Monday, July 16, 2012

Dia Datang

Akan datang kepada kita beberapa hari lagi satu bulan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadah dan para solihin.

Kita orang awam ni tidak tergolong dalam salah satunya, tapi boleh kita menumpang azam mereka dengan persediaan menyambutnya cara kita.

Bulan pengampunan, bulan rahmat, bulan yang amal soleh digandakan, bulan yang dalam salah satu malamnya, lebih baik daripada seribu bulan.

Bulan ini juga bulan menambah pendapatan kepada mereka yang rajin, tak hairan mereka boleh mengumpulkan untung berpuluh ribu dalam bulan ini sahaja dengan perniagaan sebelah petang.

Bulan yang diwajibkan berpuasa. Bulan Ramadhan yang berkat.

Marilah kita sebagai orang awam mengubah rutin kita untuk bulan ini, mulakan pagi dengan bangun awal untuk bersahur, kerana bersahur itu berkat. Habiskan sahur sekitar 10-15 sebelum subuh minit dan gunakan masa ini untuk istighfar dan solat sunat. Waktu sahur ini ada disebut dalam Al Quran Surah Ali Imran ayat 17, boleh semak.

Kemudian bila masuk subuh solat sunat 2 rakaat sebelum subuh, solat yang Nabi sebut lebih baik daripada dunia dan segala isinya.

Kemudian berjemaahlah subuh untuk mendapat ganjaran seperti Nabi janjikan "Barangsiapa solat subuh berjemaah seolah2 dia mendirikan solat seluruh malam", dan "Jika kamu tahu kelebihan solat isyak dan subuh berjemaah nescaya dia akan mendatangi keduanya walaupun terpaksa merangkak"

Kemudian bacalah Al Quran, sebanyak yang boleh. Kerana bulan ini juga Bulan Al Quran.

Bergeraklah menunaikan tugas kerja di pejabat dan dalam perjalanan, dengarkanlah perkara2 baik. Download dan mainkan zikir, doa, ayat Al Quran malah ceramah2 daripada ustaz yang kita suka. Ini bulan menambah ilmu. Malah boleh dimainkan Al Quran untuk kita hafal atau ingat semula surah2 yang kita hafal.

Gunakan masa rehat 1 jam di pejabat utk tidur sekejap, jika boleh. Sekejap saja! Kemudian carilah ruang utk solat zohor. Kembali ke tugas sejurus selepas.

Pulang ke rumah dan gunakan masa petang membaca Al Quran selepas Asar, riadah dan menjengah pasar ramadhan. Belilah sekadar yang diperlukan, jangan membazir. Panjangkan apa yang kita makan kepada mereka sekeliling kita. Nabi berkata "Barangsiapa yang memberi makan orang berbuka puasa maka baginya pahala orang yang berpuasa dengan tidak mengurangkan pahala yang berpuasa itu sedikitpun"

Kemudian uruskan diri, bersedia utk berbuka puasa. Doalah pada masa ini dengan doa2 yang kita amalkan kerana sabda Nabi "Orang yang berpuasa makbul doanya sehingga dia berbuka".

Mintaklah ampun kepada Allah daripada semua dosa kita, bulan ini Bulan Pengampunan.

Kemudian berbuka dengan tenang, aman dan tertib. Minum segelas air kosong dan makan buah kurma. Kemudian makanlah menjamu selera kita seperti biasa. Jangan keterlaluan kenyang nanti menjadilah kita ular sawa di rumah dan lambat pula maghribnya.

Siapkan diri utk maghrib dan kemudian geraklah ke tempat solat isyak dan terawih berjemaah. Ambillah solat sunat sebanyaknya dalam bulan ini. Hulurkan sumbangan kita di masjid surau kita secara istiqamah setiap malam. Kadarnya berpatutan dengan gaji kita. Takkanlah singgit semalam kalau gaji 5 ribu sebulan? Paling koman 5 ringgit.

Solatlah dengan tertib dan jangan timbulkan gangguan. Kalau boleh masa berbuka tadi jangan pulak dimakan durian kerana ganggu jemaah kalau kita bersendawa. Sekarang ni musim durian.

Jangan solat menghalang laluan, solatlah di belakang satu penghadang seperti tembok atau tiang, ini dipanggil sutrah dan merupakan sunah Nabi.

Habiskan terawih mengikut kesesuaian kita. Janganlah malam pertama terawih punya semangat smpai 21 pastu hilang terusssss sampai malam raya. Buatlah sekadar yang kita selesa dengan masa yang kita ada. Esok nak keja lagi.

Kemudian kalau ada moreh kita makanlah dengan tertib, jangan gelojoh tak tahu punca. Malu kat orang.

Atau tak ada moreh kita baliklah, makanlah apa yang tinggal sisa berbuka tadi. Tepung talam ka, seri muka ka, karipap ka, atau roti jala ka.

Lepas tu gosok gigit, cuci mekap dan ambil wuduk, tidurlah. Baca doa tidur. Jangan lupa set alarm utk sahur semula esoknya.

Ulanglah rutin ini. Ini rutin kita org biasa2 pada Ramadhan.

Kalau boleh lajak selepas Ramadhan.

Semoga bermanafaat. Sekian wassalam.

(Ingatan utk diri sendiri)



via arkam@mobile®

No comments:

Post a Comment