillah solat sunat sebanyaknya dalam bulan ini. Hulurkan sumbangan kita di masjid surau kita secara istiqamah setiap malam. Kadarnya berpatutan dengan gaji kita. Takkanlah singgit semalam kalau gaji 5 ribu sebulan? Paling koman 5 ringgit.

Solatlah dengan tertib dan jangan timbulkan gangguan. Kalau boleh masa berbuka tadi jangan pulak dimakan durian kerana ganggu jemaah kalau kita bersendawa. Sekarang ni musim durian.

Jangan solat menghalang laluan, solatlah di belakang satu penghadang seperti tembok atau tiang, ini dipanggil sutrah dan merupakan sunah Nabi.

Habiskan terawih mengikut kesesuaian kita. Janganlah malam pertama terawih punya semangat smpai 21 pastu hilang terusssss sampai malam raya. Buatlah sekadar yang kita selesa dengan masa yang kita ada. Esok nak keja lagi.

Kemudian kalau ada moreh kita makanlah dengan tertib, jangan gelojoh tak tahu punca. Malu kat orang.

Atau tak ada moreh kita baliklah, makanlah apa yang tinggal sisa berbuka tadi. Tepung talam ka, seri muka ka, karipap ka, atau roti jala ka.

Lepas tu gosok gigit, cuci mekap dan ambil wuduk, tidurlah. Baca doa tidur. Jangan lupa set alarm utk sahur semula esoknya.

Ulanglah rutin ini. Ini rutin kita org biasa2 pada Ramadhan.

Kalau boleh lajak selepas Ramadhan.

Semoga bermanafaat. Sekian wassalam.

(Ingatan utk diri sendiri)



via arkam@mobile®

Solar KP Project

Perkembangan...



Siapa berminat utk melawat boleh hubungi saya...



Jumlah panel 23,000 keping.



5+1MWatt.



T kasih...

via arkam@mobile®

Friday, July 13, 2012

Selepas 15 Tahun

13 Julai semalam saya berpeluang kembali ke UTMKL Jalan Semarak selepas mesyuarat JKR di Menara PJD.



Sengaja memilih lokasi makan tghari dan Jumaat di UTMKL. Banyak betul perubahan terutamanya di bahagian Kolej Pertama.



Blok A, B, D, dan E telah dirobohkan. Begitu juga Masjid Kayu. Ditingggalkan Blok F dan Blok C yg difahamkan pada ketika pembinaan bangunan baru (High Rise) di tapak Blok D dan E, serta Blok A dan B, menjadi rumah kongsi sementara dan Masjid Sementara kedua-duanya.



Gelanggang tenis salah satunya dan Dataran Kolej juga mendapat muka baru.



Syukur juga blok F masih berdiri, walaupun nampak sangat tua usianya. Saya harapkan di sudut hati agar Blok F dan Blok C tidak robohkan kerana bilik F 07 adalah bilik saya di Tahun Satu ketika Diploma. Bilik F50 bilik ketika menjadi Ketua Blok di Sem 2 Tahun Satu dan seterusnya menjadi bilik menginap ketika menjawat YDP Kolej Pertama. Memang banyak jasanya. Sekurang2nya kalau kekal blok ini selagi saya ada bolehlah ditunjukkan kepada anak2.



Blok C juga di bilik C44 adalah bilik saya selepas pencen YDP. Tinggal bersama Ijat yang dibawa masuk atas kekuatan politik.



Bilik Si Krem di D44 telah roboh. Ini tempat tido beramai2 dengan Fadir, Joe (Pemastautin Tetap), Zarin, Epi, Rozaimi, Badi, Raza, Ajid, Helmy, Jijun, Ajey dan ramai lagi. Tapi Krem patut bangga bilik dia la ni dah jadi tapak masjid baru.



Memang UTMKL meninggalkan jasa yang sgt besar kepada saya. 3 tahun berada di sana telah membentuk saya sehingga hari ini. Banyak sungguh jasa. Terima kasih UTMKL.



Saya rasa reunion UTMKL akan datang kita buat di KL. Siapkan satu sesi melawat semula UTMKL dan mungkin sesi main bola di padang kafe yang pernah menjadi saksi kehebatan kita bermain bola ketika kelas Isyarat dan Rangkaian berlangsung di bilik kuliah sebelah.



Tapi, larat lagi ka selepas 15 tahun?





via arkam@mobile®

Friday, July 6, 2012

Rubik Cube

Kepada Fadir yang jeles dengan aku:



:D



via arkam@mobile®

Memohon Sumbangan Pembesaran Surau Taman Pauh Jaya Perai.














"Assalamu'alaikum. Surau Tmn Pauh Jaya Pulau Pinang memerlukan sumbangan pmbesaran dlm bntuk wakaf, zakat [rebat LHDN~Majlis Agama Perlis], derma dan lain2. Sumbangan, boleh dimasukkan dlm akaun Public Islamic Bank 3988791332. Kos yg masih diperlukan adalah sebanyak RM90ribu. Pembesaran sdg giat dijalankan. Sumbangan amat diharapkan. Hubungi Ustaz Zul untuk sebarang pertanyaan 019 480 5585 Terima kasih"

Gambar2 disertakan.

Wassalam.
via arkam@mobile®