Saturday, October 23, 2010

Lawan Hujah Bhg 10


BismillahirRahmanirRahim 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1] Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan) [2] Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya; [3] Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);[4] Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak, [5] Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering – (berubah warnanya) kehitam-hitaman. [6] Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu – dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa, [7] Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi. [8] Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat. [9] Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna); [10] Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu; [11] Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, [12] Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya), [13] Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang. [14] Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), [15] Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk). [16] (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; [17] Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. [18] Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, [19]Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. (87. Al-A’la)

Kita temukan setakat ini beberapa perkara yang berkaitan daripada dua kitab samawi yang telahpun dibincangkan, yang hampir sama penceritaan dan kisah.

Kita bukan sahaja membaca Al Quran ketika 'membaca Quran', sebenarnya, kita juga dalam masa yang sama sedang membaca 'kitab-kitab' terdahulu, seperti dalam ayat di atas, suhuf daripada Nabi Ibrahim dan Taurat Nabi Musa.

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? Al Baqarah, 106.
Kita sudah sebutkan yang kita tidak gemar menggunakan kitab mereka dan surah Al A'la inilah sebabnya:

[18] Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, [19]Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
Kita perlu berasa bangga kerana memiliki kitab yang cukup hebat sepanjang zaman. Kitab yang tiada tandingan dan cacat cela.

Al Quran sentiasa selamat daripada sebarang pengubahsuaian dan pindaan, ia terus daripada Allah kepada seluruh manusia, sebab itu, kita sebarkanlah Al Quran setakat yang kita mampu, kerana Al Quran bukan sahaja untuk orang Melayu.

Semoga dengan niat baik kita, akan membuka hati pihak mereka untuk menyertai agama suci ini.

Sepuluh post ini, saya jangkakan cukup untuk mengetuk pintu hati mereka.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment