Thursday, September 25, 2008

Mesyuarat Tapak ADTEC kali ke 14




















Mesyuarat Tapak ADTEC Taiping kali ke 14 telah berlangsung pada hari Khamis, 25 September 2008 jam 1030 pagi. Berikut adalah laporan kemajuan kerja dan gambar-gambar berkaitan ketika mesyuarat dan lawatan di adakan.






Adtec Pre Sept 08\
View SlideShare presentation or Upload your own.

Lawatan Penyerahan Bangunan TNB

Lawatan penyerahan bangunan TNB telah dibuat pada 24 September 2008 oleh TNB dan berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:

Saturday, September 20, 2008

Dubai Project

For sharing...

Sebarkan Silat

Pada tulisan yang dulu tentang silat, ada saya komen beberapa point yang pada pandangan saya, itulah yang saya tulis. Atau dalam kata yang lebih mudah, saya tulis apa yang pada pandangan saya itu pandangan saya...

Hehehehe.... Pening...

Tak payah pening, simple saja....

1) Persatuan membawa produk SILAT, bukan MLM, bukan jual baju, bukan jual cenderamata bukan nak jadi popular dan bukan lain.

2) Maka elok kita fokus tentang produk ni, iaitu SILAT.

3) Matlamat bagi seseorang jurulatih yang ada ilmu silat ini sepatutnya ialah menyebarkan silat, sebab silat adalah produk kita.

4) Jurulatih akan jadi semakin tak hebat jika hari-hari sembang pasal bisnes, bukan ditumpukan kepada penyebaran silat dan perkara yang berkaitan silat.

5) Jadi, ringkasnya: SEBARKAN SILAT. Atas landasan apa pula...?

Buat saja....! nanti kalau susah sangat bukak je silat baru... online, bayar pengeras pakai credit card...

Ajar pun pakai online saja....

Sekian....

Friday, September 19, 2008

ADTEC 19 September 2008

Berikut adalah gambar aktiviti pada 19 September 2008.

1) Kerja paip bawah tanah penyaman udara, sprinkler dan hose reel telah bermula di zon administratif.

2) Paip-paip bawah tanah ini telah tersambung ke M&E Plantroom 1.

3) Ujian tekanan bagi semua paip ini sedang berlangsung.

4) Di dalam bangunan, beban kerja yang banyak di tingkat bawah dan tingkat 1. Selepas siap pemasangan metal deck, satu minggu diberikan kepada M&E... Bz deh...! Paip chill yang dah karat tu please rectify... Azhar..

5) Nordi & Patli ni takdak keja lain, asal jumpa keta ku je nak amik gambaq, asal amik gambaq je nak jumpa keta aku...! Beli la sendiri woi....!


Kerana RM15...



Peristiwa tragis itu terjadi saat pembagian zakat yang dimulai pada pukul 10.00 WIB. Ribuan warga miskin yang datang dari berbagai pelosok desa di sekitar Kota dan Kabupaten Pasuruan itu berebut saling berdesakan guna mendapatkan zakat dengan nilai nom ina l Rp30.000 per orang yang dilangsungkan oleh keluarga dermawan H Syaichon di Jalan Dr Wahidin Sudirohusodo, Kota Pasuruan.

Keluarga Syaichon yang mengatur para penerima zakat masuk satu per satu ke dalam halaman rumahnya, akhirnya membuat ribuan orang yang terkonsentrasi di sebuah gang tak bisa bergerak, bahkan orang yang pingsan pun tidak bisa keluar. Puncaknya adalah: 21 orang terkorban!


Semoga kita insaf dan bersyukur dengan kelebihan rezeki yang kita ada...

Monday, September 15, 2008

Group Assignment

Visit to Pusat Kesihatan USM for group assignment project Building Science held on 13th September 2008.

Saturday, September 13, 2008

Lawatan Arkitek 10 September 2008

Lawatan tapak telah dibuat bersama-sama arkitek untuk penyelesaikan masalah box up di semua blok terlibat pada 10 September 2008. Berikut adalah gambar semasa lawatan diadakan.

Tuesday, September 9, 2008

Lanjut Lantikan.


Perlantikan sebagai AJK Penasihat Teknikal (TAC) bagi Institut Kemahiran Belia Negara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia disambung mulai 1 Ogos 2008 hingga 31 Julai 2011.

Hari ini saya ke IKBN bersama Tuan Syed untuk berjumpa dengan Pengarah dan membincangkan beberapa perkara berkaitan silat, TAC dan kerja penyenggaraan fire fighting system di IBKN tersebut. Setelah 7 tahun projek disiapkan, pemasangan awal sistem telah mula merajuk, minta duit lagi...

Harap hujung tahun ini atau awal tahun depan kelas silat di sini boleh bermula.

Sekian, Terima kasih

Friday, September 5, 2008

Assignment Building Science 1-Individual.

Using the system concept/view, discuss the difference environmental experiences as you will encounter (compare and contrast, with illustration), between living in a typical traditional village dwelling (your own country) in a terrace house and in a flat/apartment within a typical housing areas in an urban setting. Make assumption where nessassary. Presentation should be done in the class using Power Point.

Due on 24 September 2008.


Bro Shaharin..... How....? :-)

Thursday, September 4, 2008

Komen Peneraju Warisan Mutlak

Salam,

Ada rakan terdekat bertanyakan tentang keadaan Silat Cekak (SC) pada masa ini dan ingin tahu saya di belah yang mana.

Lama juga masa yang diambil untuk menulis ini, tapi hari ini gagahkan juga untuk memberi pandangan 'murahan' saya terhadap isu ini khusus kepada rakan-rakan silat yang tertanya-tanya. Saya tahu pandangan ini mungkin akan disinis beberapa rakan dan saya mohon maaf akan hal itu. Ringkas pandangan saya seperti berikut:

1) SC ada adatnya, sejarahnya dan ada juga konflik nya pada masa terdahulu.
2) Guru Utama (GU-En Md Radzi) masih ada pada masa ini dan sedang dalam masalah yang ahli SC semua dah tahu.
3) Saya tidak tahu kebenaran atau kebatilan isu itu, tetapi sebagai orang awam, saya mengambil pandangan "Tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah".
4) Mandat masih ada di pihak En Md. Kalau dulu isu mandat ini di perhalusi pada zaman CM-CH, kenapa sekarang ia jadi isu yang baru?
5) Jika mandat dah dilepaskan melalui satu surat, kenapa ia tak berlaku dahulu ketika CM-CH?
6) Jika Guru Baru benar hak, mungkin beliau perlu lompat pagar mendapatkan mandat daripada En Md sekali lagi.
7) Semua kesalahan yang dikatakan untuk En Md, saya bersetuju secara prinsipnya bahawa beliau juga manusia biasa, yang jadi masalah ialah sesetengah kita ahli menyanjung beliau hingga seolah-olah beliau tak boleh dan tak pernah buat salah. Jika En Md hanya dianggap sebagai Guru Silat, maka kita akan 'selamat'. Ini kerana isu silat sepatutnya di refer kepada Guru Silat, isu agama di refer kepada Guru Agama. Tidak boleh dicampur aduk.
8) Beliau sentiasa dibayangi dan dibandingkan dengan Arwah ayahandanya yang memang hebat itu, adilkah begitu? Jika ada ahli yang sehampir Ustaz Hanafi sekarang dari semua segi, maka beliau itulah patut jadi Guru.
9) Sesama ahli tak sepatutnya jadi gaduh dan bermasam muka kerana isu di pucuk persatuan. Mana pergi semua ikrar dan penghayatan 6-6 yang pernah ada? Adilkah kita sesama ahli yang rapat sebelum ini terenggang dek masalah yang menimpa En Md? Masalah beliau, biar beliau yang selesaikan. Saya sebagai ahli biasa hanya mengharap beliau diadili dengan adil.
10) Jika beliau benar, saya sokong, jika beliau salah, saya simpati.
11) Yang penting bagi saya, tiada dosa memutuskan silaturrahim.
12) Saya tetap ingin menyebarkan silat ini, atas landasan apa? Buat dulu....
13) Sampai masa akan tahu juga.

Sekian, tulis ala chedet.com supaya kita dapat pointnya.

Terima kasih, hanya pandangan murahan.

Markah SEE603 Sem 02 07/08

Sila ambil perhatian pelajar yang terlibat. Terima kasih.

Marks020708
View SlideShare presentation or Upload your own.



Ir. Muhammad Arkam Che Munaaim
Lecturer, Power System.

Gambar ADTEC 5 September 2008



Tuan,

Lawatan tapak pada 5 September 2008 telah dibuat di Bengkel Seramik, Komposit, Plastik, Asrama L&P, Dewan Makan, M&E Plantroom 2, Surau dan sekitarnya. Komen pihak kami adalah seperti berikut:

1) Laluan paip compressor di semua bengkel yang terdapat void akan dipastikan oleh pihak HQ MJC dalam masa terdekat.
2) Pemasangan exhaust fan di kawasan lompong (Bengkel-bengkel) yang sudah dipasang bumbung telah boleh dimulakan. Sila kemukakan method statement bagi mendapat kelulusan awal daripada pihak perunding.
3) Pemasangan conduit dari trunking secara terus perlu menggunakan penggantung (hanger) yang merupakan steel bend bagi mengelakkan ia berayun. Pemasangan terus (LAMPIRAN 1: lihat gambar 1) adalah tidak dibenarkan.
4) Cara simpanan (storage) unit FCU yang masih belum dipasang perlu diperbaiki. Ada unit yang telah dilihat mengalami kerosakan kecil selain berkarat di bahagian tertentu akibat diletakkan di persekitaran berair di dalam bangunan. (Lihat Gambar 2)
5) Sila buat semua bukaan (opening-sleeve) untuk paip agihan air dari lokasi tangki di atas bumbung ke kawasan yang diperlukan (tandas) di tingkat bawah.
6) Masih terdapat paip upvc di atas lantai yang belum ditukar kepada GI seperti yang direkodkan dalam NCR Elektrikal. Sila ambil tindakan sepatutnya.
7) Bagi semua bilik servis seperti bilik MSB, Genset, Transformer, SSB, dan sebagainya sila aturkan pemasangan pintu segera dan siapkan kemasan bagi membolehkan pihak M&E melaksanakan kerja seterusnya. Kelewatan penyiapan bilik-bilik ini akan menyebabkan gangguan kepada kerja M&E.
8) Pihak TNB telah mengesahkan pemasangan kabel bawah tanah di bawah skop TNB seperti laluan yang ditandakan dalam LAMPIRAN 2. Sila pastikan semua kerja lanskap dan jalan di kawasan yang ditanda ditangguhkan sehingga pihak TNB menyiapkan kerja mereka untuk mengelakkan kerosakan pada binaan asal.
9) Kualiti cat pada paip hose reel dan compressed air adalah tidak memuaskan. Pihak tuan diminta membuat pembaikan.
10) Lokasi tangki air di Bengkel Plastik perlu di semak semula. Sila pertimbangkan cadangan yang telah dibincangkan di tapak. Ini kerana lokasi asal tidak bersuaian, terlalu tinggi tanpa aksess yang selamat.
11) Perubahan pada reka bentuk bumbung (truss) di Rumah Warden perlu disesuaikan dengan pemasangan tangki air. Sebanyak 8 unit tangki air tertangguh pemasangannya disebabkan oleh ketiadaan ruang aksess.
12) Pembinaan inspection chamber di sekitaran asrama dan dewan makan perlu dipercepatkan kerana keadaan tapak yang bersesuaian pada peringkat sekarang.
13) Pemasangan siling pada peringkat sekarang adalah tidak bersesuaian sepertimana yang telah dimaklumkan melalui memo kami MJC/ADTEC/SM/073 bertarikh 26 JUN 2008 (Sila lihat LAMPIRAN 3)

Sekian untuk tindakan tuan selanjutnya.

Disediakan Oleh:

Ir Muhammad Arkam Che Munaaim
Resident Engineer
ADTEC Taiping

Monday, September 1, 2008

Perkembangan Projek Sek Keb Bertam.

Disertakan beberapa gambar yang diambil pada 30 Ogos 2008 untuk projek Sekolah Kebangsaan Bertam, Kepala Batas bagi mereka yang memerlukan.

Sekian, terima kasih.

www.arkamonline.com

Salam kepada semua,

Mulai hari ini, 2 september 2008 www.arkamonline.blogspot.com boleh dilayari menerusi www.arkamonline.com

Sekian, terima kasih.

Ir. Muhammad Arkam
www.arkamonline.com